Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Fasa baharu hubungan perlu ambil kira aspek sosiobudaya - Najib
- Polis tumpas geng Asroy, selesai sembilan kes pecah rumah
- Jawatan dalam Kabinet untuk Mah Siew Keong bukan gimik - Muhyiddin
Fasa baharu hubungan perlu ambil kira aspek sosiobudaya - Najib Posted: 30 May 2014 01:18 AM PDT Oleh ROZAMAN ISMAIL BEIJING 30 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan fasa baharu hubungan Malaysia-China untuk tempoh 40 tahun akan datang perlu diperluaskan kepada aspek sosiobudaya, nilai-nilai dan kemanusiaan. Beliau berkata, jika sebelum ini fokus hubungan kedua-dua buah negara itu adalah dalam bidang ekonomi, pendidikan dan teknologi, wajah 40 tahun akan datang perlu turut mengambil kira perkara-perkara tersebut. ``Demi mewajah 40 tahun akan datang, hubungan sosiobudaya kedua negara perlu diperhebat dan diperkasakan menerusi penekanan kepada aspek nilai-nilai murni sejagat. ``Kerjasama dalam bidang kemanusiaan juga perlu dibina dan diperkuatkan untuk manfaat bersama,'' katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2014: Hubungan Malaysia-China di Beijing Foreign Studies University (BFSU) di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Polis tumpas geng Asroy, selesai sembilan kes pecah rumah Posted: 30 May 2014 01:01 AM PDT PUTRAJAYA 30 Mei - Polis menumpaskan `Geng Asroy` yang dianggotai empat remaja termasuk dua yang masih bersekolah dipercayai terlibat dalam sembilan kes pecah rumah sejak Mac tahun lepas dengan menyasarkan pangsapuri sekitar Putrajaya. Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata remaja terbabit yang berusia antara 15 dan 21 tahun itu ditahan di Putrajaya dan Kampar, Perak pada 20 dan 21 Mei lepas. ``Nilai kerugian dianggarkan RM55,000. Tetapi dalam serbuan itu setakat ini kita hanya menemui laptop, (gajet) tab, jam tangan, surat pajak gadai dan dompet,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Abdul Razak berkata, modus operandi Geng Asroy ialah memecah masuk pangsapuri melalui balkoni dapur antara 9 pagi hingga 4 petang dan pernah memecah masuk pangsapuri di tingkat 13. ``Sasaran mereka adalah rumah yang tidak berkunci. Kita mahu penduduk peka dengan perkara ini kerana penghuni yang memberi peluang kepada penjenayah untuk memecah masuk," katanya. - BERNAMA |
Jawatan dalam Kabinet untuk Mah Siew Keong bukan gimik - Muhyiddin Posted: 30 May 2014 12:58 AM PDT TELUK INTAN 30 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata janji Perdana Menteri untuk melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan esok bukan sekadar gimik politik. Malah Timbalan Perdana Menteri itu berkata kehadiran Mah dalam barisan Kabinet akan memberikan lebih limpahan manfaat kepada penduduk Teluk Intan. ``Kita tidak tipu (mengenai tawaran ini). Bila Mah masuk Kabinet, lebih senang dia nak bantu masyarakat di sini. Kerajaan negeri dah Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat dah BN, kenapa Teluk Intan tak hendak BN,'' katanya ketika berucap pada majlis sarapan pagi bersama 25 badan bukan kerajaan (NGO) kaum India di sini, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang dalam lawatan enam hari ke China semalam, membuat tawaran itu, sambil berkata parti Gerakan merupakan parti pengasas BN dan menjadi amalan untuk presiden parti itu menganggotai Kabinet. Sementara itu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, dalam sidang media selepas majlis itu, berkata Mah adalah seorang yang berpegang kepada janji serta menyifatkan anak jati Teluk Intan itu sebagai seorang yang berprinsip dan mempunyai pendirian. ``Saya yakin Mah akan dilantik jika dipilih (menjadi wakil rakyat). Ini akan memberi faedah kepada penduduk dan mudah akses kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri untuk bantu dengan pelbagai isu. ``Ini juga memberi ruang dan peluang kepada wakil kaum Cina dalam Jemaah Menteri,'' jelasnya. Beliau berkata malah Mah sebaik memenangi jawatan presiden parti itu pada Oktober tahun lepas berjanji akan menumpukan sepenuh masanya untuk memulihkan parti Gerakan. Mah, bekas anggota Parlimen Teluk Intan untuk dua penggal sejak Pilihan Raya Umum 1999, dicabar oleh calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK esok. Pada 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk jawatan yang sama pada 2006. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |