{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Dunia

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Dunia


Sekatan lebih ketat Amerika ke atas Iran

Posted: 01 Aug 2013 01:59 PM PDT

Washington: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat semalam meluluskan rang undang-undang untuk mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Iran berikutan keengganan negara itu menghentikan program nuklearnya.

Rang undang-undang yang diluluskan dengan 400 anggota perwakilan menyokong, manakala 20 menentang, akan mengurangkan eksport minyak Iran kepada satu juta tong lagi sehari untuk tempoh setahun, bermakna hampir tiada eksport langsung dalam usaha mengurangkan aliran dana untuk program nuklear Tehran.

Ia bagaimanapun perlu diluluskan dewan Senat dan ditandatangani Presiden Barack Obama, sebelum bolehkan diwartakan sebagai undang-undang.

Jawatankuasa Perbankan Senat juga dijangka memperkenalkan langkah serupa September depan, walaupun tidak dapat dipastikan sama ada langkah mengurangkan eksport kepada satu juta tong dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Perbezaan pendapat

Walaupun mendapat sokongan besar, keputusan itu sekali gus mendedahkan perbezaan pendapat antara Kongres dan pentadbiran Presiden Obama membabitkan dasarnya ke atas Iran menjelang mesyuarat antarabangsa mengenai program nuklear Iran beberapa bulan lagi.

Ini adalah kali pertama rang undang-undang sekatan itu menetapkan jumlah eksport minyak Iran yang akan dikurangkan, ketika presiden baru negara itu Hassan Rouhani dijadual mengangkat sumpah dalam tempoh terdekat.
Undang-undang baru itu juga akan mengenakan hukuman berat ke atas pembeli yang tidak mahu mencari alternatif bagi bekalan minyak, langkah yang akan mengehadkan akses Iran dalam dana dan akaun seberang laut.

Penalti juga dikenakan kepada negara yang membuat perdagangan dengan Iran dalam sektor industri yang lain.

Tehran hilang pendapatan

Sekatan sedia ada yang dikenakan Amerka Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) setakat ini sudah mengurangkan eksport minyak Iran kepada lebih separuh sebelum ia dikuatkuasakan iaitu 2.2 juta tong sehari, menyebabkan Tehran kehilangan pendapatan berbilion dolar setiap bulan.

Setakat ini, empat negara utama pengimport minyak Iran di Asia, China, India, Jepun dan Korea Selatan, sudah mengurangkan pembelian sehingga lebih satu perlima daripada jumlah asal, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
REUTERS

Mugabe kekal memerintah

Posted: 01 Aug 2013 01:58 PM PDT

Harare: Parti ZANU-PF pimpinan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, mendakwa menang besar dalam pilihan raya umum negara itu.

Bagaimanapun, Pergerakan bagi Perubahan Demokratik (MDC) pimpinan Perdana Menteri, Morgan Tsvangirai pula menuduh berlaku penipuan besar dalam pengundian kali ini.

Perbezaan reaksi itu mencetuskan kebimbangan keganasan akan meletus lagi seperti yang mencemarkan keputusan undi 2008.

Langkah menyiarkan keputusan tidak rasmi lebih awal adalah salah di sisi undang-undang Zimbabwe dan polis memberi amaran akan menahan sesiapa yang membuat dakwaan awal mengenai keputusannya.

Umum keputusan hujung minggu

Pihak berkuasa pengundian akan mengumumkan keputusan undi hujung minggu ini.
Bagaimanapun, sumber kanan Mugabe dalam parti itu yang meminta namanya tidak didedahkan, berkata: Kami menang kali ini. MDC kalah teruk. Kami tidak pernah sangsi akan menang, katanya.
Polis pencegah rusuhan mula mengambil tempat di luar ibu pejabat parti ZANU-PF di tengah Harare dan lokasi penting lain di ibu negara, manakala pejabat MDC dilapor hampir lengang.

Pemerhati bebas yang turut enggan dinamakan kerana bimbang ditahan, berkata keputusan itu satu bencana kepada Tsvangirai yang cuba menjatuhkan Mugabe, 89.
Memberi reaksi kepada dakwaan ZANU-PF, sumber MDC pula menyifatkan penipuan besar-besaran berlaku.

Penduduk Zimbabwe kena tipu oleh ZANU-PF dan Mugabe. Kami tidak akan menerimanya, kata sumber itu. MDC akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi.

Beberapa sumber politik berkata, anggota kanan MDC lain juga kehilangan kerusi termasuk di ibu negara, kubu Tsvangirai sejak beliau mula mendapat perhatian, 15 tahun lalu.
REUTERS

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat