Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 06 Dec 2013 11:03 AM PST LELAKI tidak sukar untuk mencari pakaian yang sesuai terutamanya jika mahu bersantai bersama rakan-rakan, tidak kira di pusat beli-belah mahupun perjumpaan bersama teman rapat. Cukup dengan berseluar jeans dan kemeja-T, ia sudah memberikan gaya tersendiri dan terkini kepada lelaki. Kemeja-T merupakan elemen terpenting bagi lelaki yang mementingkan imej ringkas kerana mudah dipakai, tidak memerlukan aksesori serta mempunyai pelbagai corak untuk digayakan. Minggu ini ruangan Trend menampilkan pakaian yang sering dipakai oleh pemain papan selaju atau skaters untuk digayakan ketika keluar bertemu rakan-rakan. Koleksi pakaian PK Apparel, satu jenama tempatan yang kian meningkat naik kerana rekaan dan corak kemeja-T mereka yang dekat dengan anak muda pada waktu ini. PK Apparel bukan sahaja mengeluarkan kemeja-T, bahkan baju sejuk 'hoodie', topi snapback dan beberapa aksesori lain. Jom kita lihat gaya ringkas untuk lelaki yang sesuai dipadankan dengan apa jua aktiviti seharian mereka. - AMIRUL/NOORADZRENE MOHD. NOOR |
Jaga keselamatan ketika banjir Posted: 07 Dec 2013 04:35 AM PST Soal keselamatan perlu dititikberatkan ketika dilanda bencana banjir, buat persediaan awal dan ikut arahan pihak berkuasa demi kebaikan masing-masing. - GAMBAR HIASAN SEBAHAGIAN besar masyarakat kita sudah pasti terasa sedih apabila menerima khabar beberapa negeri sudah dilanda banjir besar dan memerlukan bantuan dari seluruh negara. Di negeri yang sudah dilanda banjir, bantuan sedang disalurkan. Tetapi soal yang tidak kurang penting adalah negeri-negeri lain perlu membuat persediaan awal sekiranya tempat tinggal anda pula dilanda banjir. Bencana berkenaan tidak boleh dielakkan tetapi persediaan awal yang dilaksanakan boleh menjamin keselamatan harta benda serta nyawa ahli keluarga. Pelbagai kesan buruk yang perlu kita ketahui agar mudah untuk kita mengelak bahaya yang mungkin terkena kepada kita. Antaranya adalah pencemaran bekalan air bersih yang sememangnya sumber terpenting yang kita perlukan. Pastikan anda mempunyai bekalan yang mencukupi serta elakkan untuk minum air yang tidak bersih. Hal ini termasuk bekalan makanan yang turut menjadi keperluan utama. Anda tidak digalakkan makan sayur-sayuran kerana dikhuatiri sudah tercemar dengan banjir. Pelbagai kesan buruk boleh dihidapi oleh mereka yang makan sayuran yang rosak seperti keracunan. Selain itu, banjir juga akan mengakibatkan kerosakan fizikal dan struktur bangunan serta bukit berdekatan kawasan tempat tinggal anda. Elakkan pergi ke kawasan berkenaan kerana kejadian struktur atau tanah runtuh boleh berlaku. Perkara terpenting adalah lakukan persediaan awal, selamatkan dokumen penting dan terus mengikut arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. AZRIN MUHAMMAD Kuala Lumpur |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |