Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Penunjuk perasaan cuba halang parti bertanding
- Bapa campak anak, terjun dari bangunan 52 tingkat
- Kereta langgar lori jadi besi sekerap
Penunjuk perasaan cuba halang parti bertanding Posted: Penunjuk perasaan cuba halang parti bertanding
BANGKOK - Penunjuk perasaan anti kerajaan yang nekad menumbangkan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengepung sebuah stadium di sini tetapi gagal menghalang parti-parti politik daripada mendaftar untuk pilihan raya Februari depan. Yingluck yang popular dalam kalangan majoriti penduduk di pedalaman tetapi dibenci oleh golongan kelas sederhana dan elit mengumumkan pilihan raya pada 2 Februari depan untuk meredakan ketegangan di negara itu. Pengumuman pilihan raya itu dibuat selepas ibu kota Thailand di sini dilanda tunjuk perasaan selama beberapa minggu yang kadangkala bertukar ganas. Cubaan menghalang proses demokrasi itu berlaku selepas pembangkang utama, Parti Demokrat mengumumkan akan memulaukan pilihan raya tersebut yang dipercayai akan dimenangi oleh Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck. Beberapa pegawai Parti Pheu Thai dan lapan yang lain sempat mendaftar untuk pilihan raya itu dengan mencuri masuk ke dalam stadium tersebut pada tengah malam. "Kami sedar penunjuk perasaan menyekat semua laluan masuk oleh itu, kami memasuki stadium berkenaan pada pukul 4 pagi ketika mereka sedang tidur," kata jurucakap Parti Pheu Thai, Prompong Nopparit. "Di sebalik halangan ini, pilihan raya akan tetap didakan seperti yang dirancang pada 2 Februari depan," tambahnya. Lebih 24 parti politik lain turut mendaftar di sebuah balai polis berdekatan selepas mereka mengadu tidak dapat memasuki stadium itu akibat sekatan penunjuk perasaan. Beratus-ratus penunjuk perasaan turut cuba mengepung balai polis berkenaan sebelum mereka cuba menghalang perwakilan beberapa parti politik daripada beredar. Penunjuk perasaan itu yang kebanyakannya terdiri daripada warga kota raya ini mendakwa Yingluck perlu disingkir untuk membersihkan Thailand daripada gejala rasuah dan politik wang. Mereka menganggap Yingluck sebagai boneka abangnya iaitu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang ditumbangkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006. Thaksin kini tinggal di luar negara selepas didapati bersalah kerana rasuah. Penunjuk perasaan mahu sebuah kerajaan sementara dilantik untuk melakukan pembaharuan politik dan pilihan raya sebelum pilihan raya baharu diadakan. Namun, keluarga Shinawatra memiliki sokongan penduduk pedalaman miskin susulan dasar Thaksin membawa pelan penjagaan kesihatan hampir percuma, pinjaman kecil dan banyak faedah lain ke pedalaman negara itu. Dalam pada itu, Yingluck meluangkan masa beberapa hari dengan mengunjungi kubu kuat partinya di utara dan timur Thailand. Kerajaannya memberitahu bahawa pemulauan oleh penunjuk perasaan menunjukkan bahawa mereka takut akan kalah dalam pilihan raya tersebut. Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban telah mengumpulkan ramai penyokongnya di sini sejak beberapa minggu lalu termasuk lebih 100,000 orang kelmarin. Dalam satu ucapan yang berapi-api kelmarin, Suthep berjanji akan meneruskan protes dan sekatan di sini sehingga semua matlamat mereka tercapai. "Kita akan terus mengejarnya (Yingluck) sehingga beliau mati atau berundur," katanya. "Jika pilihan raya masih diadakan pada 2 Februari depan, kita akan menutup seluruh Thailand dan tiada sesiapa akan keluar mengundi," tambahnya. - AP | |
Bapa campak anak, terjun dari bangunan 52 tingkat Posted: Bapa campak anak, terjun dari bangunan 52 tingkatBANGUNAN apartmen mewah setinggi 52 tingkat di Manhattan di mana Kanarikov mencampakkan anaknya.- Agensi MANHATTAN, New York - Seorang ayah mencampakkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dari bumbung pencakar langit setinggi 52 tingkat di sini kelmarin sebelum terjun dari bangunan berkenaan. Polis berkata, lelaki itu, Dmitriy Kanarikov berusia 35 tahun, mati di tempat kejadian selepas terjun dari Menara Dataran Lincoln sekitar pukul 12.05 tengah hari (waktu Amerika Syarikat). Polis mengesyaki lelaki tersebut yang merupakan seorang imigran dari Ukraine, berada dalam keadaan tertekan ekoran pertikaian mengenai hak penja- gaan anak mereka. "Anak lelakinya, Kirill yang memakai pijama meninggal dunia tidak lama selepas dimasuk- kan ke Hospital St, Luke Roose- velt," kata polis. Tragedi menyayat hati itu berlaku tiga bulan selepas Kanarikov menulis di laman Face- booknya bahawa dia mahu menjadi seorang ayah dan pasangan yang baik. "Saya mahu menjadi bapa dan suami yang terbaik, tiada apa yang lebih penting daripada mereka sekarang ini," kata Kanarikov lagi. Isterinya, Svetlana Bukharina pula bermegah di laman Facebooknya pada Mac lalu bahawa dia mempunyai suami dan anak lelaki yang terbaik di dunia. Bagaimanapun, kehidupan rumah tangga mereka bertukar porak peranda sejak beberapa bulan lalu. Kanarikov dan Bukharina bercerai manakala masa ayah untuk bersama anaknya pula terhalang ekoran perebutan hak penjagaan anak antara mereka. "Perpisahan tersebut diselubungi kemarahan sehingga mereka terpaksa bertemu berhampiran balai polis untuk menghantar dan mengambil Kirill," kata satu sumber. "Kanarikov mengambil Kirill pukul 10 pagi kelmarin di lokasi tersebut dan dia perlu menghantar anaknya tiga jam kemudian," tambah sumber sama. Sementara itu, ibu Kirill, Bukharina enggan mengulas berhubung insiden tersebut. "Perkara ini perkara peribadi melibatkan keluarga dan sahabat handai saya," kata Bukharina kepada akhbar New York Daily News. Setakat ini, polis masih belum pasti punca Kanarikov bertindak untuk menamatkan nyawa anak lelaki kesayangannya. - Agensi | |
Kereta langgar lori jadi besi sekerap Posted: Kereta langgar lori jadi besi sekerapBANGKAI sebuah kereta Subaru Imprezza selepas merempuh sebuah lori di London kelmarin.- Agensi LONDON - Tiga orang terbunuh selepas kereta mereka merempuh sebuah lori dan terbakar semasa berlumba haram di ibu kota Britain di sini. Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan awal 20-an maut selepas kereta Subaru Imprezza yang mereka naik terbabas lalu melanggar sebuah lori dari arah hadapan sebelum terbakar. Dua lelaki menaiki kereta Vauxhall Astra yang turut terlibat dalam nahas berkenaan kini dirawat di hospital manakala pemandu lori turut cedera ringan. Dalam pada itu, polis Scotland Yard mengesahkan pihaknya masih menyiasat laporan terdapat beberapa buah kereta berlumba sejurus sebelum kemalangan berlaku. Seorang saksi kejadian, Marios Sofianou, 47, memberitahu sebuah akhbar Britain dia dan ibu bapanya hanya mampu melihat tiga mangsa berkenaan dijilat api. "Kami mendengar bunyi dentuman kuat. Terdapat sekurang-kurangnya dua buah kereta berlumba, tiga lelaki di dalam sebuah kereta dan seorang lagi lelaki memandu kereta lain," kata Sofianou. "Kereta tersebut melanggar kereta yang dinaiki tiga mangsa berkenaan menyebabkan kenderaan mereka melambung dan memasuki laluan lori," tambahnya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |