{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit goh - Google Blog Search

Posted by Admin

felda bukit goh - Google Blog Search


<b>felda bukit goh</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 02 May 2014 12:00 AM PDT

*ABSUL Manan Ismail (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada wakil blok di majlis penyampaian cek durian runtuh kepada isteri peneroka di Felda Bukit Goh, Kuantan, semalam.


KUANTAN, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Selepas ketua keluarga peneroka menerima bayaran durian runtuh sebanyak RM5,000 sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mei lalu, kini tiba pula giliran isteri mereka.

Bertempat di Felda Bukit Goh di sini, seramai 671 isteri peneroka atau penerokawati menerima cek durian runtuh yang disampaikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Rata-rata mereka yang menerima cek tersebut nyata begitu gembira dan kegembiraan itu turut dikongsi bersama suami yang turut hadir pada majlis itu.

Abdul Manan berkata, seramai 671 isteri peneroka Felda Bukit Goh menerima bayaran durian runtuh mereka hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.35 juta.

"Pembayaran ini membuktikan kerajaan menunaikan janji untuk memberi durian runtuh bukan sahaja kepada ketua keluarga peneroka Felda malah isteri dan anak-anak.

"Hari ini kita bayar kepada para isteri dan saya jangka pembayaran untuk anak-anak atau generasi kedua Felda akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Bukit Goh, Mat Zahari Deraman.

Seorang penerokawati, Zaitun Ngah, 68, berkata, dia begitu gembira menerima cek durian runtuh itu.

"Saya sudah 40 tahun tinggal di sini dan inilah kali pertama menerima bantuan sebegini. Ia cukup bermakna kepada kami para isteri peneroka," katanya.

Bagi Habsah Sudin, 64, pula, dia mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana turut prihatin dengan kebajikan isteri peneroka.

"Kami tidak pernah terfikir akan menerima bantuan ini. Syukur kepada Allah dan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Felda," katanya.

Seorang lagi penerokawati yang ditemui, Zaitun Sani, 59, pula berkata, duit RM5,000 itu begitu bermakna untuknya dan kel
"Selama ini lima orang anak saya membesar dengan duit Felda dan mereka melanjutkan pengajian sehingga ke universiti juga dengan duit Felda.

"Ternyata Felda tidak pernah mengabaikan kebajikan kami warga peneroka," katanya. - UTUSAN

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar