Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Waris diminta tuntut mayat lelaki bertatu Kala Jengking
- Polis Perak terpaksa lepaskan tembakan apabila cuba dirempuh kereta suspek
- Kereta yang dilapor hilang, ditemui namun terbakar di balai polis
Waris diminta tuntut mayat lelaki bertatu Kala Jengking Posted: Waris diminta tuntut mayat lelaki bertatu Kala Jengking23/12/2013 10:38pm GEORGE TOWN - Polis meminta ahli keluarga atau rakan menuntut mayat lelaki yang mempunyai tatu Kala Jengking di belakang bahu kiri, di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Ismail Idris berkata keputusan bedah siasat mendapati lelaki berkulit cerah dipercayai warga asing itu mati akibat dijerut dengan kain. "Keputusan bedah siasat juga mendapati mangsa telah mati selama tiga atau empat hari berdasarkan keadaan mayatnya yang telah mereput dan berbau," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sabtu lepas, sekumpulan nelayan menemui mayat lelaki itu dalam keadaan berbungkus dengan selimut tebal (comforter) terdampar di sebuah pulau buatan berdekatan Jambatan Pulau Pinang pada pukul 5.30 petang. Katanya, mayat mangsa ditemui dengan hanya berkain pelekat dan memakai seluar pendek. - Bernama |
Polis Perak terpaksa lepaskan tembakan apabila cuba dirempuh kereta suspek Posted: Polis Perak terpaksa lepaskan tembakan apabila cuba dirempuh kereta suspek23/12/2013 10:02pm IPOH - Polis terpaksa melepaskan lapan das tembakan selepas suspek kes pecah rumah dan samun cuba merempuh anggota polis yang sedang melakukan rondaan Ops Cantas di Taman Desa Lawan Kuda, Gopeng di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata kejadian berlaku pada 10.30 malam ketika sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat menahan sebuah kereta Proton Persona yang berada dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan. "Sebaik polis menahan kereta yang dinaiki dua lelaki, masing-masing berusia 32 dan 33 tahun itu, suspek tiba-tiba mengundurkan keretanya dan merempuh kereta pasukan polis sebelum memecut dan cuba melanggar anggota polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. Beliau berkata, pihaknya terpaksa mengelak sebelum melepaskan tembakan sehingga kereta suspek berhenti dan polis memberkas mereka dengan seorang daripadanya cedera di kaki. Paramasivam menambah, pemeriksaan polis menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi memecah masuk rumah dalam kereta berkenaan iaitu tiga pemutar skru, spanar boleh laras, pisau lipat, playar, kuku kambing dan alat pemotong. - Bernama |
Kereta yang dilapor hilang, ditemui namun terbakar di balai polis Posted: Kereta yang dilapor hilang, ditemui namun terbakar di balai polis23/12/2013 9:04pm KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil, yang yang ditemui polis selepas dilaporkan hilang, terbakar dalam kejadian pada kira-kira 7 pagi tadi di Balai Polis Salak Selatan, Cheras. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kejadian itu disedari seorang anggota yang bertugas di balai berkenaan. "Kereta itu diletakkan di kawasan lapang di pekarangan balai berkenaan bersama kereta-kereta lain yang dilaporkan hilang... kejadian kebakaran itu telah menyebabkan kereta itu hangus sebahagiannya. "Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan berhubung punca kejadian masih diteruskan. "Kes disiasat mengikut Kertas Enkuiri Polis iaitu 'Fire Report' dan punca kebakaran masih belum dapat dipastikan lagi," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |