{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


400 kanak-kanak berkhatan

Posted: 01 Dec 2013 10:06 AM PST

Oleh NORLIA RAMLI
uusankedah@utusan.com.my

ABDUL Azeez Abdul Rahim meninjau proses berkhatan yang dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Baling, Kedah, semalam.

BALING 1 Dis. - Pasangan kembar dan seorang kurang upaya antara 400 kanak-kanak yang menyertai Majlis Berkhatan Perdana di Dewan Kompleks Rakan Muda Baling di sini semalam.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, majlis berkenaan dikendalikan oleh 30 doktor pakar dari Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga miskin mendapatkan perkhidmatan tersebut.

"Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling yang telah menjadi amalan setiap tahun.

"Ini adalah tahun ke-13 diadakan program ini, walaupun sebelum ini diuruskan oleh UMNO Bahagian Baling, tetapi kali ini Parlimen Baling pula yang melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas majlis itu, di sini semalam.

Abdul Azeez berkata, program seumpama itu dapat membantu meringankan beban ibu bapa mereka daripada mengeluarkan perbelanjaan perubatan sama ada di hospital ataupun klinik-klinik swasta.

Selain itu katanya, pasukan doktor pakar yang berkhidmat juga adalah terlatih dengan dilengkapi pelbagai alatan rawatan canggih.

"Perkhidmatan mudim pun disediakan untuk memberi laluan kepada waris sekiranya mereka inginkan perkhidmatan tradisional untuk anak-anak," katanya.

Pasangan kembar, Ahmad Faizul Fadzil dan Ahmad Faizal Fadzil, 7, berasa teruja untuk bersama berkhatan secara beramai-ramai bersama rakan-rakan yang berusia antara enam hingga 15 tahun.

"Saya rasa seronok dan tidak takut untuk berkhatan, adik saya pun tidak sabar menunggu giliran untuk berkhatan," kata Ahmad Fadzil.

Sementara itu, Rohaida Hassan, 32, dari Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil berkata, program itu memberi peluang untuk anaknya Mohd. Haris Mohamad, 7, yang cacat sejak berumur enam bulan untuk berkhatan.

"Saya rasa gembira kerana Mohd. Haris tidak menangis ketika dikhatankan dan alhamdulillah semuanya selamat," kata Rohaida sambil mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Baling yang tidak henti-henti membuat kebajikan kepada rakyat di daerah ini.

'Dulu mak nyah, kini berubah'

Posted: 01 Dec 2013 10:06 AM PST

MOHD. Khariri Ramli berkongsi pengalamannya dengan kakitangan dan penuntut Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dalam program 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah' di Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

PULAU PINANG 1 Dis. - Terdesak untuk mendapatkan sesuap nasi selepas tiga hari mengalas perut dengan meminum air paip, Mohd. Khariri Ramli sanggup melacurkan diri dan menerima bayaran sebanyak RM30.

Semuanya bermula selepas Khariri yang lebih dikenali dengan nama Erin melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan dicerca dan difitnah oleh orang kampungnya di Ipoh, Perak ketika berusia 18 tahun.

Gara-gara perwatakannya yang menyerupai wanita serta lebih gemar memakai skirt atau baju kurung berbanding pakaian lelaki, membuatkan Khariri seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.

Menurutnya, dia terjebak dalam dunia mak nyah selepas berasakan hormon wanita melebihi hormon lelaki di dalam tubuhnya menyebabkan dia mula mengambil pil perangsang dan menambah hormon.

"Lebih 10 tahun saya terlibat dalam dunia mak nyah malah sering bertukar teman lelaki serta mengambil hormon perangsang untuk membentuk payu dara serta menambah kecantikan tubuh serta wajah.

"Malah saya juga memiliki lima teman lelaki yang sering menjadi teman ketika kesunyian serta ada yang menjadi 'suami' saya hampir lima tahun," katanya yang kini telah berubah dan bertugas sebagai seorang pendidik di Klang, Selangor.

Khariri berkata demikian ketika berkongsi pengalamannya dalam program 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah" di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini kelmarin.

Tambahnya, bagi mengekalkan 'kewanitaannya', dia sanggup membelanjakan hampir ratusan ribu ringgit untuk mengambil hormon serta melakukan suntikan mencantikkan wajah di Thailand.

Akibat keadaannya juga, jelas Khariri, dia tidak dapat menghadiri majlis pengebumian bapanya kerana terlalu malu dengan orang kampung yang sering mengejinya.

"Saya mula berubah apabila melanjutkan pengajian ke Institut Perguruan Tuanku Bainun di Bukit Mertajam malah pernah merangkul anugerah pelatih terbaik.

"Kini saya lebih bahagia menjadi guru selain menjadi perunding bagi golongan mak nyah agar mereka kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama masyarakat," ujarnya.

Dalam pada itu, Khariri tidak menafikan kurangnya kawalan daripada pihak berkuasa menyebabkan pil hormon mudah dibeli di farmasi biarpun dilabelkan sebagai ubat terkawal.

Selain itu jelasnya, generasi muda mudah terpengaruh dengan gejala seks songsang serta terjebak dengan kumpulan pejuang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana kurangnya kasih sayang keluarga.

KBSSA tawar bantu golongan susah

Posted: 01 Dec 2013 10:06 AM PST

ZULKIFLI Darus (depan, kanan) melawat Che Asan Wan Mat (terbaring) di rumahnya di Kampung Permatang Tok Bidan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

TASEK GELUGOR 1 Dis. - Tugas membantu golongan kurang berkemampuan bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan dan wakil rakyat semata-mata sebaliknya harus dikongsi bersama seluruh anggota masyarakat.

Menyedari tanggungjawab ini, Kelab Kepala Batas Secondary School Alumni (KBSSA) tampil menawarkan bantuan untuk meringankan beban golongan berkenaan.

Baru-baru ini, Presiden KBSSA, Datuk Zulkifli Darus dan beberapa ahli jawatankuasanya mengunjungi seorang ahli kelab tersebut, Che Asan Wan Mat, 56, yang menderita penyakit diabetes sejak empat tahun lalu di rumahnya di Kampung Permatang Tok Bidan di sini.

"Kita tidak pernah mengabaikan ahli yang diketahui berada dalam keadaan susah dan perlukan perhatian seperti tidak dapat bergerak kerana menghidap penyakit tertentu.

"Kelab kita bukan hanya bertujuan mengumpul ahli semata-mata tetapi ditubuhkan untuk membantu ahli yang mempunyai masalah," katanya.

Selain bertanya khabar, rombongan berkenaan turut menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur, lampin pakai buang, wang tunai dan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan pesakit.

Che Asan kini dijaga ibunya selepas kematian isteri 15 tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan yang mengalami masalah mental.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat