Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Siasat minyak dari dapur haram
- Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir
- Proton lancar Perdana versi baharu
Siasat minyak dari dapur haram Posted: Siasat minyak dari dapur haramOleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan kebimbangan mengenai terdapat kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur restoran tidak halal sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) mendedahkan, tindakan itu dipercayai dilakukan oleh pengusaha-pengusaha minyak masak kitar semula tidak berlesen yang menjualnya semula pada harga murah kepada peniaga terbabit. Menurut beliau, masalah itu tidak berlaku dalam kalangan pengusaha berlesen kerana mereka sering dipantau oleh pihak berkuasa tetapi pemantauan tidak dilakukan ke atas pengusaha minyak kitar semula haram. "Pengusaha haram ini, selain mengitar minyak masak lebih dua kali dan menjualnya kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi jalan, mereka juga tidak mustahil mencampur aduk minyak antara restoran halal dan tidak halal," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Nadzim memberitahu, pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit. "Cuba periksa peniaga pasar malam, peniaga pisang goreng yang membeli minyak kitar semula itu pada harga murah. Mereka tidak membeli daripada syarikat berlesen," jelasnya. Sehubungan itu, katanya, PPIM telah melantik pasukan penyiasat khas untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi bukti kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan penjualan minyak masak kitar semula yang tidak sesuai digunakan oleh peniaga. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjir Posted: Rabecca guna duit dibayar Erma bantu mangsa banjirOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
KUALA LUMPUR - Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang kes saman ke atas Erma Fatima menggunakan wang yang dimenanginya untuk membantu mangsa banjir di Kuantan, Pahang. Rabecca, 23, berkata, wang sebanyak RM11,200 yang dibayar oleh pengarah filem itu dengan menggunakan not RM1 sebanyak 11,200 keping dihantar ke pejabat peguamnya kelmarin. "Peguam saya telah menghubungi saya dan memberitahu mengenai wang tersebut. Saya kemudian meminta peguam saya supaya menghantar terus wang itu ke bank dan dimasukkan ke dalam akaun saya. "Setelah wang tersebut diperoleh, saya terus mengajak beberapa orang rakan untuk membeli-belah di pasar raya Giant di Bukit Antarabangsa dan Mydin di Subang Jaya. Kami membeli pelbagai barangan keperluan seperti biskut dan air untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kuantan," kata artis itu ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Proton lancar Perdana versi baharu Posted: Proton lancar Perdana versi baharuNAJIB (kanan) menerima kereta Proton Perdana edisi khas sebagai PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |