Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Tragedi selepas makan malam
- Kosmo! Online portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun 2013
- Guru Iban ditipu kekasih siber
Posted: Tragedi selepas makan malamOleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
KUALA LUMPUR - Kegembiraan lima pelayan wanita muda dari Myanmar dan Filipina keluar makan bersama seorang lelaki warga British tidak berpanjangan apabila kesemuanya ditemui rentung selepas kereta jenis Nissan Skyline yang mereka naiki terbakar setelah terlibat dalam kemalangan semalam. Kejadian pukul 12.45 tengah malam di Jalan Kampung Pandan di sini itu berlaku apabila Simon John Hall, 40, dikatakan gagal mengawal kereta yang dipandunya itu sebelum merempuh tiang jejambat dan tercampak ke laluan bertentangan lalu terbakar. Selain Hall, dua wanita Myanmar, Esther Sui, 26 dan Pi Pi, 20, serta tiga wanita Filipina iaitu Siso Aileen, 30, Maileen Tentative Montejo, 26, dan Mary Grace Macaraig, 24, turut maut dalam kemalangan ngeri tersebut. Kesemua mayat mereka ditemui rentung oleh pasukan penyelamat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kosmo! Online portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun 2013 Posted: Kosmo! Online portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun 2013KUALA LUMPUR - Kosmo! Online dinamakan sebagai portal berita kedua paling dicari di Malaysia pada tahun ini, menurut laporan yang dikeluarkan Google Zeitgest 2013 baru-baru ini. Setiap tahun, pihak Google mengeluarkan statistik tahunan Google Zeitgeist yang memperlihatkan kata kunci yang paling hangat dan dicari ramai menerusi enjin carian Google sepanjang tahun 2013. Berdasarkan laporan tersebut, tempat pertama portal berita paling hangat dicari di negara ini ialah Malaysiakini, diikuti Kosmo! Online dan ketiga Berita Harian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Guru Iban ditipu kekasih siber Posted: Guru Iban ditipu kekasih siberOleh MULLER ASEN KUCHING – Seorang guru bukan sahaja terpaksa berputih mata kerana tidak menerima wang berjumlah RM3.33 juta sebagaimana dijanjikan kekasih hati seorang lelaki Eropah malah wanita itu pula terpaksa berhabis wang simpanan berjumlah RM20,200. Kejadian itu bermula selepas guru etnik Iban berusia 42 tahun itu mula berkenalan dengan suspek yang menggunakan nama Kelvin Brunner melalui laman sesawang Twoo pada 4 November lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |