Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Farawahida cari lokasi kenduri Posted: 19 Aug 2013 04:01 PM PDT Bukan sengaja menyembunyikan tarikh perkahwinan yang dirancang Disember ini, namun ketiadaan dewan kosong di Taiping, menyebabkan penyanyi, Farawahida Razali, 28, masih belum menetapkan hari bahagianya itu. Mujur keluarga di sebelah pihak lelaki memahami, begitu juga bakal pasangan hidupnya yang sudah dikenali sejak lapan tahun lalu berikutan majlis di kampung adalah hajat ibunya sendiri. Kami sudah mengenali hati budi masing-masing lebih lapan tahun. Jadi rasanya, biarlah ia dinokhtahkan dengan ikatan pernikahan. Lagipun, keluarga kami sama-sama sepakat meneruskannya dengan akad nikah." Farawahida, Penyanyi. "Kami sudah mengenali hati budi masing-masing lebih lapan tahun. Jadi rasanya, biarlah ia dinoktahkan dengan ikatan pernikahan. Lagipun, keluarga kami sama-sama sepakat meneruskannya dengan akad nikah. "Akhir tahun memang masa yang sesuai, cuma buat masa ini saya masih mencari dewan kosong. Itu yang agak menyulitkan kerana kebiasaannya orang sudah menempah dewan majlis lebih awal hingga setahun sebelum acara," katanya ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya, baru-baru ini. Andai dihitung, hari bersejarah dengan jejaka yang masih dirahsiakan namanya hanya berbaki empat bulan lagi. Namun, Farawahida yang popular dengan lagu Tanpamu itu langsung tidak kelihatan tertekan membuat persediaan. Mengakui menyerahkan urusan hampir 100 peratus kepada perunding perkahwinan, Chedet, dia yang selesa disapa Fara, bukan lepas tangan sebaliknya percaya kepada kebolehan pakar. "Buat masa ini saya dan bakal suami masih belum menjalani lagi kursus perkahwinan. Itu yang penting kerana sudah semestinya kami mahu pergi bersama-sama. Insya Allah, mungkin selepas musim Syawal," kongsinya yang memaklumkan lelaki itu bertugas di sebuah pusat perubatan. Beraya di rumah bakal suami Ditebak lagi sama ada merahsiakan nama si dia dek kontroversi percintaan lalu, nada suaranya kembali tegas apabila memaklumkan isu lalu tidak ada kaitan. Malah, Fara enggan mengenang kisah semalam kerana sudah membuka buku baru. Tambah anak jati Taiping, Perak itu lagi, dia sedia memperkenalkan teman hidupnya kepada umum pada hari akad nikah mereka berlangsung kerana menganggap ia lebih manis. Bicaranya kedengaran teruja semula sebaik ditanya persediaan Aidilfitri yang dirasakan cukup bererti apatah lagi ini tahun terakhirnya beraya sebagai orang bujang sebelum bergelar isteri. "Setiap tahun saya memang utamakan keperluan keluarga terutama adik-adik berbanding diri sendiri. Puas rasa hati melihat mereka bergembira menerima pemberian kita. "Seperti biasa, saya turut mengunjungi keluarga bakal suami di Pulau Pinang. Sebenarnya, kami memang sering berbalas kunjungan hari raya sejak mula bercinta lagi," katanya yang memperuntukkan cuti selama dua minggu. Mengenang tabiat yang digemarinya ketika raya, sambil tertawa gadis berkulit hitam manis itu memaklumkan amat menggemari Rendang Ayam Pencen air tangan jirannya. Jadi, setiap kali selepas solat Aidilfitri, dia akan singgah ke rumah jirannya dulu untuk menjamu selera. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |