Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Pengesahan lafaz cerai Abby Abadi 11 Jun ini Posted: 28 May 2014 09:44 PM PDT KUALA LUMPUR 29 Mei - Permohonan pengesahan lafaz cerai oleh pelakon Abby Abadi terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini ditangguhkan ke 11 Jun berikutan terdapat satu lagi lafaz cerai yang belum difail dan disahkan di mahkamah. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 28 May 2014 11:14 PM PDT Oleh GARRET DAWUM ANA Dahlia dan Ubai belum sedia berkasih. DUA kali memegang status janda nyata bukanlah satu rekod baik yang boleh dijulang megah. Situasi itu yang berlaku dalam diri pelakon Ana Dahlia, namun tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Biarpun beban yang harus dipikul itu berat ditambah status itu antara yang ditakuti wanita, Ana mengaku hidupnya aman dan tenang-tenang sahaja. Malah, ramai yang beranggapan Ana sudah mempunyai kekasih baru apabila dia secara terang-terangan berkongsi banyak gambar dengan lelaki yang didakwa kekasihnya dalam laman sosial Instagram. Gambar itu dirakam ketika bercuti bersama di Bangkok, Thailand, April lalu. Ubai Zulkiflee. Itulah nama lelaki yang sering dilihat bersama Ana. Tidak mahu lebih banyak spekulasi timbul, Ana memberitahu dia sebenarnya senang untuk berkawan dengan sesiapa. Jujurnya, saya selesa dan mudah berkawan dengan sesiapa. Boleh kata saya seorang kawan yang baik. Kalau nak berkawan dengan saya memang boleh, jangan ada benci itu sahaja. Mungkin saya juga tidak ramai kawan. Jadi kawan-kawan saya adalah orang yang sama. Ingin saya tegaskan, saya bukan selalu berdua dengan Ubai kerana ada lagi rakan-rakan lain yang bersama kami. Dia juga sudah biasa menemani saya apabila ada urusan kerja. Saya tidak ada orang lain lagi. Tak salah kami berkawan. Saya kenal dia pun melalui rakan-rakan yang sentiasa ada dengan saya. Memang tidak dinafikan setiap orang perlukan teman untuk kehidupan. Berkenaan jodoh bersama dia, saya tidak boleh nak cakap lebih sebab saya sendiri tidak dapat jangka ke mana perhubungan kami sebagai kawan," katanya. Bersedia selalu Bercakap soal kahwin lagi, wanita berusia 31 tahun ini sebenarnya tidak pernah serik dan mengakui dia sudah bersedia bergelar isteri dari perkahwinan yang pertama lagi. Mungkin jodoh kami tidak kuat," ringkas jawab pemilik nama sebenar Diyana Mastura Jaafar ini. Optimis bahawa setiap dugaan itu ada hikmahnya, kata Ana, sebagai seorang manusia biasa dia tahu Tuhan lebih pintar dalam mengatur percaturan hidupnya. Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal kahwin lagi. Ini soal jodoh. Soal qada' dan qadar. Jika datang lagi saya akan terima. Saya juga tak mencari. Biarlah saya tumpu perhatian kepada karier dahulu, jodoh akan datang dengan sendirinya. Saya akui mempunyai ramai teman tetapi belum ada yang boleh dianggap sebagai teman istimewa. Tentang apa yang terjadi, saya lebih suka mengambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak pernah rasa sakit dengan apa yang berlaku dulu. Kalau boleh ambil yang hal positif sahaja untuk kita menjadi lebih kuat. Lagipun, dalam kehidupan banyak hati yang perlu dijaga. Apabila ada jodoh yang sudah pasti, saya akan kongsikan bersama peminat," katanya. Dalam pada itu, kata Ana, dia juga bersyukur kerana masih ada keluarga, kawan dan peminat yang membuatkan dia kuat. Tanpa mereka, saya tak tahu bagaimana keadaan saya. Merekalah insan yang sering memberi sokongan. Malah, keluarga juga memahami situasi diri saya. Soalan-soalan tentang perkahwinan atau dengan siapa saya berkawan tak pernah keluar dari mulut mereka. Mereka mungkin bimbang kalau soalan tak kena menjadikan saya terluka atau berkecil hati. Hakikatnya, saya okey saja," ujar Ana tersenyum. Apa sahaja yang dilakukan bekas isteri Chef Riz ini yang juga anak kepada chef selebriti tersohor, Chef Wan ini pasti pantas menarik perhatian umum. Justeru, apabila sekeping foto Ana bersama lelaki di laman sosial dimuatnaik, ia segera menimbulkan spekulasi. Apabila letak sahaja satu gambar, pasti ada cerita yang timbul. Saya rasa tidak perlu nak panjangkan apa-apa lagi. Saya sebenarnya tidak pernah berahsia dan akan berkongsi apa sahaja dengan peminat. Asalnya, kami ke Bangkok untuk mencari kain. Saya datang bersama dengan pereka baju saya. Empat hari kami di sana (Bangkok). Tak salah rasanya saya datang demi kawan-kawan. Saya masih tahu batas dan status saya. Lagipun keluarga juga tahu asal saya ke sana," katanya. Mengenai acara Songkran, Ana berkata, dia juga tidak tahu acara itu akan disambut ketika berada di Bangkok. Jujur saya tidak tahu ada Pesta Songkran. Itu kali pertama saya ikut. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Apa yang boleh saya simpul, saya hanya mahu bagi penghargaan kepada kawan-kawan lama. Gambar-gambar itu sebenarnya tiada niat apa-apa. Harap semua peminat lebih terbuka dan memahami situasi saya. Janganlah berfikiran negatif kerana cerita sebenar mereka tidak tahu," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |