{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Keluarga

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Keluarga


Bambang kongsi ilmu penjagaan rambut

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar RASHID MAHFOF

BAMBANG memberi nasihat yang bernas bagi golongan Adam menjaga keadaan rambut mereka.

MENDAPAT ilmu dan berkongsi pengalaman dengan pendandan rambut terkemuka merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Apatah lagi, perkongsian dibuat dalam suasana santai, konsep amali (hands-on) dan penerangan yang sangat jelas oleh pakar pendandan rambut terkemuka, Bambang Suteto.

Bertempat di Hairkunst, The Curve, Bambang berkongsi ilmu penjagaan rambut lelaki yang sering diabaikan golongan ini hingga mengakibatkan masalah lain seperti kebotakan, masalah rambut berminyak, kulit kepala berkelemumur dan macam-macam lagi.

Antara yang dikongsi Bambang ialah betapa seorang lelaki patut mengetahui jenis kulit kepalanya sama ada jenis berminyak, biasa atau kering supaya tahu jenis syampu yang boleh digunakan.

"Bila ada ilmu maka anda tidak akan mudah terpengaruh dengan iklan mahupun dipengaruhi pendandan rambut anda untuk membeli produk keluaran mereka.

"Untuk mencuci rambut juga bergantung pada jenis rambut, jika kulit kepala jenis berminyak maka seeloknya cuci rambut dua kali sehari, jika normal sekali sehari dan jika kering jarakkan cucian rambut tiga hari sekali," ujar Bambang yang telah mendapat latihan secara profesional, intensif dan menimba pengalaman yang tidak ternilai di Eropah di dalam bidang dandanan rambut seperti di Mannheim, Jerman; London, United Kingdom; dan Vienna, Austria selama lima tahun berturut-turut.

Masalah kebotakan yang melanda ramai lelaki juga merupakan isu yang dibincangkan dan bagi Bambang jika botak akibat genetik, memang tidak dapat dielakkan namun bagi yang botak akibat salah penjagaan kulit kepala maka seharusnya bertindak sekarang.

"Rambut gugur kerana rambut mengeluarkan sebumnya sendiri, cuaca menyebabkan kulit kepala makin berminyak. Cara betul mencuci rambut ialah dengan mengurut kulit kepala menggunakan jari sebab mahu menyingkir sebum berlebihan. Sebum berlebihan ini jika tidak dicuci bersih maka akan masuk dalam folikel dan mula menyumbatkan folikel rambut sekali gus mengakibatkan botak," kata Bambang yang juga merupakan pemilik salun Hairkunst yang telah diasaskan sejak 2007.

Pengguna produk

Umum mengetahui lelaki memang menggunakan produk rambut lebih dari- pada wanita namun ramai lelaki yang tidak membersihkan rambut mereka daripada produk tersebut sebelum tidur.

"Jadi mereka akan tidur dengan rambut yang berminyak dan akhirnya menjadi seorang yang kurang berambut kerana kesalahan mereka sendiri. Kalau kita buat tinjauan rambang pada wanita, daripada 10 lapan akan mengakui memiliki alat pengering rambut, tapi kalau lelaki daripada 10 mungkin seorang sahaja yang mempunyai alat tersebut.

"Mengapa mengeringkan rambut itu amat penting kerana apabila rambut dalam keadaan basah adalah pada tahap paling lemah, jika tidak dikeringkan dan terus tidur atau menutup rambut maka 90 peratus akan mengakibatkan rambut gugur," ujar beliau yang merupakan satu-satunya pendandan rambut bumiputera yang terpilih menjadi duta produk kecantikan rambut antarabangsa yang terkenal iaitu Schwarzkopf selama tiga tahun berturut-turut.

Bambang turut mendemonstrasikan cara penggunaan alat pengering rambut yang betul kepada para media dan kemudian mendemonstrasikan cara penggayaan rambut mudah dengan Elite Edgy EFX by Dashing produk penggayaan rambut berdasarkan tanah liat.

Bambang turut berhasrat membangunkan sebuah akademi dandanan rambut beliau sendiri khususnya untuk golongan bumiputera agar golongan ini tidak terpinggir dalam membina perniagaan salun dandanan rambut yang lebih didominasikan oleh kaum lain.

Cinta dua dimensi

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

SUGUL dan resah itulah dua perkataan yang paling sesuai untuk penulis gambarkan kepada Zeyha (bukan nama sebenar) di awal pertemuan kami.

Mungkin terlalu hebat bebanan yang ditanggung Zeyha hingga sukar bagi gadis ini meluahkan konflik yang berlaku dalam dirinya. Belum mula bercerita Zeyha sudah menitiskan air mata.

Cerita Zeyha bermula dengan perkenalan rakan sepejabat yang dikenali sebagai Ziman. Walaupun berlainan deskripsi tugas, namun mereka telah dipertemukan dalam satu tugasan yang menuntut kedua-duanya supaya bekerjasama di dalam satu tempoh waktu yang agak panjang.

Demi untuk menyiapkan tugasan tersebut, mereka banyak meluangkan masa bersama sehinggakan masing-masing lupa akan kehidupan normal mereka.

Kesibukan itu telah menyebabkan mereka mula mengabaikan pasangan masing-masing.

Sebenarnya, kedua-dua mereka telah pun bertunang dan hanya menunggu sahaja tarikh perkahwinan mereka iaitu dijangka pada hujung 2014.

"Sementara itu perhubungan saya dan Ziman semakin intim akibat masa yang diluangkan bersama lebih panjang dari pasangan masing-masing.

"Sedikit demi sedikit hal-hal peribadi dikongsi bersama dan masing-masing mula meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing-masing yang sebelum ini memang kebetulan bermasalah.

"Kemanisan alam pertunangan saya juga sudah semakin tawar dan kini kami mula memendam rasa antara satu sama lain.

"Banyak pula peribadi Ziman yang menarik perhatian saya apatah lagi banyak persamaan antara kami dari segi pemilihan makanan, hobi dan lain-lain lagi," ujar Zeyha panjang lebar.

Tambah Zeyha lagi, cintanya mula beralih arah kepada Ziman akibat sikap tunangnya yang suka mengambil sambil lewa terhadap persiapan majlis perkahwinan mereka, manakala Ziman pula beralih arah akibat dari sikap degil tunangnya yang terlalu sibuk dengan aktiviti sosialnya.

Zeyha mula jatuh hati pada Ziman yang terlalu mengambil berat akan dirinya dan komited terhadap sesuatu.

Ziman turut membuat pengakuan pada Zeyha bahawa dia turut meminati Zeyha berdasarkan perlakuan gadis tersebut yang lemah lembut, tidak suka bersosial dan tidak materialistik.

Akhirnya, kedua-duanya telah mengambil keputusan drastik dengan memutuskan tali pertunangan masing-masing.

Zeyha telah membawa Ziman berjumpa dengan ibu bapanya di kampung dan meminta agar disegerakan perkahwinan dengan lelaki itu. Walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga, namun Zeyha tetap dengan pendiriannya. Segala barang-barang hantaran telah dibeli oleh Zeyha dalam waktu yang singkat.

Namun, dengan tidak semena-mena Ziman berpatah semula ke bekas tunangnya.

"Saya amat terkejut mengapa Ziman boleh berubah keputusan di saat kami mahu membina rumah tangga bersama. Pada saya tiada apa yang salahnya jika saya mahu bersegera dengan urusan rumah tangga kerana tidak mahu terjebak dengan dosa dan maksiat akibat hubungan yang belum dihalalkan sedangkan kami berdua kerap menghabiskan masa bersama di pejabat.

"Lebih menyedihkan Ziman bersikap langsung tidak pedulikan saya malah menuduh saya perempuan psiko pula tanpa sebab yang konkrit.

"Saya cuba memujuk Ziman namun Ziman langsung tidak peduli seperti dia tidak pernah melafazkan apa-apa janji kepada saya. Dalam pada itu, tunang Ziman pernah bertemu saya dan mengugut saya akan menyesal kerana cuba merampas tunangnya.

"Hakikatnya keadaan kami bukan merampas atau memutuskan pertunangan masing-masing dengan sengaja tapi semuanya telah dipersetujui bersama," imbas Zeyha penuh emosi.

Zeyha kini berhadapan dengan dilema apabila ibu bapanya sering bertanya bila pihak lelaki mahu masuk meminang. Dalam pada itu Zeyha berasa amat tertekan kerana setiap hari dia perlu bersemuka dengan Ziman di pejabat.

"Memang amat menyedihkan saya apabila Ziman meminta kepada bos kami agar tukarkannya ke tugasan di daerah luar.

"Saya tahu itu memang bagus untuk hubungan yang tidak kesampaian ini namun yang merungsingkan saya mengapa dengan sekelip mata dia boleh berubah hati dan perangai terhadap saya. Saya memang rasa dia tidak sama langsung dengan Ziman yang saya pernah rapat satu ketika dulu," jelas Zeyha.

Zeyha kini sedang memujuk hati sendiri dan pada masa yang sama cuba memenuhi masanya dengan rakan-rakan perempuan.

Zeyha kini serik dengan alam pertunangan dan hanya menunggu insan yang benar-benar ikhlas untuk menyunting dirinya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat