Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Angin kencang landa England, Jerman
- Raja Thai gesa rakyat bersatu
- Warga AS jadi wanita pertama beli Ford Mustang keluaran 1964
Angin kencang landa England, Jerman Posted: Angin kencang landa England, Jerman
LONDON - Angin kencang menjejaskan pengangkutan awam dan tenaga elektrik terputus di Scotland manakala pantai England diancam banjir semalam. Beberapa pegawai meteorologi menyatakan, ribut terkuat dalam tempoh beberapa tahun mungkin akan melanda benua Eropah. Pihak berkuasa Britain memberi amaran, peningkatan paras air laut yang dianggap paling besar dalam tempoh lebih 60 tahun mungkin berlaku di England. Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron turut mengadakan mesyuarat bagi membincangkan strategi untuk berdepan dengan ribut itu. Dalam kejadian itu, seorang terbunuh ketika angin kencang bergerak selaju 225 kilometer sejam melanda beberapa bahagian di Scotland. Menurut sebuah syarikat membekalkan tenaga elektrik, SSE, lebih 80,000 buah rumah terputus bekalan elektrik. Bilangan rumah yang terputus bekalan elektrik itu akan meningkat kerana beberapa batang pokok akan tumbang dan mengenai talian elektrik. Semua perkhidmatan pengangkutan awam di Scotland digantung selepas pukul 8 malam waktu tempatan. Pihak berkuasa di Pelabuhan Hamburg, Jerman turut mengeluarkan amaran awam tentang angin tersebut. Menurut pakar-pakar ramalan cuaca, angin tersebut mungkin sekuat ribut dan menyebabkan banjir yang pernah berlaku di Hamburg pada tahun 1962 sehingga mengakibatkan 315 orang terkorban. Semua penerbangan di lapangan terbang di Hamburg dibatalkan kerana angin kencang. Perkhidmatan feri di utara Jerman juga tidak bergerak di beberapa buah pelabuhan. - Reuters | |
Posted: Raja Thai gesa rakyat bersatuRAJA BHUMIBOL bertitah di Istana Klai Kanwon, Hua Hin, selatan Bangkok semalam.- AFP BANGKOK - Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej menggesa rakyat negara itu bekerjasama untuk mewujudkan kestabilan selepas perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan berakhir tiga hari lalu. Raja Bhumibol bertitah sempena hari keputeraan baginda yang ke-86 tahun di sebuah istananya di sini semalam ketika para penunjuk perasaan bersedia untuk melancarkan tunjuk perasaan baharu anti-Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra. Yingluck dituduh para penunjuk perasaan itu menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan dalam satu rampa- san kuasa tentera pada tahun 2006. Thaksin kini hidup dalam buangan dan beliau akan dihukum penjara dua tahun kerana kesalahan rasuah jika kembali semula ke Thailand. Para penunjuk perasaan itu menduduki beberapa bangunan kerajaan sebelum mereka menghentikan tunjuk perasaan buat seketika bagi menghormati hari keputeraan raja tersebut. Raja Bhumibol bertitah, negaranya pernah menikmati keamanan bagi tempoh yang lama kerana setiap penduduk bekerjasama mengekalkan kestabilan. Ucapan baginda itu disiarkan di televisyen. Sebarang keganasan dan kekacauan yang berla-ku semasa cuti umum hari keputeraan raja tersebut akan dianggap sebagai tanda tidak hormat ke atas pemerintah Thailand itu. Sebuah potret besar raja itu didirikan di Monumen Demokrasi dekat Istana Besar di sini. Namun, para penunjuk perasaan itu berikrar akan kembali semula di jalanan bagi meminta Yingluck meletakkan jawatan. "Esok (hari ini) kami akan melakukan tunjuk perasaan," kata seorang penunjuk perasaan yang hanya mahu dikenali sebagai Khieu. Menurutnya, tunjuk perasaan itu akan berterusan sehingga Yingluck meletakkan jawatan. - Agensi | |
Warga AS jadi wanita pertama beli Ford Mustang keluaran 1964 Posted: Warga AS jadi wanita pertama beli Ford Mustang keluaran 1964WISE dan suaminya bergambar bersama kereta Ford Mustang di Park Ridge pada 26 November lalu.- REUTERS PARK RIDGE, Illinois - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Gail Wise dipercayai sebagai wanita pertama di dunia yang memiliki kereta Ford Mustang keluaran syarikat Ford. Wise membeli kereta dua pintu tersebut pada 15 April 1964 semasa berumur 22 tahun dan ketika dia bekerja sebagai seorang guru. Dia membeli kereta tersebut di Chicago, dua hari sebelum presiden syarikat Ford iaitu Lee Iacocca memperkenalkan model itu dalam satu pameran. Kereta itu kini masih digunakan oleh Wise dan suaminya, Tom. Bagaimanapun, kereta tersebut tersimpan di dalam garaj rumah mereka pada tahun 1979 selama 27 tahun sebelum ia menjalani pembaikan dan pemulihan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |