{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Kursus Asas Keusahawanan di <b>FELDA Tenggaroh</b> 2 | 1Suara

Posted: 17 Mar 2014 12:52 AM PDT

MERSING – Usaha untuk melahirkan usahawan di kalangan generasi baharu FELDA memang sentiasa dilakukan secara berterusan dan ia merupakan petanda jelas tentang bagaimana seriusnya agensi itu, melalui jenteranya di pelbagai peringkat, berusaha untuk meletakkan anak-anak FELDA di mercu kejayaan.

Bergerak atas matlamat yang samalah, Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Tenggaroh 2, dengan kerjasama Jabatan Usahawan FELDA Wilayah Johor Bharu baru-baru ini telah menganjurkan satu kursus keusahawanan untuk belia-belia FELDA.

Dinamakan Kursus Asas Keusahawanan Belia, program itu diadakan di Dewan Sentuhan Kasih FELDA Tenggaroh 3 dekat sini.

Pengerusi MBFM FELDA Tenggaroh, Mohamad Nazri Yusof berkata, program seperti itu penting  kerana ia dapat melahirkan belia yang berdaya saing dan berketerampilan tinggi.

"Selain itu, program ini juga dapat memupuk semangat belia untuk mencuba sesuatu yang baru dan berpotensi untuk diketengahkan," katanya pada 1SUARA.

Program selama sehari suntuk ini turut menerima penyertaan yang di luar jangkaan.

"Alhamdulillah, kami menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Namun bagi sesi kali ini, hanya 20 orang peserta sahaja yang mengikuti kursus yang diadakan.

"Memandangkan para belia menyambut baik program ini, kami berhasrat untuk meneruskannya dengan menganjurkan beberapa sesi lagi agar pada masa hadapan," katanya.

Mohamad Nazri juga berharap, para belia FELDA akan menggunakan ilmu yang ditimba daripada kursus-kursus seumpama itu dengan sebaik-baiknya.

"Selain itu mereka juga hendaklah merebut pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan, khususnya dalam sektor perniagaan," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohamad Nazri berkata, MBFM Tenggaroh 2 turut merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan para belia dalam masa terdekat.

"Antara yang kami rancangkan ialah untuk mengadakan kursus membuat kek, kelas jahitan dan kursus solekan dan Andaman," tambah beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat