{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


TMM 2014 sasar pasaran baharu

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014 menyasarkan kehadiran pelancong pada tahun depan daripada negara-negara pasaran baharu termasuk Rusia, Kazakhstan serta negara-negara benua Eropah.

Pengurus Besarnya, Nor Yahati Awang berkata, pihaknya telah giat menjalankan promosi mengedarkan risalah mengenai Malaysia ke seluruh dunia bagi mencapai sasaran 28 juta pelancong pada tahun hadapan.

"Kita tetap kekalkan sasaran kepada pelancong dari negara-negara ASEAN, China dan India tetapi apa yang menjadi harapan kami adalah pelancong-pelancong dapat berbelanja dan tinggal lebih lama di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2014 di Istana Budaya di sini, hari ini.

Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi itu turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Dalam pada itu, Nor Yahati juga mempelawa orang ramai untuk memeriahkan majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Merdeka pada 4 Januari depan.

Berhubung kebimbangan mengenai pihak tertentu berhasrat mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, Nor Yahati yakin pihak keselamatan dapat mengendalikan perkara itu dengan baik.

"Malaysia dikenali sebagai negara yang aman untuk dilawati, perkara ini yang menjadi antara tarikan utama pelancongan di Malaysia," katanya.

Istana Budaya kenakan deposit elak syarikat produksi batal persembahan

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

ab. Ghaffar A. Tambi (kiri) beramah mesra bersama sebahagian artis, penari dan pemuzik pada majlis pelancaran Program Istana Budaya 2014 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Syarikat-syarikat produksi yang hendak membuat persembahan di Istana Budaya perlu membayar deposit untuk memastikan persembahan yang dijadualkan tidak dibatalkan sewenang-wenangnya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, langkah itu dilakukan bagi menjaga kredibiliti dan nama baik Istana Budaya yang mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

"Langkah ini agar syarikat produksi menepati penjadualan yang ditetapkan oleh Istana Budaya, apabila mereka bersetuju membuat persembahan, maka mereka harus membayar deposit sebagai ikatan dan tidak tarik diri dengan mudah apabila tidak mendapat penajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab. Ghaffar A. Tambi sempena majlis Pelancaran Program Istana Budaya 2014 di Istana Budaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani dan Pengurus Besar Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Nor Yahati Awang.

Menurut Mohamed Nazri, Istana Budaya telah mengadakan 22 persembahan pada 2012, yang berjaya menarik kehadiran 126,000 penonton dan kutipan sebanyak RM8.3 juta.

"Bagi 2013, kutipan daripada 33 persembahan yang diadakan sehingga pertengahan Disember ini adalah RM9 juta dan dijangka menjadi RM9.3 juta menerusi teater Bahayanya Wanita yang sedang dipersembahkan," katanya.

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, beliau berharap Istana Budaya akan menyajikan persembahan muzik, teater dan seni tari yang bukan sahaja menarik rakyat tempatan malah pelancong asing.

"Setelah diteliti perkembangan, jumlah kehadiran penonton dan jualan tiket terus meningkat untuk persembahan antarabangsa, tanggapan masyarakat terhadap luar negara tampaknya begitu tinggi," katanya.

Beliau juga berharap Istana Budaya dapat menarik lebih ramai kehadiran penonton generasi muda untuk mencintai seni teater dan mewarisi khazanah seni budaya negara.

Industri makanan tarik pelancong

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Industri makanan mampu menjadi penyumbang kepada sektor pelancongan bagi membantu mencapai sasaran 28 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, industri makanan penting sebagai salah satu kaedah bagi mempromosikan negara ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, Malaysia bukan sahaja terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan ikonik, malah memiliki tarikan dalam industri makanan dan minuman.

"Produk makanan telah menjadi tarikan kepada pelancong apabila terdapat pengunjung yang melawat negara ini berulang kali disebabkan tertarik dengan keenakan makanannya.

"Oleh itu, saya berharap agar industri makanan kita akan terus mencapai kemajuan besar setiap tahun dan hasrat menembusi pasaran luar negara akan dicapai bukan sahaja melalui kesungguhan usaha, malah dengan keunikan tersendiri," katanya.

Katanya lagi, industri pelancongan merupakan salah satu sektor penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Tahun lalu, kita telah menarik seramai 25 juta pelancong dengan meraih pendapatan sebanyak RM60.6 bilion sehingga meletakkan Malaysia negara ke-10 paling ramai dilawati,'' katanya dalam majlis Pembukaan Pesta Makanan Restoran dan Pertandingan Memasak 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat