Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Didakwa miliki pistol, peluru
- Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital
- Suri rumah dituduh dera, perdagang amah
Posted: Didakwa miliki pistol, peluruOleh NOR SHAFAWATI YUP
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi yang disyaki membawa suspek utama berkaitan kes tembak melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki pistol dan empat butir peluru. Chew Siang Chew, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azwarnida Affendi. Mengikut pertuduhan pertama, suspek didakwa memiliki sepucuk senjata api jenis Walther model PPK/S Cal .9mm Kurz/380ACP bersama satu kelopak Walther Cal .9mm Kurz tanpa lesen. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kondominium Desa Cindaimas, Jalan Sekutu Off Jalan Kuchai Lama di sini pada pukul 5.45 petang 3 Ogos lalu. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 14 tahun dan enam sebatan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospital Posted: Suami tak mengaku salah belasah isteri dalam lif hospitalBUKIT MERTAJAM – Kejadian seorang wanita yang dibelasah cukup-cukup di depan dua anaknya ketika berada di dalam lif sebuah hospital swasta Isnin lalu menyaksikan seorang lelaki yang merupakan suaminya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam. Bagaimanapun, Mohamad Affandi Ismail (gambar kecil), 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ariff Mohamad Shariff. Pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 36 tahun. Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang. Mohamad Affandi dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Suri rumah dituduh dera, perdagang amah Posted: Suri rumah dituduh dera, perdagang amahENG FONG dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam. PETALING JAYA – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan memperdagangkan dan mendera amah warga Indonesia. Chai Eng Fong, 40, didakwa di hadapan Hakim Rozina Ayob memperdagangkan mangsa berusia 30 tahun itu bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan. Dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau denda. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |