{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Admin

Utusan Online - Luar Negara


Lebih 900 orang terkorban di Iraq bulan lalu

Posted: 01 Jun 2014 01:31 PM PDT

BAGHDAD 2 Jun - Lebih 900 orang terkorban dalam kejadian keganasan yang berlaku di negara ini bulan lalu. angka korban tertinggi sejak tahun 2008.

Data yang dikumpulkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Iran itu menunjukkan, sekurang-kurangnya 799 orang terbunuh akibat `tindakan keganasan'.

Manakala baki 195 lagi kes kematian disebabkan oleh operasi ketenteraan yang dijalankan oleh kerajaan, dalam menanggani kemelut yang melanda wilayah Anbar, barat negara ini. - AFP

AS mahu berbincang dengan Taliban

Posted: 01 Jun 2014 12:13 PM PDT

WASHINGTON 2 Jun - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel berharap pembebasan Sarjan Bowe Bergdahl, yang berada dalam tahanan Taliban hampir lima tahun semalam, akan menjadi batu loncatan kepada perbincangan secara terus antara pihaknya dengan kumpulan tersebut.

"Saya yakin dan sangat berharap situasi ini akan membuka ruang kepada perbincangan. Saya percaya ia akan membuahkan hasil," jelas Hagel.

Kata Hagel lagi, sebelum ini AS sering mengadakan perbincangan bersama Taliban, sehinggalah hubungan antara mereka menjadi renggang pada tahun 2012. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar