Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Bantuan khas mangsa banjirOleh HAFIZ ABBAS, MAZLINA ABDUL MAJID, NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM, MOHD. ZAINI SAMSU HADI, ADHAM SHADAN, KHAIRI MOHAMAD dan SHAHRULANOOR ISHAK
KUANTAN - Kerajaan sedia menimbangkan kemungkinan memberi bantuan khas kepada mereka yang ditimpa musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur ketika ini. "Kita akan timbang apa yang patut selepas ini," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas meninjau kawasan yang dilanda banjir di negeri ini semalam. Pada sebelah pagi Najib menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara sebelum bergegas meninggalkan perhimpunan itu untuk meninjau keadaan banjir di Pahang. Terdahulu Perdana Menteri menaiki helikopter meninjau kawasan yang dilanda banjir sebelum singgah di pusat pemindahan banjir di Pekan iaitu Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah dan Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara serta Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri di Rompin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Bah di Kelantan, Terengganu makin buruk Posted: Bah di Kelantan, Terengganu makin burukMENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merangkap Ahli Parlimen Kemaman (tengah) meninjau keadaan banjir di sekitar Kemaman petang semalam. KOTA BHARU - Banjir yang masuk hari keempat semalam menyaksikan musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk dengan mangsa yang dipindahkan meningkat. Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 2,078 manakala Terengganu 7,163. Keadaan sebaliknya berlaku di Pahang, Johor dan Melaka apabila air di semua kawasan yang banjir mulai surut. Mengikut portal rasmi kerajaan negeri Kelantan, jajahan Kuala Krai mencatatkan jumlah terbesar mangsa banjir yang berpindah iaitu 753 orang di enam pusat pemindahan di Mengkebang dan Olak Jeram. Di jajahan Machang, 242 orang dipindahkan di lima pusat pemindahan iaitu di Ulu Sat, Labok, Pulai Chondong dan Temangan sementara di Pasir Puteh, seramai 109 orang dipindahkan di tiga pusat iaitu di Limbongan, Gong Datok dan Bukit Awang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Amaran jangan naikkan hargaKUALA LUMPUR - Para peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang makanan dengan sesuka hati di kawasan yang terjejas banjir akan dikenakan tindakan tegas. Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, pada masa ini belum ada aduan berhubung kenaikan harga barang di kawasan dilanda banjir. Menurut beliau, para peniaga harus mengambil kira kesusahan dilalui mangsa-mangsa banjir dengan meletakkan harga barang pada kadar biasa meskipun mereka terlibat sama dengan bencana itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |