{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


500 keluarga akan dipindah

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

Abdul Latiff Bandi meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bandar, Mersing, semalam.

MERSING 4 Dis. - Kerajaan negeri akan memindahkan lebih 500 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah ini ke beberapa penempatan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, pihaknya melalui jawatankuasa perumahan khas sudah mengenal pasti beberapa lokasi untuk pembinaan penempatan baharu yang akan dijadikan kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Beliau berkata, antara lokasi yang akan dijadikan kawasan penempatan baharu termasuk di Batu 6 Tenglu, Kampung Sri Pantai, Jalan Ariffin serta Semaloi yang terletak berhampiran bandar Mersing dan Endau.

"Kebanyakan rumah yang dinaiki air pada musim banjir terdiri daripada kawasan setinggan yang terletak di kawasan rendah dan mereka ini akan dipindahkan ke lokasi penempatan baharu ini.

"Ini merupakan langkah kerajaan negeri untuk mengatasi masalah yang dihadapi penduduk, khususnya di kawasan Mersing dan Endau, selain inisiatif kita untuk mengatasi masalah setinggan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau turut meluangkan masa kira-kira satu jam untuk melawat mangsa banjir di lokasi pemindahan terbesar di daerah itu yang menempatkan 1,491 penduduk.

Abdul Latiff berkata, sehingga hari ini, sebanyak 5,672 mangsa dari Mersing dan Endau sudah dipindahkan ke 21 pusat pemindahan banjir yang ada di daerah itu dan pihaknya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku pertambahan jumlah mangsa.

Katanya, daerah itu mempunyai 25 pusat pemindahan banjir secara keseluruhannya dan pada waktu ini, hanya 21 daripadanya aktif digunakan.

Beliau memberitahu, masih terdapat penduduk di beberapa kampung di sini enggan berpindah dengan alasan rumah mereka belum dinaiki air dan perkara itu akan dipantau sepenuhnya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan jiwa.

"Kita juga bersedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan berlakunya air pasang besar di daerah ini. Kita sudah memaklumkan kepada semua agensi yang terlibat untuk memantau segala perkembangan berlaku di daerah ini," katanya.

JPS pantau 4 stesen telemetri, sukat paras air Sg. Muar

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

MUAR 4 Dis. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang memantau empat stesen telemetri milik agensi itu di sini, bagi menyukat paras air Sungai Muar kerana menjadi penentu berlakunya banjir di daerah itu.

Menurut jurutera JPS Muar, Abdul Hakim Hamzah berkata, pada masa ini, Sungai Muar berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila paras airnya melepasi bacaan 1.9 meter di Stesen Telemetri di Bukit Kepong.

Katanya, Stesen Telemetri di Bukit Kepong sebelum ini telah menunjukkan peningkatan daripada 0.3 meter kepada 1.6 meter pada pukul 11 pagi ini dan terus meningkat pada pukul 2 petang.

"Banjir hanya akan berlaku di daerah ini dan kawasan sekitarnya apabila paras air Sungai Muar di Bukit Kepong, dekat sini, menerima aliran air sungai dari Pahang dan daerah Segamat.

"Ini disebabkan aliran sungai akan berakhir di daerah ini sebelum ke laut. Bagi mengetahui paras air sungai Muar meningkat atau menurun, kita akan mengukur empat stesen telemetri yang salah satu fungsi utamanya mengukur paras air Sungai Muar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain stesen telemetri tersebut, tiga lagi ialah di Lenga, Pagoh dan Panchor. Bacaan 1.83 meter dikategorikan bersedia, bacaan 2.43 meter (amaran) dan bacaan 3.04 meter (bahaya).

Abdul Hakim seterusnya meminta penduduk di kawasan rendah peka dengan arahan dan tidak membiarkan anak-anak bermain di kawasan berdekatan sungai terutama di Bukit Kepong.

Polis gagalkan cubaan seludup keluar 47 PATI di Pantai Temalah

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Sebahagian 47 PATI yang ditahan ketika cuba seludup keluar secara haram di Pantai Temalah, Sedili Besar, Kota Tinggi, awal pagi semalam.

KOTA TINGGI 4 Dis. - Polis menggagalkan cubaan menyeludup keluar 47 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 12 wanita warganegara Indonesia di Pantai Temalah, Sedili Besar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd Nor Rasid berkata, kesemua mereka yang ditahan sepasukan tujuh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang diketuai Sarjan Mejar Ajmal Mat Rejab pukul 12.15 tengah malam, disyaki hendak pulang ke negara asal.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan kesemuanya dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam sidang akhbar di IPD Kota Tinggi di sini hari ini.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002) kerana keluar dari negara melalui pangkalan yang tidak diwartakan dan Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dalam pada itu, Mohd Nor mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan menjadi dalang dalam aktiviti haram berkenaan kerana tindakan tegas akan diambil jika melakukan perkara tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat