Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Gelombang kedua banjir: Tingkat kerjasama penduduk, agensi - PM
- Jaga sensitiviti beragama - PM
- PM tiba di Pulau Pinang hadiri Rumah Terbuka Krismas
Gelombang kedua banjir: Tingkat kerjasama penduduk, agensi - PM Posted: 25 Dec 2013 03:17 AM PST KUALA LUMPUR 25 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua penduduk dan agensi keselamatan bekerjasama secara lebih sistematik dalam menghadapi gelombang kedua banjir yang diramal melanda hujung bulan ini. Beliau juga meminta penduduk mengutamakan keselamatan diri serta keluarga dan berdoa agar kejadian banjir segera berakhir. "Saya difahamkan gelombang kedua banjir diramal melanda sekali lagi di beberapa buah negeri hujung bulan ini. "Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, saya berharap penduduk dan agensi keselamatan dapat berganding bahu dengan lebih sistematik," kata Najib dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau hari ini. Semalam, Jabatan Meteorologi memberi amaran kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Dis. Banjir buruk di Pahang baru-baru ini mengakibatkan lebih 40,000 mangsa dipindah ke pusat pemindahan. - BERNAMA |
Jaga sensitiviti beragama - PM Posted: 25 Dec 2013 02:09 AM PST Oleh ANI AWANG dan AZELI ALI PULAU PINANG 25 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya menjaga sensitiviti beragama dan tidak menyakiti hati satu sama lain termasuk antara Islam dan Kristian. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Malaysia Hari Krismas 2013 di Padang Kota Lama, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
PM tiba di Pulau Pinang hadiri Rumah Terbuka Krismas Posted: 25 Dec 2013 12:00 AM PST GEORGE TOWN 25 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini untuk menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 di Padang Kota Lama, di sini. Ketibaan beliau disambut Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan pemimpin Barisan Nasional negeri. Najib akan merasmikan majlis rumah terbuka itu yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Antara aktiviti yang memeriahkan majlis itu adalah persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis tanah air, pameran kraf warisan, pameran Tahun Melawat Malaysia 2014, demonstrasi hiasan pokok Krismas, pembuatan kad ucapan dan biskut halia. Lebih 20,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis sambutan Krismas yang pertama kali diadakan di negeri ini. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |