{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Admin

Utusan Online - Pahang


100 kumpulan Perwani setiap DUN

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 1 Jun - Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 100 kumpulan Komuniti Perwani 1Malaysia (Perwani) ditubuhkan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komuniti dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, setakat ini sebanyak 681 kumpulan Perwani yang terdiri daripada 9,218 ahli telah didaftarkan di negeri ini.

"Justeru, kita sasarkan untuk mewujudkan sekurang-kurang 100 kumpulan Perwani di setiap DUN menjelang akhir tahun ini.

"Saya kini dalam rangka lawatan ke setiap kawasan Parlimen untuk menerangkan mengenai Perwani dan berharap lebih ramai wanita dapat mewujudkan kumpulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Acara Purple Walk Sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 di Taman Gelora di sini baru-baru ini.

Katanya, Perwani berperanan sebagai ejen transformasi wanita di peringkat komuniti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan majlis 1Million Women Purple Walk pada 17 Mac tahun lalu di Putrajaya.

"Komuniti Perwani merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membentuk kumpulan jaringan wanita yang bertindak selaku ejen transformasi di peringkat komuniti dengan menggunakan sumber sedia ada.

"Dengan kekuatan jaringan Perwani, saluran dan penyebaran maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat di peringkat akar umbi dengan lebih berkesan. Persatuan ini hanya boleh disertai oleh wanita dengan keahlian seramai 10 hingga 20 orang," jelasnya.

Dalam pada itu, lebih 500 peserta dari seluruh negeri berjalan kira-kira satu kilometer untuk meraikan pencapaian wanita daripada semua aspek sempena program Purple Walk.

"Tujuan utama adalah untuk menarik perhatian dunia kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh wanita. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini," katanya.

Naik taraf Jalan Maran-Jerantut akan disiapkan

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

AHMAD Shukri Ismail (dua dari kanan) bersama Ruslah Mohd. Amin (tiga dari kiri) mengisi tabung selepas perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Tekam, Jerantut, Pahang, semalam. - Utusan/Salehudin Mat Rasad

Jerantut 1 Jun - Kerajaan negeri komited untuk menyiapkan projek menaik taraf Jalan Maran-Jerantut yang terbengkalai di dua lokasi agar selari dengan kerancakan ekonomi di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, jalan sejauh lebih 80 kilometer itu menjadi laluan penting yang menghubungkan bandar Jerantut ke bandar Maran.

"Lokasi yang masih terbengkalai di kawasan Parlimen Jerantut terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar iaitu hanya kira-kira 12 kilometer menjadi sasaran pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Hakikatnya kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak RM42 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menyambung semula projek itu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

"Jalan utama ini sepatutnya siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lepas tetapi disebabkan faktor tertentu seperti masalah kontraktor dan kewangan ia terpaksa ditangguh," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-50 Sekolah Kebangsaan (LKTP) Sungai Tekam, Jerantut dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Guru Besar SK (LKTP) Sungai Tekam, Ruslah Mohd. Amin, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Omar Sani Bijuri dan Ketua Kampung Felda Sungai Tekam, Hashim Kadir.

Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyiapkan reka bentuk jalan berkenaan dan projek itu akan diteruskan sebaik sahaja menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Tambah beliau, pihaknya mengakui isu jalan ini yang dimulai pada tahun 2007 dianggap sebagai duri dalam daging kepada kerajaan negeri kerana menjadi bahan sindiran tajam penduduk apatah lagi pembangkang.

Peluang miliki rumah mampu milik di Padang Tengku

Posted: 01 Jun 2014 01:01 PM PDT

MUSTAPA Long (berdiri, tengah) bersama-sama pegawai Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Pejabat Daerah Lipis meninjau tapak perumahan di Simpang Kuala Telang/Tanjong Jambu, Kuala Lipis, kelmarin.

KUALA LIPIS 1 Jun - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku dekat sini berpeluang memiliki rumah mampu milik apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merancang membangunkan projek berkenaan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, untuk tujuan itu kawasan seluas 3.6 hektar di persimpangan Kuala Telang dan Tanjong Jambu telah dikenal pasti.

Menurutnya, dijangkakan sebanyak 120 unit rumah jenis tersebut dapat dibina di tapak berkenaan dengan kajian lanjut dari segi pemasaran sedang dijalankan pihak terlibat sebelum keputusan dibuat dalam masa terdekat.

"Kita mengharapkan SPNB melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin kerana penduduk kawasan ini termasuk Merapoh amat menantikan projek kediaman mampu milik bersesuaian dengan pendapatan serta nilai ekonomi di sini.

"Saya yakin projek ini akan direalisasikan secepat mungkin kerana penduduk kawasan Padang Tengku yang sudah berkeluarga memerlukan kediaman tetap, selesa dan berdekatan tempat kerja masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak perumahan tersebut bersama-sama wakil SPNB dan Pejabat Daerah Lipis dekat sini semalam.

Menurut Mustapa, projek berkenaan merupakan perintis dalam sektor perumahan mampu milik di Lipis juga melestarikan sebahagian transformasi dalam bidang sosial di sini.

"Hasrat kita melebarkan projek ini di pinggir bandar Kuala Lipis memandangkan daerah ini sahaja masih memerlukan 4,000 buah unit rumah berikutan kepesatan penduduk dan pembangunan perbandarannya," katanya.

Katanya, pembangunan pinggir bandar Lipis dan pusat pertumbuhan baharu Merapoh yang kian melebar berasaskan sektor pertanian, industri kecil dan sederhana termasuk pelancongan menyebabkan wujudnya permintaan terhadap kediaman yang selesa.

"Pembangunan jalan raya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Lipis ke Merapoh memberi impak pertumbuhan kawasan baharu sehingga permintaan terhadap kediaman tetap semakin meningkat," katanya.

Sehubungan itu katanya, SPNB dapat membantu pembangunan projek itu sekali gus berperanan bagi memastikan harga rumah yang dijual lebih rendah berbanding pemaju swasta yang lain.

Tambahnya, projek berkenaan antara manifestasi kerajaan negeri untuk memastikan penduduk memiliki kediaman tetap selain projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) termasuk kemudahan yang sama disediakan oleh anak syarikat kerajaan negeri dan Felda.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar