{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Admin

Utusan Online - Politik


PRK Teluk Intan: 58.21 peratus keluar mengundi 3 petang

Posted: 31 May 2014 12:52 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TELUK INTAN 31 Mei - Sebanyak 58.21 peratus atau 34, 974 daripada 59,927 orang pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sehingga pukul 3 petang ini. - UTUSAN ONLINE...

Jangan spekulasi, tunggu pengumuman

Posted: 31 May 2014 12:01 AM PDT

Oleh SYUKRI SHAARI

TELUK INTAN 31 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong mengingatkan orang ramai supaya tidak sesuka hati membuat spekulasi mengenai keputusan pilihan raya berkenaan.

Siew Keong yang juga Presiden parti Gerakan menegaskan, keputusan akan diketahui juga pada malam ini.

"Tidak perlu spekulasi. Kita akan tahu juga keputusannya nanti.

"Saya percaya sekitar pukul 7 atau 8 malam kita sudah boleh nampak pola keputusan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai proses pengundian hari ini, Siew Keong memberitahu beliau berpuas hati dengan perjalanannya.

"Saya puas hati. proses berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah besar timbul," jelas beliau.

Dalam pada itu, Siew Keong menempelak tindakan portal propembangkang Malaysiakini yang memutar belit kenyataan beliau berhubung pengundi luar kawasan.

"Saya maksudkan ialah pengundi dari luar perlu berbincang dengan keluarga mereka yang menetap di sini sebelum membuat keputusan. Bukan mendakwa mereka tidak berhak menentukan keputusan di Parlimen ini.

"Tetapi tidak apa, saya terimalah. Mungkin ini strategi yang digunakan oleh DAP, " jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar