Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Maraton Singapura pula diancam bom Posted: 21 Apr 2013 05:36 PM PDT Singapura: Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan, di sini, berhubung satu ancaman bom online ke atas beberapa lokasi di republik ini, yang memperketat kawalan selepas dua letupan di Maraton Boston. Nama dan kewarganegaraan lelaki itu, yang ditahan Khamis lalu tidak didedahkan. Dia ditahan selepas menulis ugutan itu dalam satu ulasan artikel berita mengenai pengeboman di Boston, kata polis dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Siasatan awal menunjukkan suspek tidak berhasrat atau berniat untuk meneruskan ugutannya, kata kenyataan itu. Akhbar perdana The Straits Times melaporkan lelaki itu menghantar ulasannya dalam laman web Yahoo! Singapura. Tindakan membuat ugutan melakukan serangan bom di republik ini adalah satu kesalahan. Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda sehingga S$100,000 (RM245,412) atau kedua-duanya sekali.
Kenyataan polis memberitahu, pihak berkuasa memandang serius sesiapa, yang mengambil kesempatan atas kebimbangan keselamatan terbaru. Polis menekankan, sebarang langkah menakut-nakutkan orang ramai dengan membuat ugutan palsu akan menyebabkan pihak berkuasa mengesan mereka yang bertanggungjawab. Selain itu, sebuah pesawat Singapore Airlies (SIA) membawa 280 penumpang dari Manila diperiksa polis selepas insiden keselamatan dilaporkan berlaku. Penumpang dibenarkan keluar pada jam 3 pagi waktu tempatan, empat jam selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini. Panggilan bom palsu Polis berkata, tiada siapa ditahan dan enggan mendedahkan butir-butir kes, namun sumber memberitahu, ia berpunca daripada panggilan bom palsu. Jumaat lalu, polis Amerika Syarikat menahan seorang remaja etnik Chechen disyaki meletakkan bom ketika Maraton Boston. Tiga orang terbunuh dan 180 lagi cedera. Seorang suspek diburu dan ditahan selepas tembak menembak berlaku manakala seorang lagi mati ditembak polis. |
Posted: 21 Apr 2013 05:33 PM PDT Lushan: Angka korban dan hilang akibat gempa bumi di Sichuan meningkat semalam kepada 203 dengan lebih 11,500 lagi cedera, 960 daripadanya tenat. Pada masa sama, anggota penyelamat dilaporkan bertungkus-lumus ke tempat kejadian bagi mencari mangsa termasuk yang hilang.
Usaha bantuan sukar kerana jalan raya agak sempit dan tanah runtuh berlaku selain tindakan menyekat akses bagi mengelak kesesakan. Bekalan sukar dihantar kerana kesesakan yang berlaku untuk ke sana. Kebanyakan bekalan masih dalam perjalanan. Keperluan utama ialah tempat perlindungan dan bahan keperluan asas, kata jurucakap Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit.
Di perkampungan paling dekat dengan pusat gegaran, hampir semua kediaman musnah. Runtuhan berulang Persatuan Meteorologi China memberi amaran kemungkinan tanah runtuh akan berulang di Lushan selepas 1,097 gegaran susulan berlaku. Yaan mempunyai 1.5 juta penduduk dan salah satu lokasi kelahiran budaya teh China selain antara pusat utama melindungi beruang panda. Sichuan juga adalah antara empat wilayah pengeluar gas di China dengan menghasilkan 14 peratus daripada keseluruhan pengeluaran negara itu. Sinopec Group, antara pemilik loji penapis minyak terbesar Asia, berkata telaga gas besarnya di Puguang tidak terjejas. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |