Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Seluk saku pelakon popular
- Pegawai polis bergelar Datuk terlibat kes gubah wang RM6 juta
- Kastam hampir capai kutipan hasil RM33 bilion
Posted: Seluk saku pelakon popular
KUALA LUMPUR – Hajat pelakon popular, Emma Maembong untuk membeli- belah pada malam Krismas lalu terbantut apabila dia kerugian RM5,000 selepas beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di aras bawah pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin. Kosmo! difahamkan, pelakon drama Kau Yang Terindah berusia 21 tahun tersebut dipercayai menjadi mangsa sindiket seluk saku didalangi warga asing yang sering melakukan aktiviti jahat di premis beli-belah di kawasan segitiga emas itu. Berdasarkan kes-kes terdahulu, modus operandi sindiket tersebut terbahagi kepada tiga iaitu menyeluk saku ketika keadaan sesak, menoreh beg mangsa dan berpura-pura pengsan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pegawai polis bergelar Datuk terlibat kes gubah wang RM6 juta Posted: Pegawai polis bergelar Datuk terlibat kes gubah wang RM6 jutaKUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar Datuk telah memberi keterangan dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya Selasa lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kastam hampir capai kutipan hasil RM33 bilion Posted: Kastam hampir capai kutipan hasil RM33 bilionROMPIN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencatatkan prestasi kutipan hasil memberangsangkan pada tahun ini dengan jumlah RM32.39 bilion dipungut setakat 24 Disember lalu iaitu meningkat sebanyak 3.18 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, angka itu menghampiri sasaran jabatan itu untuk kutipan pada tahun ini iaitu sebanyak RM33 bilion. "Penyumbang terbesar kepada hasil negara itu ialah sektor kenderaan, rokok di tempat kedua sebelum diikuti minuman keras selain hasil pungutan cukai perkhidmatan. "Fasilitasi kepada industri automotif dalam negara seperti di Pekan, Pahang juga telah meningkatkan industri pengeluaran kenderaan di samping pungutan hasil yang positif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Kastam Kuala Rompin di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |