Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Busana tradisional meriahkan USMIW 2013
- AmBank anjur program kembali ke sekolah di Sabah
- 30 staf TNB Selangor hulur bantuan banjir
Busana tradisional meriahkan USMIW 2013 Posted: Busana tradisional meriahkan USMIW 2013
ANTARABANGSA. Penyertaan kira-kira 100 pelajar pelbagai negara dengan pakaian tradisional masing-masing memeriahkan sambutan Minggu Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USMIW), Pulau Pinang baru-baru ini. USMIW yang mula dianjurkan sejak dua tahun lalu bertujuan merapatkan hubungan para pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian di universiti tersebut. Antara yang ditonjolkan pada sambutan kali ini termasuklah pameran gerai budaya, pesta makanan antarabangsa, festival filem antarabangsa dan kemuncaknya malam gala kebudayaan di Dewan Tuanku Syed Putra USM. USMIW 2013 turut disertai kumpulan pelajar dari Walailak University, Thailand; National Economic University, Vietnam dan Universiti Srivijaya, Indonesia. | |
AmBank anjur program kembali ke sekolah di Sabah Posted: AmBank anjur program kembali ke sekolah di SabahSYED ANUAR (berdiri 10 dari kanan) dan kakitangan AmBank bergambar kenangan dengan penghuni Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah yang mendapat bantuan persekolahan baru-baru ini. TANGGUNGJAWAB. Seramai 30 kanak-kanak dan belia dari Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah diraikan dalam program amal Kembali Ke Sekolah anjuran Kelab Ambank Group baru-baru ini. Acara amal itu melibatkan peserta berusia antara enam hingga 16 tahun yang menyaksikan mereka dihadiahkan dengan peralatan dan pakaian sekolah sebagai persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan baharu. Selain itu, kanak-kanak tersebut turut dibawa membeli-belah di Tong's Departmental Store, diikuti dengan makan tengah hari di Ming Garden Hotel. Presiden, Kelab AmBank Group merangkap Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, program berkenaan merupakan program keempat yang dilaksanakan sepanjang bulan Disember. Sebelum ini, katanya, Kelab AmBank Group mengadakan program amal di Kuala Krai, Kelantan, Subang Jaya, Selangor dan Kuching, Sarawak. | |
30 staf TNB Selangor hulur bantuan banjir Posted: 30 staf TNB Selangor hulur bantuan banjirMOHD. AZIM (kiri) beramah mesra dengan seorang sukarelawan sewaktu melepaskan kenderaan yang akan menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. SUMBANGAN. Seramai 30 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor menjadi sukarelawan bagi menyerahkan sumbangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu baru-baru ini. Majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan itu dilaksanakan di TNB Seksyen 15, Shah Alam bagi disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara banjir melalui TNB Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu. Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Selangor, Datuk Ir. Mohd. Azim Yusof berkata, sebanyak 11 kenderaan digunakan bagi membawa sumbangan makanan dan keperluan harian tersebut. "Semoga dengan pemberian bantuan kemanusiaan ini dapat meringankan beban dan tanggungan mangsa-mangsa banjir yang terlibat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |