{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kelantan pengeluar sarang walet

Posted: 29 May 2014 11:57 AM PDT

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Mei - Kelantan mempunyai potensi untuk membangun sebagai pusat memproses sarang burung walet pertama dan terbesar di negara ini dengan jangkaan pengeluaran bernilai RM100 juta.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Kumpulan Swiftlet Eco Park, Ahmad Tarmize Mohd. Yusoff berkata, keyakinan itu kerana sarang burung walet yang dihasilkan di negeri ini mempunyai kualiti terbaik di Malaysia.

"Kelantan mempunyai potensi besar dalam industri ini kerana menghasilkan sarang burung walet paling bermutu berikutan persekitarannya masih terpelihara selain iklim dan topografi yang sangat sesuai.

"Selain itu kita juga mempunyai keyakinan untuk melabur di Kelantan kerana negeri ini pernah menjadi pengeluar kedua terbesar di Malaysia selepas Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi menjalin kerjasama strategik program pembangunan industri sarang burung walet peringkat global antara kerajaan negeri dan Kumpulan Syarikat Swiftlet Eco Park di Kompleks Kota Darul Naim di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Swiftlet Eco Park, Datuk Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan; Pengarah Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swiftlet Eco Park, CH Tan dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Swiftlet Eco Park, Tan Soon Yong.

Ahmad Tarmize memberitahu, syarikat tersebut berhasrat mewujudkan satu subpemprosesan sarang burung walet di setiap daerah di negeri ini.

Katanya, projek itu nanti bakal mewujudkan 500 hingga 1,000 peluang pekerjaan baharu untuk penduduk setempat.

"Pelaksanaan projek ini adalah sebahagian usaha syarikat untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan graduan untuk mendapat pekerjaan.

"Kerjasama ini juga membolehkan Kelantan wujud sebagai Pusat Latihan dan Pembangunan Usahawan Bumiputera Industri Sarang Burung Walet," katanya.

Pelajar pendidikan khas tawar khidmat cuci kereta

Posted: 29 May 2014 11:57 AM PDT

Sebahagian pelajar pendidikan khas SMK Panji, Kota Bharu, Kelantan mampu menawarkan khidmat mencuci kereta hasil pendedahan khusus yang diberikan kepada mereka. - UTUSAN/Rosmizan Resdi

KOTA BHARU 29 Mei - Berbekalkan kemahiran yang dipelajari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji di sini, sekumpulan pelajar pendidikan khas sudah mampu berdikari dan menawarkan khidmat mencuci kereta.

Khidmat ditawarkan pada setiap Isnin dan Selasa itu di sekolah itu merupakan sebahagian modul pembelajaran bagi melatih pelajar istimewa terbabit.

Guru pendidikan khas sekolah berkenaan, Noraniza Hayati Mohd. Noor berkata, pendedahan khusus yang diberikan itu adalah berbentuk latihan serta pemulihan yang terkandung dalam modul pendidikan khas.

"Walaupun pelajar ini tidak mempunyai kemampuan seperti insan lain, namun mereka masih mampu melakukan kerja mengikut kemampuan masing-masing.

"Buat masa ini, seramai 32 daripada 69 pelajar pendidikan khas terlibat dalam latihan menyediakan khidmat membasuh kereta secara bergilir-gilir dengan bimbingan guru," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah Noraniza Hayati, pelajar yang terlibat berpeluang menimba pengalaman baharu selain boleh berdikari mengikut kemampuan masing-masing melalui khidmat yang ditawarkan sejak tahun lalu.

Sementara itu, guru penyelaras program tersebut, Mohd. Sapri Ghazali memberitahu, khidmat mencuci kereta itu hanya dibuka kepada kakitangan sekolah memandangkan mereka masih memerlukan perhatian khusus semasa melakukan kerja.

Jelasnya, pelajar yang dibahagikan kepada tiga kumpulan itu berupaya membersihkan empat buah kereta dalam masa sehari secara bergilir-gilir.

"Setiap kereta akan dikenakan bayaran antara RM6 hingga RM10 mengikut saiz kenderaan manakala hasil kutipan akan diguna bagi membantu menampung belanja kegiatan dan aktiviti pelajar pendidikan khas tersebut," katanya.

Bantu banteras penagihan dadah kalangan remaja

Posted: 29 May 2014 11:58 AM PDT

KEMAMAN 29 Mei - Semua ahli jawatankuasa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) daerah ini diseru memainkan peranan lebih berkesan bagi membantu pihak berkuasa membanteras penagihan dadah dalam kalangan remaja termasuk pelajar sekolah.

Setiausaha Pemadam daerah, Mohd. Azmi Mustafa berkata, kerjasama jawatankuasa dan ahli Pemadam diharap penagihan dadah dapat dikawal terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau yang juga Penolong Pegawai Daerah Kemaman berkata, semua pihak perlu melakukan di peringkat akar umbi supaya gejala itu dapat dibendung sekali gus mengurangkan penagihan dadah di kalangan remaja yang semakin membimbangkan.

"Jangan hanya letak tanggungjawab ini kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia saja, masyarakat juga perlu ada tanggungjawab membantu pihak berkuasa membanteras masalah penagihan dadah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemadam Daerah kali ke-30 di Pejabat Daerah Kemaman di sini semalam.

Yang turut hadir, wakil dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Inspektor Mohd. Hurairah Ali Nor Mohd. Zaid dan pegawai AADK Kemaman, Zanita Ismail.

Mohd. Azmi berkata, Kemaman merupakan daerah kedua tertinggi dalam penagihan dadah selepas Kuala Terengganu dan menjadi hab transit dari selatan Thailand dan juga Kuala Lumpur.

Sementara itu, Zanita berkata, sehingga April tahun ini, AADK telah mengadakan enam siri ujian air kencing terhadap pelajar sekolah dan sebanyak 20 orang didapati positif dadah.

Menurutnya, hasil kaunseling dari semasa ke semasa oleh AADK bersama komuniti setempat, peratusan penagihan dadah dapat dikurangkan.

"AADK juga mengadakan kursus latihan kemahiran dengan kerjasama Jabatan Pertanian, menganjurkan sukan dan riadah untuk Orang Kena Pengawasan (OKP) selain program orientasi oleh AADK seperti ceramah dan bimbingan agama untuk OKP," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat