Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Gincu punca kegagalan jantung? Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Soalan: SALAM doktor. Saya pernah terbaca satu artikel tentang bahaya gincu. Artikel tersebut mengatakan gincu antara punca kegagalan jantung. Benarkah gincu berbahaya kepada wanita? Apakah sebenarnya punca penyakit jantung? Salmah, Johor. Jawapan Saya kurang pasti dengan kenyataan tersebut. Apa yang saya tahu, isu gincu berkaitan kandungan plumbum dalam produk berkenaan. Semakin tinggi kandungan plumbum, semakin tinggi risiko mendapat kanser. Saya juga pernah terbaca artikel yang dimaksudkan. Artikel ini hanya satu eksperimen terpencil yang dilakukan oleh para penyelidik Jabatan Kesihatan Awam di Universiti California-Berkeley berkenaan kandungan kimia di dalam gincu. Penyelidik melakukan kajian terhadap tikus dan mendapati tikus yang terdedah kepada bahan kimia itu mengalami gangguan otak sekali gus membawa kepada kegagalan jantung dan fungsi otot. Bagaimanapun kajian tersebut tidak menceritakan dengan terperinci tatacara kajian sebenarnya yang telah dilakukan ke atas tikus-tikus tersebut. Kita tidak boleh membuat sesuatu kesimpulan yang muktamad berkenaan sesuatu perkara jika kurang jelas. Perkara ini perlu dikaji dengan terperinci. Punca penyakit jantung Penyebab penyakit jantung pada umumnya adalah akibat gaya hidup yang kurang sihat. Stigma masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu. Ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan sukar dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama sahaja di antara lelaki dan wanita. Wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat sedikit berbanding lelaki. Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki kerana mereka dilindungi aras hormon estrogen yang tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelak daripada diserang penyakit itu. Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik lelaki atau wanita. Namun faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung adalah diabetes mellitus yang menjadi 'ibu' kepada penyakit kardiovaskular. Punca utama penyakit jantung dalam kalangan wanita adalah usia seseorang wanita itu. Wanita yang telah menopaus berisiko lebih tinggi mengalami sakit jantung berbanding wanita muda. Punca lain adalah aras kolesterol berlebihan, tekanan darah tinggi, merokok, gaya hidup di bawah tekanan tinggi, lemak badan berlebihan dan mempunyai ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter. Punca lain meningkatkan risiko sakit jantung adalah kurang bersenam, kencing manis atau sejarah keluarga dengan masalah jantung. Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada. Wanita lebih berwaspada terhadap kanser payudara dan kanser serviks hingga kurang mengambil berat tentang kesihatan jantung walhal punca kematian akibat penyakit jantung 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding akibat kanser di kalangan wanita. |
Posted: 01 Dec 2013 05:13 AM PST CUBA anda raba di tepi mata atau di bawah leher. Mungkin anda akan perasan terdapat biji-biji kecil atau bagi sesetengah orang dipanggil kutil. Hendak dikatakan jerawat bukan pula kerana jerawat akan kering dan tertanggal. Tetapi yang ini terus kekal dan kemungkinan boleh membesar. Kutil, bebola minyak atau tahi lalat hidup, boleh membesar jika tidak dibuang segera atau dirawat. Kadang-kala ini boleh mencacatkan penampilan. Bedak yang disapu pada wajah mungkin dapat menutup untuk sementara waktu sahaja. Apabila wajah dibersihkan ia kelihatan begitu ketara. Tahi lalat Tahi lalat akan berada di mana-mana bahagian badan sama ada tahi lalat hidup atau tahi lalat mati. Yang membezakan tahi lalat hidup dan tahi lalat mati ialah biasanya tahi lalat hidup akan kelihatan timbul, atau jika tahi lalat itu tidak timbul tapi bila dirasa dengan jari akan terasa timbul daripada bahagian yang tiada tahi lalat. Tahi lalat hidup boleh membesar jika dibiarkan tanpa rawatan. Tahi lalat mati akan berada dalam keadaan yang merata tanpa pembesaran dan akan berkeadaan sama sampai bila-bila. Tahi lalat yang berada di muka terutama yang tumbuh di bahagian pipi sekadar satu, tidak menjadi masalah kerana pendapat umum mengatakan ia sebagai pemanis kepada yang empunya badan dan tidak perlu di buang. Bagi tahi lalat yang tumbuh di merata bahagian badan membuatkan empunya diri merasa tidak selesa dan ingin membuangnya. Kutil, bebola minyak Kutil pula selalunya akan timbul berupa biji-biji kecil terutama di sekitar bahagian leher, jika tidak dirawat kutil ini akan membesar dan lebih parah lagi akan tumbuh secara berjuntaian. Bebola minyak atau kelestrol pula kebiasaannya akan tumbuh di sekitar bawah mata atau di kelopak mata yang boleh mencacatkan penampilan seseorang dan membuatkan sesiapa yang mempunyai masalah ini berasa rendah diri dan kelihatan kurang menarik. Masalah kutil dan kelestrol ini puratanya terjadi kepada yang berumur 30 tahun ke atas. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan menjaga luaran kulit iaitu mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan pencuci muka yang bersesuaian sebelum tidur, kurangkan pemakanan yang berlemak, bersantan atau berminyak. Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan buah-buahan, sayuran serta ulaman yang jika diamalkan akan menjauhkan permasalahan bebola minyak dan kutil dan menjadikan awet muda juga menjauhkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Menyedari ketiga-tiga masalah tersebut, Rusminah Hamid, 54, yang telah menjadi pakar kecantikan, juruestetik dan juruterapi estetik selama 28 tahun mengeluarkan produk set membuang tahi lalat yang diberi nama Klasik Indah (Removing Mole Set). Produk ini telah berada di pasaran sejak 2008 dan sehingga kini banyak menolong menyelesaikan permasalah tersebut. Menurutnya, getah gajus yang digunakan dalam rawatan ini telah diketahui sejak zaman dahulu amat berkesan untuk merawat masalah tahi lalat, kutil dan bebola minyak. Set ini mengandungi tiga produk iaitu penyegar rawatan (toner), krim menghilangkan mole dan krim pemulih. Menariknya, putik kapas dan lidi penggores turut disediakan semasa rawatan. Penyegar yang digunakan pada rawatan yang pertama berfungsi untuk melembutkan kulit yang hendak dirawat. Krim menghilangkan mole pula berfungsi untuk membuang tahi lalat, kutil atau bebola minyak yang hendak dirawat manakala krim pemulih untuk memulihkan semula kulit yang telah dirawat seandainya terdapat parut apabila tahi lalat, kutil atau bebola minyak itu sudah hilang. Rawatan ini memakan masa selama 15 minit dan hanya digunakan pada hari pertama. Rangkaian produk ini berharga RM159 untuk Semenanjung Malaysia dan RM169 untuk Sabah dan Sarawak. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |