{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Admin

felda gedangsa - Google Blog Search


<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 18 May 2014 12:00 AM PDT

Karnival Rio To Malaysia dan Karnival Wayang Padang yang berlangsung di Felda Gedangsa, Hulu Selangor baru-baru ini mendapat sambutan hangat masyarakat setempat yang ?berkampung? seawal pagi lagi bagi memeriahkan program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini.

Malah, acara penutup turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Binti Sohar yang menyampaikan hadiah utama Pertandingan Futsal Pelikat yang dimenangi pasukan Car Wash FC. 

Sekain penduduk Felda Gedangsa, penduduk dari felda berhampiran termasuklah Felda Sungai Tengi, Felda Soeharto dan Felda Wilayah Trolak begitu teruja dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan mendapat kerjasama baik dengan pihak FELDA sendiri.

Orang ramai juga menyahut cabaran memenangi hadiah istimewa dari RTM dengan menyertai aktiviti menarik yang kesemuanya berkaitan dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014, yang akan berlangsung di Brazil bermula 12 Jun hingga 13 Julai ini. 

Antara aktiviti menarik lain yang dijalankan adalah Pertandingan Mewarna, Kuiz Rio To Malaysia, Memasak Bersama ADABI, Teka Bola, Fault Ball, Futsal Pelikat, Bola Beracun, Timbang Bola, Pening?Pening Bola, Jaringan Emas, Kaki Bajang serta pelbagai permainan lain yang menghiburkan. 

Bahang sambutan Piala Dunia turut dimeriahkan dengan Kuiz Rio To Malaysia kepada pengunjung yang dikelolakan oleh DJ Sonic, DJ Ahmad dan DJ Nazrie dari KLfm. 

Cuaca panas terik tidak menjadi penghalang kepada orang ramai yang menantikan kemunculan artis Siti Nordiana dan Jalil Hamid di sebelah petang. Siti Nordiana sempat beramah mesra sebelum menyampaikan lagu 'Memori Berkasih' dan lagu 'Paling Comel' manakala Jalil Hamid telah menyanyikan single terbarunya, 'Di Kepala Ada Otak'. 

Lokasi seterusnya Rio To Malaysia akan berlangsung di Felda Wilayah Mempaga, Bentong Pahang pada 24 dan 25 Mei depan.

Oren SKA
By MEDIA SHAH ALAM
Published: 2014-05-18T20:27:00+08:00
Felda Gedangsa Riuh Dek Karnival Rio To Malaysia
4.5 11 reviews

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar