{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda mempaga - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda mempaga - Google Blog Search


<b>FELDA Mempaga</b> 1 | 1Suara

Posted: 14 May 2014 08:38 PM PDT

Bergerak Seiring Transformasi

Di Wilayah Mempaga, terdapat tiga tanah rancangan FELDA iaitu FELDA Mempaga 1, Mempaga 2 dan Mempaga 3 dan untuk mengisi ruangan fokus pada edisi kali ini 1Suara memilih FELDA Mempaga 1.

Terletak di daerah Bentong, Pahang dan di kedudukan hadapan sebelum diikuti FELDA Mempaga 2 dan FELDA Mempaga 3, tanah rancangan FELDA Mempaga 1 ini dibuka pada sekitar tahun 1972-1973. Apa yang menariknya, jumlah peneroka pertamanya masih kekal sehingga kini iaitu seramai 401 orang.

Walaubagaimanapun, daripada segi jumlah penduduknya, berlaku peningkatan yang ketara berikutan pertambahan bilangan generasi baharu. Kini dianggarkan penduduknya berjumlah 2,900 orang.

Berkeluasan 1998.57 hektar tanah, aktiviti penduduk di tanah rancangan ini tidak sahaja tertumpu kepada aktiviti perladangan kelapa sawit yang menjadi terasnya, tetapi juga aktiviti pertanian lain khususnya mengusahakan tanaman secara fertigasi. Malah FELDA Mempaga 1 boleh dianggap sebagai kumpulan pelopor dalam bidang tersebut.

Terdapat 24 Rumah Perlindungan Tertutup (SPT) di GMN FELDA Mempaga 1.

Terdapat 24 Rumah Perlindungan Tertutup (SPT) di GMN FELDA Mempaga 1.

Sejarah tanaman secara fertigasi bermula pada tahun 2009 dengan penubuhan Gedung Makanan Negara (GMN) hasil inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa sambutan Hari Peneroka Kebangsaan pada 7 Julai 2009 di FELDA Moakil, Segamat ,Johor di mana tanamannya dikhaskan untuk cili kulai.

Bertitik tolak dari situ, tanaman secara fertigasi yang mengutamakan penanaman cili kulai itu mula diusahakan di tanah rizab FELDA Mempaga 1 yang berkeluasan 20 ekar pada Disember 2010.

Menurut Pengurus FELDA Mempaga 1, Mohd Nasir Samsuddin, penanaman cili kulai ini dijalankan sebanyak tiga kali dalam setahun.

Katanya, penanaman cili  tersebut akan digilir-gilirkan dengan menanam sayur lain seperti bayam, kangkung, kailan, pakchoy dan sebagainya yang bertujuan untuk menyuburkan tanah tersebut.

Penyelia GMN 1, Hassan Yusof, 53, berkata pihaknya mengamalkan tanaman secara terbuka dan terdapat 24 buah Rumah Perlindungan Tertutup (SPT).

Sayur kailan di GMN FELDA Mempaga 1.

Sayur kailan di GMN FELDA Mempaga 1.

"Dalam menanam sayur-sayuran kami tidak menggunakan racun serangga kerana pihak FELDA tidak membenarkan penggunaannya," katanya.

Dari segi pasaran cili kulai, Nasir berkata ia dipasarkan melalui pemborong khas yang dilantik oleh pihak FELDA dan dua orang pemborong telah dilantik untuk tujuan itu.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengutamakan pasaran tempatan dan sekitar FELDA serta tidak bercadang untuk memasarkan kepada pasaran luar kerana permintaan untuk keperluan dalaman masih tidak mencukupi.

"Selain itu kita juga membuat jualan di hadapan ladang dan ia ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar kerana harganya yang murah berbanding dengan harga sayuran lain yang diperoleh di luar kawasan FELDA.

Sayur Fat Choy yang ada di GMN.

Sayur Fat Choy yang ada di GMN.

" Selain itu sayurnya juga lebih segar," katanya.

Perkara lain yang menarik tentang FELDA Mempaga 1 ialah tanah rancangan ini menawarkan 18 buah homestay berdaftar untuk pengunjung. Semua homestay yang dilengkapi kemudahan moden tanpa menghilangkan nilai-nilai tradisi desanya memang menjadi tumpuan pengunjung, terutama pada musim cuti sekolah.

Menurut Mohd Nasir, aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk pengunjung tidak tertumpu di kawasan Mempaga 1 sahaja, sebaliknya meliputi kawasan lain yang berdekatan, termasuk di luar kawasan FELDA.

"Antara aktiviti yang disediakan ialah seperti membawa pengunjung ke Muzium FELDA di Lurah Bilut, persembahan tarian, silat dan sebagainya.

"Jika ada program, kita akan bawa pengunjung ke ladang dan melawat projek-projek yang diusahakan oleh penduduk setempat," katanya.

Kedudukan FELDA Mempaga 1 yang tidak jauh dari Air Terjun Chamang juga memudahkan pihak pengurusan untuk membawa pengunjung yang berkeinginan mandi-manda di situ.

Mengenai kos penginapan, Mohd Nasir memberitahu, pihak homestay menawarkan harga yang berpatutan kepada pengunjung yang mahu menginap.

"Pakej yang ditawarkan adalah antara RM50 hingga RM200 sehari," jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai generasi baharu, khususnya para belia di tanah rancangan itu, Mohd Nasir berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pengurusan FELDA dan pemimpin-pemimpin setempat bagi faedah golongan tersebut.

"Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) di Mempaga 1 ini misalnya mengatur, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti mingguan untuk golongan belia.

"Antara aktiviti yang dijalankan ialah kursus pengurusan jenazah, kursus penyembelihan, program-program kesukanan dan pelbagai lagi," katanya sambil memberitahu terdapat 217 orang berdaftar sebagai ahli MBFM di tanah rancangan itu.

Salah satu aktiviti yang mendapat sambutan para belia di FELDA Mempaga 1 ialah seni mempertahankan diri. Pada setiap Jumaat sejumlah belia di sini akan berlatih Silat Sendeng, di mana latihan dikendalikan oleh jurulatih dari luar.

Menurut Mohd Nasir lagi, beliau yakin dengan kerjasama erat semua pihak, potensi para belia di FELDA Mempaga 1 akan dapat digilap dengan sebaik-baiknya.

"Mereka perlu disemai dan dibaja dengan sebaik-baiknya kerana mereka  akan mewarisi kepimpinan pada masa akan datang," ujarnya.

Kata Mohd Nasir, , Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA Mempaga 1 yang dianggotai 350 penerokawati itu juga turut aktif dalam menggerakkan pelbagai aktiviti bagi manfaat warga setempat.

"Bermacam aktiviti yang dianjurkan seperti kelas mengaji, bacaan yaasin dan ceramah agama yang sememangnya mendapat sambutan daripada penduduk.

"Semua itu penting bagi pemerkasaan ukhwah dan kesejahteraan warga di sini, yang melaluinya nanti akan membolehkan mereka sama-sama menggembleng tenaga untuk terus bergerak seiring dengan agenda-agenda transformasi FELDA," katanya lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat