{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


10 kedai makan diarah tutup

Posted: 11 Dec 2013 09:57 AM PST

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

SEORANG pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Daerah Batu Pahat menunjukkan kekotoran di tempat mencuci sebuah restoran di Taman Pura Kencana, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT 11 Dis. - Sebanyak 10 kedai makanan di sekitar Sri Gading di sini diberikan notis penutupan premis selama tujuh hari bermula hari ini selepas dikesan gagal menepati ciri-ciri kebersihan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Kesemua kedai makanan tersebut merupakan antara 16 premis yang diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Daerah ini dalam operasi melibatkan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) malam tadi.

Pegawai Kesihatan Daerah, Noorhaida Ujang berkata, operasi yang bermula pukul 8.30 malam semalam tertumpu di sekitar Pekan Sri Gading, Taman Mutiara dan Taman Pura Kencana.

"Dalam pemeriksaan itu, kita dapati terdapat kedai makanan yang pernah dikompaun sebanyak dua kali sebelum ini, tetapi masih ingkar dan tidak mengamalkan kebersihan khsusnya di kawasan dapur dan tempat mencuci pinggan-mangkuk.

"Berikutan itu, kedai-kedai makanan yang tidak bersih itu telah diberikan notis penutupan selama tujuh hari bagi membolehkan pengusaha membersihkan premis mereka sebelum dibuka semula setelah mendapat pemeriksaan balas," katanya di sini hari ini.

Noorhaida memberitahu, dalam operasi sama, sebuah kedai makan turut dikompaun kerana menjual rokok di bawah harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu katanya, MPBP turut mengeluarkan 20 saman terhadap premis-premis yang telah diperiksa dalam operasi itu kerana melakukan pelbagai kesalahan.

"Operasi seperti ini akan dilakukan sepanjang masa di setiap lokasi di daerah ini bagi memastikan para peniaga makanan mengamalkan kebersihan seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

"Tindakan tegas ini penting kerana kekotoran dalam pengendalian makanan merupakan penyebab kepada sebarang jangkitan atau kuman yang boleh memudaratkan kesihatan pelanggan," katanya lagi.

Akademi lantik 97 mutawif baharu

Posted: 11 Dec 2013 09:57 AM PST

KAMARUZZAMAN Abu Kassim (hadapan, lima dari kiri) dan Mohd. Tahrir Shamsudin (hadapan, enam dari kiri) bergambar bersama mutawif yang telah ditauliahkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 11 Dis. - Johor Corporation (JCorp) menerusi anak syarikatnya, Akademi Mutawwif Sdn. Bhd. telah melantik seramai 97 mutawif baharu yang ditauliahkan bagi mengendalikan ibadat umrah dan haji baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp merangkap Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, pelantikan itu menjadikan syarikat tersebut kini mempunyai seramai 117 mutawif bertauliah.

"Sejak ditubuhkan pada 2006, akademi ini telah menganjurkan sebanyak 38 siri Kursus Pentauliahan Mutawif yang bukan hanya disertai oleh eksekutif agama malah orang ramai yang berminat untuk menjadikan mutawif sebagai profesion pilihan.

"Keperluan terhadap mutawif ini semakin meningkat apatah lagi permintaan masyarakat Islam di negara ini untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji semakin bertambah setiap tahun," katanya dalam majlis penyerahan sijil mutawif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Shamsudin.

Sementara itu, Kamaruzzaman berkata, bagi memantapkan isu berkaitan ibadat haji dan umrah, para mutawif yang dilantik akan diberi peluang menghadiri muzakarah umrah yang dikendalikan oleh pakar selain menjalani latihan praktikal di Mekah dan Madinah.

Katanya, mutawif-mutawif berkenaan juga berpeluang berkhidmat di syarikat Tiram Travel Sdn. Bhd. (TTSB) dan mana-mana syarikat yang berminat menggunakan perkhidmatan mutawif.

Piala TMJ: Pontian yakin tundukkan Mersing

Posted: 11 Dec 2013 09:57 AM PST

PONTIAN 11 Dis. - Pasukan bola sepak Pontian menaruh keyakinan muncul sebagai juara untuk merebut piala Tunku Mahkota Johor (TMJ) 2013 dalam perlawanan akhir menentang Mersing di Stadium Kluang pada 14 Disember ini.

Pengurus pasukan, Hairul Hisyamuddin Mokri berkata, ini merupakan kali ketiga Pontian berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dengan pencapaian sebagai juara pada 2011 dan naib juara pada tahun lalu.

Katanya, pasukan tersebut yang dibentuk sejak 2010 ternyata lebih bersemangat untuk mengharungi perlawanan akhir menentang pasukan Mersing yang mara setelah menewaskan Johor Bahru, 4-1, melalui sepakan penalti.

"Pada perlawanan separuh akhir di Stadium Kluang pada 7 Disember lalu, pasukan Pontian berjaya menewaskan pasukan Kota Tinggi dengan keputusan 2-0," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Hairul, pasukan yang dilatih oleh Zulkifli Abas dengan dibantu oleh bekas pemain Johor, Bahtiar Othman berjanji untuk memberikan persembahan terbaik sebagai hadiah kepada peminat dan penduduk Pontian.

"Pasukan kami yang dianggotai oleh para pemain yang berusia antara 17 hingga 35 tahun bebas dari sebarang kecederaan serta tidak mempunyai sebarang layangan kad kuning," ujarnya

Sehubungan dengan itu, beliau berharap peminat-peminat bola sepak Pontian dapat datang beramai-ramai ke Stadium Kluang pada pukul 4.30 petang bagi memberikan sokongan kepada pasukan mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat