{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Admin

felda sungai tengi - Google Blog Search


<b>felda sungai tengi</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 22 Jan 2014 12:00 AM PST

Shabery Cheek Rasmikan Pusat Internet 1Malaysia FELDA Sungai Tengi

20140121_150327

KUALA KUBU BAHARU – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah merasmikan Program Hari Bersama Komuniti dan Pusat Internet 1Malaysia FELDA Sungai Tengi.

Program yang berlangsung petang semalam telah dihadiri hampir 3,000 warga FELDA.

Shabery Cheek yang tiba pada jam 3 petang telah disambut oleh Pengarah Seranta FELDA JPM, Tuan Haji Mohamad Khairudin yang merupakan anak kelahiran FELDA Soeharto, terletak bersebelahan FELDA Sungai Tengi.

Tuan Haji Mohamad Khairudin merupakan penaung kepada Pusat Internet 1Malaysia yang dirasmikan oleh Shabery Cheek.

Ini merupakan kunjungan kedua Shabery Cheek ke FELDA Sungai Tengi selepas Pilihan Raya Kecil pada tahun 2010 yang lalu.

Dalam perasmian Pusat Internet 1Malaysia FELDA Sungai Tengi, Shabery Cheek telah melakukan gimik pelancaran dan menurunkan tandatangan pada plaque.

Usai gimik pelancaran, beliau telah melawat Pusat Internet 1Malaysia berkenaan dan turut diberikan sedikit taklimat oleh pegawai berkaitan.

Beliau diringi Pengarah Seranta FELDA, Pengurus Besar FELDA Wilayah Trolak dan juga Ketua Peneroka FELDA Sungai Tengi bergerak ke Dewan FELDA Sungai Tengi yang terletak berhadapan Pusat Internet 1Malaysia berkenaan untuk merasmikan Program Hari Bersama Komuniti sempena pembukaan Pusat Internet 1Malaysia FELDA Sungai Tengi.

20140121_142932

20140121_150216

20140121_150244

20140121_150327

20140121_150408

20140121_150445

20140121_150712

20140121_150842

20140121_153015

Lain-lain gambar boleh lihat di Galeri gambar.

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada January 22, 2014 - 6:17 am oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar