Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Budak maut jatuh eskalator
- Pembunuh Siti Soffea ditemui mati kembung
- BN cipta kejutan di Teluk Intan
Posted: Budak maut jatuh eskalatorOleh NUR AISHAH AMIN
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas terjatuh dari eskalator di tingkat tiga pusat beli-belah The Gardens di Mid Valley di sini semalam. Mangsa, Nurul Emielda Nadia Sallehuddin, 7, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di belakang kepala. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, sebelum tragedi pukul 2 petang, Nurul berada di pusat beli-belah tersebut bersama ibu bapa dan beberapa ahli keluarga lain untuk membeli-belah sempena cuti sekolah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Pembunuh Siti Soffea ditemui mati kembung Posted: Pembunuh Siti Soffea ditemui mati kembung
KUALA LUMPUR – Suspek pembunuhan kejam seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan semalam ditemui mati lemas di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Bandar Sunway di sini. Mayat M. Samynathaiar, 27, yang lengkap berpakaian ditemui anggota bomba dan penyelamat pada pukul 3 petang selepas menerima panggilan orang awam mengenai satu objek terapung di sungai berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
BN cipta kejutan di Teluk Intan Posted: BN cipta kejutan di Teluk IntanOleh FIRDAUS HASSAN SIEW KEONG dijulang oleh para penyokong BN setelah beliau diumumkan menang PRK Parlimen Teluk Intan di pusat penjumlahan undi di SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan malam tadi. TELUK INTAN – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong membuat kejutan apabila berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan undi majoriti sebanyak 238 pada pilihan raya kecil kerusi itu semalam. Dengan kemenangan itu, parti Gerakan kini mempunyai dua kerusi Parlimen selepas kerusi Simpang Renggam, Johor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, 27, yang mendapat 19,919 undi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini pada pukul 9.41 malam tadi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |