{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Admin

Utusan Online - Mahkamah


Warga Vietnam dihukum gantung

Posted: 01 Jun 2014 01:00 PM PDT

ALOR SETAR 1 Jun - Seorang tukang jahit warga Vietnam dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah seberat 3.24 kilogram dua tahun lalu.

Tertuduh, Nguyen Thi Thu, 45, dari Ho Chi Minh yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab.

Mohd. Zaki menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, Thi Thu dituduh mengedar methamphetamine seberat 3.24 kilogram di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Laluan Bas dan Pejalan Kaki di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari, 5 Mei 2012.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mohd. Zaki berkata, dalam keterangan pembelaan, tertuduh mendakwa pergi Kemboja untuk melancong dan berjumpa dengan seorang warga Vietnam.

"Selepas berkenalan dengan warga Vietnam dikenali sebagai Mei itu, tertuduh setuju untuk menghantar sampel barang syarikat Mei ke Kuala Lumpur dengan perbelanjaan ke Malaysia ditanggung.

"Tertuduh kemudiannya ke Thailand dan ketika di negara itu, ada seorang perempuan memberikannya tiga beg untuk dibawa ke Malaysia," katanya ketika prosiding.

Menurut beliau, tertuduh yang menaiki bas kemudian ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika sampai di negara ini.

"Saya dapati keterangan pembelaan tertuduh tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes ini, oleh demikian tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan," katanya.

Terdahulu, pada 29 September tahun lalu, tertuduh di mahkamah sama telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah tersebut di akhir kes pendakwaan, namun pihak pendakwaan membuat rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan kemudiannya menerima rayuan pihak pendakwaan dan tertuduh kemudian dikehendaki membela diri sebelum keputusan di akhir kes pembelaan terhadap kes itu dijatuhkan semalam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazir Amir Johari sementara tertuduh diwakili peguam, Phang Soon Mun.

Tukang jahit warga Vietnam dihukum gantung edar dadah

Posted: 31 May 2014 08:07 PM PDT

ALOR SETAR 1 Jun - Seorang tukang jahit warga Vietnam dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 3.24 kilogram dadah, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu terhadap Nguyen Thi Thu, 45, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 3.24 kilogram di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Laluan Bas/Pejalan Kaki di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira pukul 12.45 tengah hari, 5 Mei 2012.

Pertuduhan terhadap ibu kepada dua orang anak itu dilakukan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar