{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Delegasi Bank Dunia Lawat <b>FELDA</b> Gunung <b>Besout</b> | 1Suara

Posted: 01 May 2014 09:03 PM PDT

SUNGKAI – Sekumpulan pengarah eksekutif dan pegawai-pegawai kanan Bank Dunia yang beribu pejabat di Washington, D.C. telah menjadi tetamu kepada FELDA dan FGV baru-baru ini.

Lawatan ke FELDA itu merupakan sebahagian daripada program dalam rangka lawatan kerja mereka selama dua hari di Malaysia.

Rombongan tersebut diketuai oleh Dr.Sundaran Annamalai, salah seorang daripada lapan pengarah eksekutif Bank Dunia yang menyertai lawatan itu.

Pihak FELDA dan FGV yang bertindak sebagai tuan rumah memilih FELDA Gunung Besout dekat sini sebagai lokasi untuk menyambut delegasi tersebut.

Sambutan rasmi berlangsung di Kilang Pemprosesan Minyak Sawit FELDA Gunung Besout, di mana ketibaan delegasi itu disambut oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah dan I. Rajindran, Pengarah Q & C, R & D, Teknologi Baharu, KPI & KRA FELDA yang mewakili Pengarah Besar FELDA.

Turut sama adalah ahli pengurusan tertinggi Kumpulan FELDA dan FGV.

Selepas jamuan makan tengah hari, rombongan dari Bank Dunia itu diberi taklimat mengenai program-program FELDA dan juga operasi FGV di dalam dan di luar negara. Ia kemudiannya disusuli dengan sesi soal jawab dimana setiap anggota delegasi berpeluang untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan FELDA dan FGV mengenai projek-projek FELDA dan FGV yang berkait dengan inisiatif-inisiatif di bawah Bank Dunia.

Sejurus selepas mendengar taklimat, delegasi tersebut telah dibawa melawat sebuah penempatan di FELDA Besout 2, dan diakhiri dengan lawatan ke ladang kelapa sawit di FELDA Besout 6 di mana mereka telah diberi penerangan dan demonstrasi mengenai palm harvesting dan manuring.

Lawatan pengarah-pengarah eksekutif dan para pegawai kanan Bank Dunia tersebut telah berjaya membuka ruang dan potensi bagi kerjasama dan jalinan usahasama yang baharu di antara FELDA, FGV dan Bank Dunia, khususnya di Afrika di mana FGV sedang giat dan aktif mengembangkan pasaran dan pelaburannya di benua tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat