Kosmo Online - Infiniti
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Infiniti |
- Membantu mengurus dapur
- Ribut salji di Asia Barat
- Indeks SPIA bantu pihak penyelamat ramal kewujudan ribut salji
Posted: Membantu mengurus dapurMEMASAK dalam keadaan dapur yang bersih dan tersusun rapi dengan perkakasan yang lengkap merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan. Seorang suri rumah, Izatie Mazlan, 25, berkongsi pendapat bahawa dapur merupakan ruang paling penting dalam sesebuah kediaman. Ia bukan hanya berperanan sebagai tempat menyediakan hidangan tetapi menjadi tumpuan seisi keluarga. "Ruang dapur yang bersih dan tersusun menjadi idaman setiap orang. Namun memiliki peralatan rumah yang praktikal lebih memudahkan lagi tugasan seharian, terutamanya apabila barangan berkualiti tinggi boleh dimiliki pada harga yang berpatutan. "Saya mengakui peralatan perkakas rumah yang berteknologi sangat membantu suri rumah. Tetapi apa yang perlu dititikberatkan ialah soal keselamatan sesuatu produk dan bukan sekadar mementingkan reka bentuknya," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Tambah Izatie, dengan kepelbagaian produk peralatan dapur di pasaran, pengguna seharusnya bijak dalam memilih dan menilai peranan produk yang ingin diperoleh. "Paling utama ialah produk tersebut seharusnya bersesuaian dengan pendapatan dan keperluan pengguna," ujarnya. Membuat pilihan Memberi contoh, Izatie berkata, penggunaan lesung batu, yang dianggap sebagai kaedah tradisional, amat penting dalam penyediaan sambal yang enak. Namun, alternatif pada hari ini adalah penggunaan pengisar yang jauh lebih mudah dan menjimatkan masa. MEMILIKI ruang dapur yang bersih dan peralatan rumah yang praktikal menjadi idaman setiap orang. "Seperti juga kehadiran periuk nasi automatik yang mempunyai pelbagai mod seperti memasak nasi dan bubur. Ini tentunya meringankan kerja mereka di dapur terutamanya bagi suri rumah yang sentiasa sibuk menguruskan kediaman," ujarnya. Sementara itu, bagi cef selebriti, Yang Jamil, 50, penawaran pelbagai jenama peralatan memasak berteknologi di pasaran adalah satu gambaran positif kerana ia bukan sahaja mampu memenuhi keperluan pengguna biasa, tetapi juga industri makanan dan minuman. "Perkakasan berteknologi mendapat permintaan yang tinggi terutamanya kilang-kilang pengeluar makanan, penyedia perkhidmatan perhotelan dan katering. "Ia pastinya mempercepatkan proses penyediaan makanan terutamanya pengeluar makanan yang menghasilkan kuantiti hidangan yang banyak pada setiap hari. Lagipun, penggunaan peralatan berteknologi juga menjadikan kerja-kerja memasak lebih selamat dan pantas, selain dapat mengekalkan kebersihan di kawasan dapur berbanding menggunakan cara tradisional," jelasnya. Kemahiran Yang bagaimanapun menegaskan, penggunaan perkakas dapur pintar ada kalanya mempengaruhi rasa makanan. "Contohnya, apabila memanaskan makanan berasaskan keju di dalam ketuhar gelombang mikro, struktur kimia makanan itu akan berubah, sekali gus memberi kesan terhadap rasanya. "Walaupun penggunaan dapur kayu melibatkan usaha yang besar seperti keperluan mencari kayu api dan mengambil masa untuk menyalakan api, namun hidangan yang dihasilkan lebih menyelerakan. Ia juga tahan lebih lama kerana dimasak dalam api yang sederhana dalam tempoh yang lebih panjang berbanding dapur gas," jelas beliau. Yang turut berkongsi, pemilihan peralatan masakan seperti periuk tanah dan kuali tebal juga mempengaruhi keenakan hidangan. "Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan penyedia katering yang menggunakan pelbagai perkakasan berteknologi demi meringankan beban kerja mereka sering merungut dengan masalah makanan yang cepat basi. Ini membuatkan perniagaan mereka mengalami kerugian yang besar.
"Bukan mudah menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana ada kalanya di luar hidangan itu kelihatan seperti telah masak sempurna, tetapi pada hakikatnya ia masih mentah di bahagian dalam," katanya. Oleh itu, Yang menjelaskan, secara umum, setiap peralatan dapur yang digunakan, baik tradisional mahupun moden, mempunyai kebaikan dan keburukan, bergantung kepada kemahiran tukang masak itu sendiri. Menyedari kehendak dan keperluan pasaran, jenama perkakasan dapur terkemuka Eropah, Bosch Home Appliances (BSH) telah melancarkan produk Rangkaian Asia Bosch yang menampilkan ciri-ciri pintar atau Intelli bagi memenuhi keperluan dapur dan cara masakan masyarakat rantau ini. Rangkaian perkakasan dapur yang berteknologi itu dibarisi produk seperti dapur gas, dapur elektrik, dapur hibrid dan hud pengumpul sisa minyak yang turut direka supaya sesuai dengan penggunaan peralatan memasak di Asia seperti kuali dan periuk yang lebih besar berbanding yang digunakan di Barat. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliances Sdn. Bhd., Gary Ong, rangkaian baharu itu diperbuat daripada material tahan panas dan lasak, kalis air dan mudah dibersihkan. "Ini membolehkan pengguna mendapat dapur yang lebih bersih kerana pengurusan sisa seperti sisa minyak pada hud yang lebih berkesan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran perkakasan Rangkaian Asia Bosch di Kuala Lumpur baru-baru ini. Teknologi pintar Ong berkata, pengenalan rangkaian baharu itu memperlihatkan usaha pihaknya dalam membawa kecekapan dan teknologi Jerman ke dapur-dapur Asia bagi meringankan tugas harian segenap pengguna seperti suri rumah mahupun wanita yang berkerjaya yang mempunyai kekangan masa untuk memasak. "Melalui rangkaian baharu ini, aktiviti memasak kini menjadi lebih mudah dan selamat berbanding sebelumnya kerana ciri-ciri yang ditampilkan pada inovasi Intelli BSH seperti Intellilink, Intellispark, Intelliflame, Intelliclean, Intellipower dan Intellifilter pada setiap perkakasan," ujarnya. Menjelas lanjut, beliau berkata, Intellilink merupakan sambungan sempurna dapur memasak dan hud yang membolehkan dapur tersebut menghantar satu satu isyarat berhenti kepada hud setelah api dimatikan. Ini membolehkan gris, haba dan bau masakan disingkirkan secara automatik. PENAWARAN produk berkualiti dengan teknologi terkini mencerminkan satu petanda baik dalam bidang masakan. "Dengan hanya menekan satu butang penyalaan automatik pada dapur, teknologi Intellispark akan mengesan sama ada api telah berjaya dinyalakan. Jika tidak, selepas tempoh 10 saat, injap termoelektrik akan menghentikan bekalan gas sebagai langkah keselamatan. "Inovasi Intelliflame Bosch mampu mengawal nyalaan api dapur serendah 0.3 kilowatt (kW) sehingga 4kW, membolehkan air mendidih pantas pada kuasa tinggi dan mereneh pada kuasa rendah," ujarnya. Sementara itu, teknologi Intelliclean yang bercirikan pembersihan auto memudahkan kerja-kerja pembersihan selepas memasak. "Dengan menekan satu butang, hud akan dicuci dan dibersihkan dengan sempurna dan sisa dikumpulkan ke dalam satu bekas, seterusnya membolehkan pengguna membuangnya dengan mudah. "Bagi menyediakan masakan dengan segera dan menjimatkan masa, kami menyediakan teknologi Intellipower yang membenarkan output kuasa lebih tinggi, sementara Intellifilter merupakan penapis hud berbentuk piramid dengan sistem penapis berganda yang memastikan motor hud memasak kekal bersih," kata beliau lagi. Kebanyakan perkakasan Rangkaian Asia Bosch boleh didapati di kesemua wakil penjual sah pada harga permulaan RM1,388 mulai Januari 2014. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.bosch-home.com.my. | |
Posted: Ribut salji di Asia Barat
RIBUT salji yang melanda sebahagian besar Asia Barat pada Jumaat lalu telah menenggelamkan Baitulmuqaddis, menyebabkan banjir di Gaza dan keadaan dingin serta basah di negara yang bergolak, Syria. Keadaan itu juga merupakan kali pertama selepas 100 tahun Baitulmuqaddis diliputi salji tebal yang menyebabkan beberapa tempat utama ditutup. Menurut laporan agensi berita AFP, ribut salji terburuk sejak tahun 1879 itu turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik ke atas lebih 29,000 kediaman di seluruh Israel, termasuk 13,000 di Baitulmuqaddis. Keadaan tersebut telah memaksa pihak berkuasa meningkatkan kawalan dan melakukan sekatan kepada orang ramai yang ingin melawat bandar-bandar bersejarah di negara berkenaan. Di samping itu, agensi berita Mesir, MENA melaporkan, pelabuhan utama di Laut Mediterranean dan Laut Merah ditutup selama tiga hari berturut-turut sebagai langkah berjaga-jaga. Salji turut meliputi Ramallah dan Bethlehem, bandar raya Palestin yang terletak berhampiran Baitulmuqaddis, sementara beberapa kawasan di tanah rendah mengalami banjir ekoran hujan lebat. Dengan salji turun berterusan dan suhu persekitaran yang kian menurun, beberapa kawasan di Lebanon, Turki dan utara Syria turut berhadapan dengan tiupan angin kuat dan sejuk sejak seminggu lalu. Ia membawa satu lagi musibah kepada dua juta penduduk Syria yang sedia dilanda kekacauan dan kemusnahan lantaran perang saudara. Ekoran itu, pihak berkuasa Israel telah mengeluarkan arahan menerusi media pada Jumaat lalu yang menghalang orang ramai memasuki dan keluar dari Baitulmuqaddis. "Seramai 1,500 orang yang terkandas dalam kesesakan jalan raya telah diselamatkan. Kira-kira 1,000 orang diberi perlindungan di Pusat Persidangan AntarabangsaPENDUDUK yang terjejas akibat banjir ditempatkan di dalam khemah di pusat-pusat penempatan sementara. Baitulmuqaddis, sementara ratusan lagi dibawa ke pangkalan tentera berhampiran," ujar jurucakap polis, Micky Rosenfeld. Tambahnya, tiga buah pusat kecemasan telah dibuka dan seramai 350 orang penduduk dirawat disebabkan simptom kesejukan. Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat telah meminta bantuan tentera untuk membantu dan menggesa agar penduduk sekitar berada di rumah masing-masing. "Selama 54 tahun saya hidup, tidak pernah saya melihat pemandangan seperti yang berlaku di sini," ujar Nir. Takat beku Ketebalan salji adalah kira-kira 37 sentimeter. Suhu di bandar raya itu diramalkan mencecah 2 darjah Celsius pada waktu siang dan menurun ke takat beku pada sebelah malam Perubahan cuaca itu turut mendapat perhatian Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry ketika melawat negara itu baru-baru ini dengan menyatakan suasana sejuk tersebut sama seperti di kampungnya. Tebing Barat yang dilanda banjir memaksa pemerintah Hamas memindahkan penduduk di lebih 60 kediaman ke sebuah pusat penempatan sementara. Keadaan buruk itu telah memaksa Israel membuka lintasan Kerem Shalon ke Gaza bagi membolehkan usaha-usaha kemanusiaan ekoran permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di Syria, seorang kanak-kanak dan bayi dilaporkan maut ekoran keadaan sejuk minggu lalu. Malah, seorang aktivis di sebuah bandar kawalan pemberontak berkata, penduduk mengalami kesukaran untuk melindungi diri daripada kesejukan disebabkan ketiadaan bekalan elektrik, makanan dan bahan bakar. "Kebiasaannya, kami berdepan tembakan, pertempuran, kekurangan makanan dan bahan api. Pada hari ini, keadaan bertambah buruk dengan kehadiran salji dan keadaan yang teramat sejuk," kata Abu Anas melalui internet dari bandar Hara. Tambahnya, kanak-kanak dan warga emas merupakan golongan yang paling terjejas. Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) terpaksa menunda bantuan udara antarabangsanya ke Syria sebelum ini dengan harapan untuk membawa masuk kira-kira 40 tan metrik bantuan dari utara Iraq. LELAKI Palestin ini mengambil air sembahyang di kawasan Kubah Batu, Baitulmuqaddis. Tersekat Di bahagian timur, ribuan pengguna jalan raya telah terkandas di Iraq ekoran salji tebal. "Anggota penyelamat telah membantu 6,600 orang dan lebih 1,700 kenderaan yang tersekat," kata Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah tempatan, Mahmoud Mozafar kepada agensi berita ISNA. Sedang penduduk di rantau itu mengalami kesulitan, penduduk Mesir pula sibuk berkongsi gambar-gambar salji berkenaan di media sosial. "Keseluruhan kawasan kelihatan memutih. Ia merupakan pengalaman pertama saya melihat keadaan seperti ini," kata Karim Kheirat kepada AFP melalui telefon di bandar Medinati, timur laut Kaherah. Kawasan-kawasan pinggir bandar lain turut memperlihatkan penurunan salji. Di Semenanjung Sinai, ribut salji telah mengakibatkan lapisan setebal beberapa sentimeter di kawasan bergunung sekitar Biara Saint Catherine buat kali pertama sejak sedekad lalu, Sementara itu, bandar raya utara, Iskandariah hanya menerima sedikit salji tetapi pihak berkuasa telah menutup pelabuhan di sana kerana keadaan cuaca yang buruk dan angin kencang. - AFP | |
Indeks SPIA bantu pihak penyelamat ramal kewujudan ribut salji Posted: Indeks SPIA bantu pihak penyelamat ramal kewujudan ribut saljiSPERRY menunjukkan Indeks SPIA yang mampu mengenal pasti kewujudan ribut salji. SATU indeks yang dapat mengenal pasti kewujudan ribut salji telah dicipta oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) di Amerika Syarikat. Ia dinamakan sebagai Sperry-Piltz Ice Accumulation (SPIA) yang berpotensi membantu pasukan penyelamat seperti askar dan Palang Merah. Melalui indeks itu, mereka akan menerima amaran awal untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Cawangan NWS di bandar Oklahoma, Missouri dan Kentucky antara yang terawal menggunakan sistem baharu itu. Indeks itu membolehkan penduduk dan syarikat setempat menyelamatkan diri atau membuat persiapan awal menghadapi ribut. Melihat kejayaan indeks SPIA, lima lagi bandar bersetuju untuk memasangnya di cawangan NWS masing-masing. Antara yang baharu terlibat ialah Tennessee dan Arkansas. Mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan, SPIA turut menyediakan data kaji cuaca yang mampu menjangkakan kerosakan akibat bencana itu. Ia memberi lima peringkat kemusnahan bermula daripada 0 (kerosakan kecil) hingga 5 (kerosakan bencana). Data tersebut memberikan maklumat lengkap kepada negeri-negeri mengenai tempoh masa kehilangan jana kuasa akibat ribut. Sidney K. Sperry daripada Persatuan Koperatif Elektrik Oklahoma berpendapat, indeks itu dapat menyelamatkan ribuan nyawa. Dia merupakan pemilik bersama SPIA bersama Ketua Ahli Kaji Cuaca NWS di Tulsa, Oklahoma, Steven Piltz. Selepas bekerja selama 25 tahun dalam industri elektrik, Sperry membawa idea itu kepada pejabat cawangan NWS di Tulsa pada tahun 2006. "Terdapat satu peristiwa ketika ribut salji melanda kawasan kami. Penduduk berada dalam kegelapan kerana jana kuasa telah terputus selama 21 hari. Seorang wanita tua mati kesejukan kerana tiada jana kuasa. "Indeks SPIA boleh membantu menyiap siaga dan memberi amaran awal kepada penduduk jika berlaku sebarang bencana," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Infiniti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |