{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Lagu Maya Karin berkumandang di radio Switzerland

Posted: 04 Dec 2013 12:07 AM PST

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MAYA KARIN

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Lagu Bintang Syurga, dendangan penyanyi dan pelakon

Maya Karin, 34, berkumandang di corong radio di Switzerland, semalam.

Menurut Pegawai Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia hari ini,

Maya mendendangkan lagu ciptaan Omar K dan Audi Mok sewaktu diundang

sebagai tetamu untuk program di Radio Television Suisse.

"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan oleh

penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker. Selain ditemu bual, Maya juga

berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga.

"Selain itu, Maya turut mengadakan mini persembahan di Radio Television

Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," jelas Anne.

Tambah Anne, lagu berentak pop dance dendangan Maya Karin itu mendapat sambutan baik daripada penonton kerana mereka menyukai alunan suara gemersik penyanyi itu. - UTUSAN ONLINE

Tidak serik kahwin lagi

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

Bersama dua pelakon utama filem Hantu Tok Mudim, Soffi Jikan (kiri) Izzue Islam sewaktu pratonton filem tersebut baru-baru ini

BAGI Adrea Abdullah berlakon dalam drama televisyen, telemovie dan filem kini bukan setakat kerana minat serta bakat seni yang dimilikinya semata-mata. Sebaliknya, lebih daripada itu ia adalah suatu kerjaya, apatah lagi bagi membesarkan anak tunggalnya, Afiq, 8.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, selepas rumah tangga yang dibinanya gagal dua tahun lalu dia semakin terasa akan tanggungjawab tersebut. Pelakon filem Hantu Tok Mudim ini pada masa sama turut mengakui belum berasa serik untuk berkahwin lagi pada masa depan.

"Pada mulanya saya berasa serik juga untuk berkahwin lagi. Malah, saya juga pernah berasa fobia apabila bercakap tentang kahwin tetapi sekarang ini perasaan itu tiada lagi. Saya sudah bersedia untuk berkahwin lagi kalau jodoh saya masih ada lagi.

"Saya juga tidak salahkan perkahwinan saya yang lepas. Biasalah kalau dulu masa bercinta berjumpa seminggu sekali, jadi kita tidak nampak 'belang' pasangan masing-masing. Selepas tinggal serumah barulah kita nampak semua itu. Bagi saya itu semua adalah pengalaman berharga.

"Sekarang ini, saya rasa lebih matang dan boleh menilai apa-apa yang berada di depan mata saya. Saya menjadi lebih berhati-hati dalam soal memilih pasangan hidup yang boleh membimbing saya dan anak saya ke jalan yang diredai Allah," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Dia yang membintangi filem Hantu Tok Mudim yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 21 November lalu tidak menyalahkan takdir yang menimpa hidupnya itu. Adrea sebaliknya kini semakin matang dalam memilih pasangan hidupnya kelak.

Sambil tidak menyembunyikan perasaannya itu, dia mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang yang amat sesuai untuk dijadikan suami serta bapa kepada anaknya. Namun, katanya apa juga yang berlaku dia tetap akan menyerahkan soal jodohnya itu di tangan Allah.

"Calon suami itu memang sudah ada. Orangnya berumur 46 tahun dan bukan daripada golongan artis. Dia bekerja sebagai seorang perunding dalam sebuah syarikat. Kebetulan dia pula duda dan mempunyai anak. Kami telah berkawan sejak enam tahun yang lepas.

"Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja kami semakin rapat dan mula mengenali hati budi masing-masing. Kami juga mempunyai perancangan untuk berkahwin dan insya-Allah kalau ada jodoh nanti kahwinlah," ujarnya sambil tersenyum meluahkan perasaannya itu.

Anak keempat daripada tujuh beradik ini berharap jodohnya kali ini adalah yang terakhir dan akan berpanjangan hingga ke akhir hayatnya. Adrea juga seolah-olah mahu menutup segala pengalaman pahitnya dalam tiga perkahwinannya yang telah gagal sebelum itu.

Sibuk berlakon, mengacara

Status janda dan ibu tunggal menyebabkan Adrea lebih banyak memberi tumpuan kepada anak dan kerjayanya sebagai pelakon. Ternyata status itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang seni lakonan tempatan.

Ramai yang mungkin kurang perasan bahawa pelakon tinggi lampai ini sebenarnya telah mula menjadi pelakon sejak 10 tahun lalu. Filem tentang dunia remaja berjudul SH3 yang dilakonkannya bersama-sama kumpulan Ruffedge adalah filem pertama lakonannya lapan tahun lepas.

Bagaimanapun sejak menjadi pelakon sedekad lalu, Adrea tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana dua filem lakonannya bertajuk Siti Suka Ramli Sarip dan CE1 masih belum ditayangkan di pawagam sehinggalah ke hari ini walau telah tamat penggambarannya.

"Filem CE1 adalah arahan Aziz M. Osman manakala Siti Suka Ramli Sarip pula diarahkan oleh Imran Ismail. Saya kurang pasti mengapa dua filem yang cukup bagus itu tidak dapat ditayangkan di pawagam. Filem itu sudah habis penggambarannya beberapa tahun yang lepas.

"Malah, sebagai pelakon saya juga telah mendapat bayaran berlakon filem itu. Sebagai pelakon saya amat mengambil berat jalan cerita dan kualiti dalam sesebuah filem. Saya anggap suatu kerugian apabila dua filem itu 'senyap' begitu sahaja," tuturnya dalam nada hampa.

Jelas Adrea, selain berlakon menerusi drama dan di layar perak, dia aktif menjadi pengacara dalam banyak rancangan televisyen sejak kebelakangan ini. Antaranya sebagai pengacara rancangan Varia Rasa Bersama Sunquick dan Selera Etnik yang disiarkan melalui saluran TV1 di RTM.

Katanya, pembabitannya sebagai pengacara rancangan-rancangan televisyen dapat mempelbagaikan kerjayanya dalam bidang seni. Selain itu, ia juga seolah-olah dapat memberi pendapatan tambahan apabila tiada tawaran berlakon drama atau filem buat pelakon jelita ini.

"Bagi saya berlakon dan mengacara adalah dua bidang yang berbeza. Malah, saya tidak nafikan berlakon drama atau filem lebih penat berbanding mengacara. Saya pula selalu melakonkan watak-watak berat dalam drama yang memerlukan saya banyak menangis dan penuh emosi.

"Apatah lagi, penggambaran sesebuah drama bersiri dalam 13 episod biasanya 30 hingga 40 hari. Saya kadang-kala terbawa-bawa emosi itu sehingga ke luar set penggambaran. Untuk menghilangkan perasaan dan penghayatan itu saya terpaksa gunakan pelbagai cara.

"Saya antaranya akan bercuti sekejap selepas habis penggambaran bagi menghilangkan penghayatan itu. Ini kerana, kalau saya berlakon sehingga menangis dan mengeluarkan air mata yang asli. Saya tidak gunakan Eyo Mo (ubat mata) untuk tujuan tersebut," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat