{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Admin

Kosmo Online


KPDNKK rampas RM2.75 juta bahan api bersubsidi

Posted:

KPDNKK rampas RM2.75 juta bahan api bersubsidi

KPDNKK rampas RM2.75 juta bahan api bersubsidi

29/05/2014 9:55pm

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mematahkan 82 cubaan penyeludupan bahan api bersubsidi dengan nilai rampasan berjumlah kira-kira RM2.75 juta dalam Ops Titik yang dilancarkan pada 15 Mei lepas.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pasukan penguat kuasa bersepadu akan terus menggempur semua kawasan yang dikenalpasti, dengan tumpuan utama tindakan penguatkuasaan bersepadu adalah ke atas RON95, diesel dan gas memasak (LPG).

"Kita akan memperhebat usaha mengesan kegiatan penyeludupan di bawah Ops Titik.

"Kita akan bergerak bersepadu dengan agensi-agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) bagi mencegah penyelewengan berterusan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK hari ini. - Bernama

Kawasan pengesanan isyarat bukan tempat MH370 bersemadi - JACC

Posted:

Kawasan pengesanan isyarat bukan tempat MH370 bersemadi - JACC

Kawasan pengesanan isyarat bukan tempat MH370 bersemadi - JACC

29/05/2014 9:51pm

KUALA LUMPUR - Kawasan mencari di sekitar tempat pengesanan isyarat akustik di selatan Lautan Hindi telah diketepikan sebagai tempat bersemadinya pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Perkara itu dinyatakan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang menyelia usaha mencari pesawat terbabit.

"Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengumumkan bahawa usaha mencari di sekitar kawasan isyarat akustik dikesan kini dianggap selesai.

"Dan berdasarkan keputusan profesionalnya, kawasan itu kini boleh diketepikan sebagai tempat bersemadinya MH370," kata JACC dalam satu kenyataan hari ini.

Tengah hari semalam, kapal selam kecil Bluefin-21 selesai menjalankan misi terakhirnya mencari di sekitar tempat isyarat berkenaan dikesan pada awal April lepas oleh alat pengesan pinger yang ditunda kapal Australia, Ocean Shield. - Bernama

Peperiksaan ulangan bertulis SPM dari 9-12 Jun

Posted:

Peperiksaan ulangan bertulis SPM dari 9-12 Jun

Peperiksaan ulangan bertulis SPM dari 9-12 Jun

29/05/2014 9:49pm

KUALA LUMPUR - Peperiksaan ulangan bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 akan berlangsung dari 9 hingga 12 Jun.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan berkata sebanyak 12,726 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ulangan itu di 227 pusat di seluruh negara.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 1,590 petugas peperiksaan dilantik untuk memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Lembaga Peperiksaan meminta calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan mengenai masa peperiksaan dan arahan serta amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar