{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Dua beranak mangsa terbaharu korban banjir di Pahang

Posted: 04 Dec 2013 09:50 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN 5 Dis. - Dua beranak menjadi mangsa terbaharu korban banjir di Pahang apabila bot gentian dinaiki terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi di Kampung Sungai Isap di sini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, mangsa lemas iaitu Jamal Ali, 40, dan anaknya berusia belasan tahun dan masih belum diketahui identiti dipercayai sedang memindahkan barangan di kampung itu. - UTUSAN ONLINE

Culik warga Taiwan: Jangan buat spekulasi

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

MELAKA 4 Dis. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi permintaannya agar semua pihak khususnya pengguna media sosial agar tidak membuat spekulasi berhubung kes penculikan wanita warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah pada 15 November lalu.

Menurut beliau, sebarang spekulasi hanya akan mengancam keselamatan nyawa wanita tersebut yang kini berada dalam jagaan penculik.

"Apa yang dapat saya katakan setakat ini ialah wanita itu berada dalam keadaan selamat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat mementingkan keselamatan wanita itu.

''Setakat ini, PDRM dan pihak polis Filipina termasuk keluarga mangsa sedang menjalankan apa juga tindakan yang patut untuk menyelamatkan mangsa.

"Biarlah kami menjalankan tugas dan kita sama-sama berdoa agar mangsa dapat diselamatkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara di Hotel Mahkota, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati manakala rakan wanitanya, juga warga Taiwan, An Wei Chang, 58, diculik kumpulan terbabit.

Semasa kejadian mereka berada di sebuah calet yang terletak di atas air di pulau tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata.

Ditanya mengenai penculik terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM11 juta, Khalid berkata, polis tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, mengulas kes kematian tiga beradik di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu Khalid berkata, setakat ini siasatan awal polis tidak menunjukkan kesemua mangsa mati dibunuh.

Malah, katanya, laporan hasil bedah siasat ke atas ketiga-tiga beradik itu mendapati punca kematian mereka disebabkan lemas.

"Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang polis berpendapat wujud keraguan walaupun punca kematian mereka disebabkan lemas," katanya.

Beliau memberitahu, polis masih mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat