{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Dunia papan selaju Eddie

Posted: 31 May 2014 06:05 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Amir Hafiz Abd. Rahman

KALI pertama dia melihat papan selaju adalah ketika berumur 12 tahun. Jelas Zaidy Zailani atau lebih mesra dengan panggilan Eddie Tiga Swagger, 33, sejak dari hari itu perasaan untuk mempelajari teknik mainan ini terus menjadi ketagihan. Tanpa panduan daripada mereka yang profesional, Eddie akhirnya menguasai teknik asas permainan papan selaju melalui tontonan pita video. Memandangkan permainan papan selaju tidak begitu popular seperti sukan lain, bagi Eddie ada sebab mengapa dia meminati sukan ini.

"Kalau ikutkan pada tahun 1996 sukan ini masih sangat baharu, saya juga masih berada di bangku sekolah ketika itu.

"Pada mulanya saya melihat rakan sekolah saya membawa papan selaju, memang saya teruja kerana saya tahu pada waktu itu harga papan selaju sangat mahal dan sekali gus menjadikan sukan ini agak mewah," katanya.

Berbeza dengan zaman sekarang menurut Eddie, kekurangan informasi mengenai video aktiviti ini menyebabkan mereka terpaksa berusaha sendiri dalam memahami teknik permainan papan selaju ini.

"Dahulu mana ada YouTube, jadi kami hanya berpandukan pita video sahaja.

"Kalau ikutkan dengan kekurangan itu, saya dan kawan-kawan sangat berbangga untuk menguasai teknik asas permainan ini dalam masa lapan bulan sahaja," katanya.

Melihat perkembangan permainan papan selaju di negara ini akui Eddie ada perasaan bangga untuk mengetahui beberapa nama besar dalam dunia permainan ini berasal dari Malaysia.

"Macam saya memang saya tidak berminat untuk masuk mana-mana pertandingan, cuma saya jadikan permainan ini sebagai hobi saya.

"Tetapi memang ada kawan-kawan saya yang sudah mampu bawa nama Malaysia ke persada dunia hanya dengan permainan ini," katanya.

Ada nada sedih yang mahu dibawa bicara Eddie walaupun sudah melepasi sedekad permainan ini dikenali dirinya. Eddie menjelaskan kekurangan sokongan pihak berwajib terus memperlihatkan permainan papan selaju seperti dianaktirikan.

"Kalau ikutkan memang waktu mula-mula permainan ini popular, kita masih kekurangan kemudahan seperti lokasi.

"Bagaimanapun sehingga kini perkembangan itu semakin baik, cumanya masih ada yang perlu diambil berat pihak berwajib," katanya.

AKTIVITI papan selaju tidak berbahaya jika dilakukan mengikut teknik yang betul.

Tidak bahaya

Satu persepsi yang menyebabkan permainan ini lambat berkembang adalah dalam soal keselamatan. Digelar sukan ekstrem, namun kata Eddie permainan ini tidaklah berbahaya seperti yang disangka.

"Memang ibu bapa saya juga pada awalnya agak gusar dengan ketagihan saya terhadap permainan ini.

"Tetapi jangan risau setiap teknik kalau dibuat dengan betul tidak akan bahaya. Tolong cuba memahami kehendak anak-anak dan janganlah terus membantah kerana aktiviti ini juga seperti sukan lain," katanya.

Menolak sukan ini hanya untuk golongan tertentu, jelas Eddie dengan kelebihan teknologi kini sesiapa juga mampu belajar permainan papan selaju kini. Malah dia turut sarankan agar permainan ini tidak menerima diskriminasi dari sesiapa juga.

"Sesiapa juga boleh bersukan dengan permainan ini, memandangkan ia bermula di jalanan jadi memang terbuka untuk sesiapa juga.

"Saya harap mereka yang terus mahu melabelkan permainan ini sebagai tidak sesuai, harus mencubanya dahulu," katanya.

Sibuk dengan nyanyian

Baru sahaja melancarkan single berjudul Opss! Aku Dah Ter, menurut Eddie fokus kali ini adalah untuk memastikan kumpulan Tiga Swagger terus diterima di setiap lapisan masyarakat.

"Kami sebenarnya sudah menyiapkan 12 lagu, bagaimanapun kami ada strategi.

"Setakat ini single pertama kami sudah diterima semua stesen radio," katanya.

Menjadi penyanyi hip hop pertama di dunia yang ditaja jenama fesyen Volcom jelas Eddie dia tahu rezeki ini hadir kerana pengetahuannya dalam permainan papan selaju.

"Selalunya Volcom hanya menaja kumpulan atau penyanyi yang membawakan genre heavy metal atau rock sahaja. Bila mereka memilih saya , memang ini satu kelebihan untuk mengenakan pakaian mereka.

"Selain itu juga saya menjadi duta buat beberapa jenama lain seperti Dc Shoes Malaysia, Crazee Causa Skateboard, HomebaseJB dan Rapalastore," katanya.

2NE1 hebat di pentas

Posted: 31 May 2014 06:05 AM PDT

Bersama Noona Kha-dijah
ijah_pg@yahoo.com

KUMPULAN 2NE1 seronok mengadakan konsert di Malaysia.

SEBELUM ini kumpulan 2NE1 pernah berkunjung ke Malaysia dan kehadiran mereka kali ini adalah untuk menjayakan konsert 2NE1 2014 World Tour All Or Nothing di Stadium Negara, Sabtu lalu.

Kira-kira 4,000 penonton hadir untuk menyaksikan aksi-aksi menarik daripada anggota 2NE1 yang terdiri daripada CL, Minzy, Dara dan Bom.

Kumpulan yang sedia terkenal dengan penampilan seksi itu memulakan persembahan menerusi lagu Crush dan pada persembahan selama dua jam lebih itu, 2NE1 mendendangkan kira-kira 25 buah lagu. Antara lagu pilihan mereka adalah Missing You, Don't Stop The Music, Ugly, I Were You, I Love You, Lonely dan Come Back Home yang dinyanyikan dalam dua versi termasuk akustik.

Menariknya kebanyakan lagu-lagu daripada kumpulan ini turut dinyanyikan bersama oleh penonton yang rata-rata adalah peminat tegar.

Tidak dinafikan selain pilihan lagu yang menarik, persembahan 2NE1 tampak bertenaga dengan iringan lapan penari lelaki dengan gerak tari yang diilhamkan oleh dua pengarah kreatif iaitu Travis Payne dan Stacy Walker yang pernah mengarahkan koreografi untuk bintang terkenal dunia iaitu Michael Jackson untuk konsert .

Di antara anggota 2NE1, ketua kumpulan CL atau Lee Chae-rin turut mengadakan persembahan solo menerusi lagu The Baddest Female dan MTBO.

Selain itu, konsert 2NEI turut diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu kumpulan Winner yang turut mendendangkan dua buah lagu.

Memandangkan persembahan yang dijayakan oleh 2NE1 dan Winner mendapat sorakan gemuruh daripada penonton, kumpulan tersebut masing-masing berjanji akan datang lagi ke sini untuk mengadakan persembahan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat