Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- 82 percubaan menyeludup bahan api bersubsidi dipatahkan
- 2 jenis coklat Cadbury sudah tidak dijual
- Jangan bimbang keluar mengundi - Bakri
82 percubaan menyeludup bahan api bersubsidi dipatahkan Posted: 29 May 2014 03:18 AM PDT PUTRAJAYA 29 Mei - Sebanyak 82 percubaan menyeludup bahan api bersubsidi melibatkan nilai RM2.7 juta telah dipatahkan dalam tempoh 12 hari dari 15 Mei hingga 27 Mei lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penguatkuasaan di bawah Op Titik akan diperhebatkan. - UTUSAN ONLINE |
2 jenis coklat Cadbury sudah tidak dijual Posted: 29 May 2014 03:12 AM PDT PUTRAJAYA 29 Mei - Pemeriksaan di 175 premis termasuk kedai bebas cukai di seluruh negara mendapati dua jenis coklat jenama Cadbury yang menyalahguna tanda halal sudah tidak dijual. Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihaknya akan merampas mana-mana produk termasuk coklat yang menyalahguna tanda halal. - UTUSAN ONLINE |
Jangan bimbang keluar mengundi - Bakri Posted: 29 May 2014 12:33 AM PDT TELUK INTAN 29 Mei - Pihak polis memberi jaminan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Sabtu ini akan berjalan lancar dan selamat. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Mohd. Zinin sehubungan itu meminta 59,927 pengundi di kerusi Parlimen itu untuk keluar mengundi tanpa perasaan bimbang. "Persedian kita adalah rapi. Kita mengharapkan kepada pengundi untuk keluar mengundi dan jangan takut dengan keselamatan. Kita akan pastikan penggundi tidak diganggu dan dapat menjalankan kewajipan masing-masing," kata beliau. Bakri bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mendengar taklimat daripada Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Assisten Komisioner Goh Kok Liang di ibu pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |