{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Siew Keong ke Kabinet jika BN menang di Teluk Intan

Posted: 29 May 2014 11:57 AM PDT

BEIJING 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik menyertai Kabinet sekiranya menang dalam pilihan raya itu.

Beliau berkata, sebagai salah sebuah parti komponen BN, secara tradisinya Presiden parti itu akan dilantik menganggotai barisan Kabinet.

"Jadi jika Siew Keong menang dalam pilihan raya itu nanti, beliau akan dilantik sebagai anggota Kabinet," kata beliau dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai jawatan tersebut.

Pada pilihan raya kecil 31 Mei ini Siew Keong akan bertanding satu lawan menentang Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang bertanding atas tiket DAP.

Siew Keong mahu bawa lebih banyak pembangunan untuk Teluk Intan

Posted: 29 May 2014 11:57 AM PDT

TELUK INTAN 29 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong akan menggunakan segala peluang yang ada untuk membawa lebih banyak projek pembangunan ke kawasan ini sekiranya memenangi pilihan raya kecil Sabtu ini.

Jelas Siew Keong, perkara itu termasuklah menggunakan peluang daripada kedatangan ramai menteri Kabinet sepanjang kempen pilihan raya berlangsung sejak 19 Mei lalu.

Jelasnya, setakat ini, permintaannya mendapat respon baik daripada mereka yang berjanji untuk melihat segala ke-perluan yang diminta oleh penduduk.

"Ini adalah PRK bukannya pilihan raya umum. Jadi sejak selepas penamaan calon lagi, ramai pemimpin kerajaan telah turun ke sini untuk membantu kempen saya.

"Kesempatan itu saya gunakan bagi bincang apa impian saya untuk pengundi di sini. Apa yang saya mahu bawa dan tawarkan untuk mereka pada masa depan jika saya dipilih jadi Ahli Parlimen. Antaranya, saya mahu buat benteng banjir, bina universiti dan senaraikan Menara Jam Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

"Nampaknya, 'bisik-bisik' saya ke telinga mereka itu mendapat respon yang baik," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Gerakan Teluk Intan di sini hari ini.

Tambahnya, semua rancangan projek tersebut memerlukan peruntukan yang banyak untuk dilaksanakan.

"Apa yang saya janji dalam manifesto, bukan saya cakap suka-suka tetapi setelah merujuk terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat.

"Yang penting saya mahu terus bekerja untuk rakyat di sini, bawa pembangunan sebanyak yang mungkin. Semangat saya sangat tinggi untuk merealisasikan semua perkara tersebut," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat