{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Kesihatan


Pulihkan buta dalam tiga hari

Posted:

Pulihkan buta dalam tiga hari

Pulihkan buta dalam tiga hari

SERAMAI 25 pesakit telah menjalani teknik rawatan perintis memulihkan masalah penglihatan ini.


KESAKITAN yang dirasai Garry Morse ketika menjadi mangsa serangan sekumpulan 20 lelaki yang melemparkan sebotol air mengandungi cecair amonia masih terbayang dalam fikirannya.

"Amonia itu masuk ke dalam mata saya. Kesakitan yang dirasai merupakan yang paling teruk pernah saya alami," ujar pegawai tadbir berusia 28 tahun itu.

Pada saat itu, tiada apa yang difikirkan Morse melainkan merasakan dirinya telah buta.

Pandangannya menjadi kabur. Tiada apa yang mampu dilihatnya melainkan warna yang samar-samar.

Dia dikejarkan sepasukan ahli paramedik ke Hospital Queen Elizabeth di Gateshead sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Royal Victoria di Newscastle, England.

"Amonia tersebut telah merosakkan kornea saya. Saraf kelopak mata juga rosak," ceritanya seperti yang dilaporkan laman Dailymail.

Ekoran insiden tujuh tahun lalu itu, Morse telah menjalani empat pembedahan mata bagi membuang parut di matanya.

Tisu kornea

Biarpun begitu, penglihatannya tidak mampu dikembalikan.

Selepas dua tahun menderita kehilangan deria penglihatan, impiannya untuk melihat dunia kembali bersinar apabila seorang pakar bedah mata, Prof. Francisco Figueiredo memberi khabar gembira mengenai peluang untuk matanya dipulihkan.

Pada waktu itu, Morse menjadi individu kelima yang dijadikan sebagai responden untuk ujian klinikal rawatan terbaharu itu.

"Tisu daripada kornea mata saya yang sihat diambil. Proses itu tidak menyakitkan kerana saya diberi ubat pelali walaupun saya dapat melihat pisau bedah memasuki mata saya. Proses itu sekejap sahaja, kira-kira 15 minit," katanya.

Dua minggu kemudian, sel tisu yang telah diuji di makmal itu dipindahkan ke mata kirinya yang rosak. Pembedahan itu mengambil masa kira-kira tiga jam.

Selepas tiga hari pembedahan, balutan pada mata Morse dibuka.

"Semasa balutan dibuka, saya melihat ada cahaya sedikit demi sedikit cuba masuk ke dalam mata. Sebaik sahaja mata dibuka, saya dapat melihat warna, bentuk, objek, dan manusia dengan jelas.

TISU daripada mata yang elok diambil untuk memperbaiki kornea yang rosak.


"Ia sangat menakjubkan. Saya mampu melihat dengan mata kiri saya seperti dulu," ceritanya.

Menurut Figueiredo yang juga profesor oftalmologi di Universiti Newscastle, penyakit berkaitan kornea merupakan penyebab kedua kebutaan selepas katarak.

"Permukaan kornea sebenarnya meliputi sejenis lapisan tisu yang digelar epitelium yang akan diperbaharui oleh sel stem yang terletak di garisan kornea yang dikenali sebagai limbus," ujarnya.

Bagi kes Morse, tisu sepanjang 1.5 milimeter diambil dari mata kanannya.

Tisu tersebut kemudian melalui beberapa ujian klinikal di dalam makmal dengan menggunakan membran amniotik daripada penderma plasenta bayi.

Membran amniotik merupakan sel yang kaya dengan bahan yang mampu menggalakkan penghasilan sel.

"Sel stem dan membran itu direndam di dalam cecair yang mengandungi pelbagai nutrien dan bahan lain yang menggalakkan pertumbuhan sel.

"Selepas beberapa hari, tisu tersebut berkembang kepada 3 sentimeter dan sedia untuk dipindahkan ke mata pesakit yang rosak. Ia akan terus berkembang membentuk beberapa lapisan," katanya yang memberitahu, kebiasaannya mata normal memiliki lima hingga tujuh lapisan sel.

Mata baharu

Ujar beliau, dalam masa beberapa hari, penglihatan pesakit semakin baik dengan kornea yang baharu itu.

Menurut Figueiredo, pembedahan ke atas pesakit seperti Morse dianggap sebahagian daripada kajian itu.

Ini kerana rawatan kornea menerusi penghasilan sel stem tersebut belum diketahui ketahanannya untuk jangka masa panjang.

"Berdasarkan kepada keputusan positif yang diperoleh, teknologi ini mungkin bersedia untuk mendapat kelulusan bagi dilaksanakan ke atas lebih ramai pesakit," katanya.

Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Stem Cells.

Sehingga kini, seramai 25 pesakit telah berjaya melakukan pembedahan tersebut dan mampu melihat seperti sediakala.

"Sangat menakjubkan apabila memikirkan sel tersebut mampu memberikan kornea yang baharu dalam masa beberapa hari sahaja.

"Saya kini mampu menjalani kehidupan normal.

"Bulan Ogos lalu, saya mengahwini pasangan saya, Victoria. Saya jumpa dia sejam sebelum serangan itu berlaku," ujar Morse yang mengakui masih trauma dengan insiden tersebut.

Tomato jauhkan kanser payudara

Posted:

Tomato jauhkan kanser payudara

Tomato jauhkan kanser payudara


KANDUNGAN kimia likopen dalam tomato merangsang hormon adiponektin yang berfungsi mengawal metabolisme.


PENGAMBILAN makanan yang berasaskan tomato mampu menurunkan risiko terkena kanser payudara.

Kajian ke atas 70 orang wanita yang mengalami pascamenopaus menunjukkan mereka berisiko tinggi terkena kanser berkenaan.

Setiap wanita itu diberi makan tomato yang mengandungi 25 miligram likopen setiap hari selama 10 minggu.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Endocrinology & Metabolism itu mendapati terdapat peningkatan pada paras hormon yang mengawal metabolisme, iaitu adiponektin sebanyak 9 peratus.

Kajian itu juga membuktikan kadar peningkatan adiponektin boleh mencegah kanser payudara.

"Kebaikan memakan banyak tomato dan produk berasaskan tomato dibuktikan dalam kajian kami.

"Malah, makan buah dan sayur-sayuran yang kaya nutrisi asas, vitamin, mineral dan bahan pitokimia seperti likopen jelas membuktikan ia baik untuk kesihatan," ujar penyelidik yang juga Penolong Profesor Epidemiologi, Adana Llanos dari Universiti Rutgers, Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat