{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Ikut jadual waktu perjalanan balik kampung - PLUS

Posted: 02 Aug 2013 02:42 AM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

PETALING JAYA 2 Ogos - Sebanyak 1.4 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah Urusan PLUS Berhad, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Justeru beliau menasihatkan para pengguna lebuh raya berkenaan agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS bagi mengelakkan kesesakan trafik.

"Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara 2 hingga 7 Ogos bagi perjalanan balik kampung serta antara 10 hingga 18 Ogos bagi perjalanan balik ke Lembah Klang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

Jelas Noorizah, pematuhan tinggi terhadap jadual TTA pada musim-musim perayaan yang lalu membuktikan keberkesanan jadual tersebut bagi mengurangkan kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Katanya, PLUS juga akan membuka 1,500 kaunter tol manakala 3,000 petugas akan bertugas pada cuti perayaan Aidilfitri di sepanjang laluan lebuh raya berkenaan.

"Sebanyak 156 pasukan PLUSRonda turut ditugaskan membuat rondaan 24 jam sehari.

"Bagi pemegang kad bayaran elektronik mereka berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada hari tertentu," katanya. - UTUSAN ONLINE

Tujuh panel pilih rektor baharu Kuin - Mukhriz

Posted: 02 Aug 2013 02:03 AM PDT

ALOR SETAR 2 Ogos - Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk memilih rektor baharu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan pada Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jawatankuasa berkenaan dianggotai oleh tujuh panel iaitu empat orang menerusi lantikan Kementerian Pendidikan dan masing-masing seorang dari Pejabat Menteri Besar, Exco kerajaan negeri serta Senat Kuin.

Kata beliau, meskipun Kuin merupakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, namun pendekatan dalam pemilihan rektornya adalah mengikut amalan IPT awam yang disyorkan kementerian dengan penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Mereka akan menilai senarai empat atau lima calon dari latar belakang berbeza dan berkelayakan sebelum memilih seorang paling layak untuk menerajui Kuin sebagai rektor baharu.

"Saya meminta perkara ini disegerakan dan difahamkan mesyuarat pertama jawatankuasa ini adalah pada 6 Ogos ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam Majlis Sahur Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang disertai kira-kira 500 orang di Kampung Imam di sini awal pagi ini. - UTUSAN ONLINE

Bankleaks: Karpal, Anwar diminta beri penjelasan

Posted: 02 Aug 2013 01:49 AM PDT

DR. Mazlan Ismail (berkopiah) bersama adiknya, Mohd Fahmi melihat kira-kira 6,000 naskhah laporan bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' yang diterima setelah dihantar oleh pihak tidak dikenali sejak beberapa hari lalu, semasa sidang akhbar di rumahnya, di Kampung Kubang Ulu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN

PERMATANG PAUH 2 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberikan penjelasan berhubung laporan bertajuk 'Bankleaks Anwar/Karpal' yang diedarkan secara meluas Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Dr. Mazlan Ismail berkata, beliau mengetahui perkara tersebut selepas menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lepas sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya.

Beliau percaya laporan setebal lapan muka surat itu dihantar ke kediaman para penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula laporan itu ke rumahnya.

"Ada juga individu tidak dikenali menelefon saya bertanyakan sama ada sudah menerima laporan yang dikirimkan ke rumah mereka. Mungkin mereka (penduduk) tiada saluran lain untuk mendapatkan penjelasan tentang kandungan laporan tersebut.

"Memandangkan saya tidak lagi menjadi calon BN, mungkin mereka beranggapan saya tiada komitmen lain dan merupakan orang paling sesuai untuk membantu mereka bagi mendapatkan penjelasan," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Mazlan yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri memberitahu, beliau tidak mahu mengulas tentang kandungan laporan berkenaan berikutan melibatkan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Sehubungan itu, beliau akan mengembalikan kesemua laporan yang ada padanya ke pejabat Karpal di Pulau Pinang sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Saya tidak mahu simpan laporan ini. Saya anggap Karpal dan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh perlu atau wajar memberi keterangan serta penjelasan kepada seluruh penduduk di sini yang menerima laporan tersebut," ujarnya.

Mazlan percaya Karpal mengenali bekas kakitangan pejabatnya yang mendakwa menulis laporan berkenaan.

"Saya juga yakin Anwar dan Karpal akan menafikan (terlibat seperti dalam laporan itu)," katanya.

Menurut Mazlan, beliau tidak membuat laporan polis kerana mahu pihak berkuasa terbabit menyiasat sendiri selepas mendengar penjelasan Anwar dan Karpal. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat