Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Kanak - kanak meninggal dipercayai didera di pusat jagaan
- Amaran angin kencang dan laut bergelora
- Suthep ancam 'tutup' Bangkok semasa hari pilihan raya
Kanak - kanak meninggal dipercayai didera di pusat jagaan Posted: Kanak - kanak meninggal dipercayai didera di pusat jagaan24/12/2013 10:36pm KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera di pusat penjagaan di Kuantan, Pahang. Norain Natasyah Abdullah meninggal di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur pagi semalam selepas dihantar ibunya, Zuraidah Jasman pada Sabtu lepas setelah mendapati anaknya mengalami sawan, tubuhnya keras dan tidak sedarkan diri. "Doktor memberitahu keadaan Norain tenat selain otaknya tidak ada oksigen," katanya yang telah berpindah ke sini. Zuraidah berpisah dengan suaminya berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu dihantar ke pusat penjagaan itu bersama empat lagi anaknya selama tiga tahun. Zuraidah, 31, berkata, abangnya pernah memberitahunya Norain sering didera ketika dihantar ke pusat penjagaan tersebut. Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Salak Selatan petang tadi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Khairi Ahrasa berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur jenayah dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama |
Amaran angin kencang dan laut bergelora Posted: Amaran angin kencang dan laut bergelora24/12/2013 9:57pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyatakan amaran angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan pada 17 Disember ini ditingkatkan daripada kategori kedua ke ketiga hari ini. Berikutan itu, jabatan itu menjangka akan berlaku angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor yang berterusan sehingga 31 Disember ini. Tambahan pula, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan tersebut pula dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini. Sementara itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu mengundang bahaya untuk semua aktiviti pantai serta perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - KOSMO! |
Suthep ancam 'tutup' Bangkok semasa hari pilihan raya Posted: Suthep ancam 'tutup' Bangkok semasa hari pilihan raya24/12/2013 9:44pm BANGKOK - Pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban mengancam untuk 'menutup' Bangkok pada hari pilihan raya umum 2 Febuari ini. "Saya percaya penduduk Bangkok tidak boleh pergi mengundi pada pilihan raya ini kerana saya akan menutup Bangkok. "Menutup Bangkok bukan untuk mengganggu pilihan raya tetapi untuk menjatuhkan Yingluck Shinawatra," katanya kepada penyokongnya di Stadium Belia Thai - Jepun di sini. Suthep dan penyokongnya cuba untuk menjejaskan hari pertama pendaftaran di stadium itu dan balai polis Dindaeng yang bermula semalam. Namun Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck berupaya mendaftar calon mereka semalam dengan beliau yang kini selaku perdana menteri sementara mengetuai senarai calon partinya. Jumaat ini merupakan hari terakhir untuk pendaftaran calon. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |