{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


6 rentung Nissan Skyline terbakar

Posted: 17 Dec 2013 07:22 PM PST

NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Enam maut apabila kereta Nissan Skyline yang dinaiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran bulatan Kampung Pandan di sini awal pagi ini.

Komandan Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hamid Daud berkata, kesemua mangsa yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita mati serta merta akibat rentung keseluruhannya.

"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 12.42 pagi sebelum 13 anggota dari Balai Bomba Pudu dan Jalan Hang Tuah dikerah ke tempat kejadian.

"Jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian dan mendapati enam mangsa telah rentung dengan salah seorang daripadanya dipercayai remaja berusia lingkungan belasan tahun," katanya kepada pemberita di sini pagi ini.

Beliau berkata, identiti keenam-enam mangsa masih belum dapat dipastikan.

Tambahnya, punca kemalangan dan kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik dan akan dimaklumkan kemudian.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa memandangkan kedudukan mereka yang tersepit dan rentung di dalam kereta terbabit," katanya. - UTUSAN ONLINE

Dua sindiket dadah tumpas

Posted: 17 Dec 2013 10:41 AM PST

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ dan AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

Mohd. Bakri Mohd. Zinin (tiga dari kanan) menunjukkan hasil tangkapan sindiket dadah semasa sidang akhbar mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman membanteras sindiket pengedaran dadah antarabangsa di sekitar Lembah Klang semasa sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Empat pegawai penguat kuasa antara 11 individu yang ditahan, dipercayai terlibat dalam dua sindiket penyeludupan dadah antarabangsa didalangi warga Nigeria dan India yang berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi khas pada 14 Disember lalu sehingga semalam.

Difahamkan, seorang daripadanya berpangkat penolong pengarah dan berpejabat di Nilai, Negeri Sembilan selain bertugas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Polis turut menemukan beberapa bungkusan berisi dadah dipercayai heroin semasa pemeriksaan ke atas pegawai penguat kuasa berkenaan.

Dalam operasi itu juga, PDRM merampas sejumlah dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM14 juta selain sepucuk pistol dan peluru serta wang tunai.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kedua-dua sindiket dadah antarabangsa tersebut dikesan menggunakan modus operandi baharu untuk menyeludup masuk pelbagai jenis dadah ke negara ini.

Katanya, keldai dadah yang datang ke negara ini tidak lagi mengambil bagasi selepas mendarat di KLIA sebaliknya akan menghubungi pihak lapangan terbang untuk menghantar bagasi mereka ke hotel yang disewa mereka.

"Ini dilakukan bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan dan ditangkap bersama bagasi berisi dadah itu oleh pihak penguat kuasa di lapangan berkenaan.

"Berdasarkan siasatan, kita telah menahan 11 orang iaitu empat warga Nigeria, seorang warga India manakala selebihnya adalah rakyat tempatan termasuklah pegawai penguat kuasa berkenaan. Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 58 tahun," katanya di sini hari ini.

Mengulas tentang penglibatan penguat kuasa dengan kedua-dua sindiket berkenaan, Mohd. Bakri memberitahu, pihak terbabit menerima sejumlah habuan dan kegiatan itu telah aktif setahun lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan di sekitar Lembah Klang dan Nilai, polis merampas 68.61 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 9.7 kg heroin, 25.3 kg kafein, wang tunai berjumlah RM34,950, sepucuk pistol bersama 30 butir peluru serta dua buah kenderaan.

Tambah beliau, PDRM juga akan menyiasat hubung kait sindiket itu dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak di Putrajaya pada 26 April lalu, berikutan penemuan senjata api yang dipercayai milik warga asing terbabit.

"Kesemua tangkapan dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka terlibat direman antara tiga hingga tujuh hari," ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad ketika ditanya sama ada tangkapan pihak polis itu melibatkan pegawai jabatannya, menjelaskan pihak polis masih belum memaklumkan mengenai tangkapan terhadap mana-mana pegawai Kastam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat