Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Kertas Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 tidak bocor Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST KUALA LUMPUR 4 Dis. - Polis mengesahkan tiada berlaku sebarang kebocoran soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 seperti yang didakwa baru-baru ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menyiasat kes itu di bawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seramai 56 saksi telah dipanggil memberi keterangan. Beliau berkata, polis menerima laporan kes tersebut selepas satu seminar peperiksaan yang dianjurkan di sebuah masjid di Setiawangsa. Katanya, dalam seminar itu soalan-soalan ramalan telah dibincangkan bagi membantu pelajar menghadapi SPM 2013. "Bagaimanapun, ada pihak salah faham dan menganggap perbincangan soalan ramalan sebagai soalan bocor dan lanjutan daripada itu, satu laporan polis diterima," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Beliau berkata, mereka yang hadir dalam seminar tersebut antara yang telah dipanggil sebagai saksi untuk direkodkan keterangan. Sehubungan itu, menurut Mohmad kes itu dianggap selesai kerana siasatan menyeluruh dijalankan mengesahkan tidak wujud sebarang elemen yang boleh dikaitkan dengan kebocoran soalan peperiksaan. Pada 22 November lalu, beberapa individu membuat laporan polis berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa kertas peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan dibocorkan di dalam beberapa seminar khas yang dianjurkan menjelang hari-hari terakhir peperiksaan berlangsung. Kementerian Pendidikan sebelum ini turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas peperiksaan tersebut selepas media turut melaporkan penglibatan seorang guru tuisyen yang didakwa bertanggungjawab ke atas perkara itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |