{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


1,400 mayat mangsa Taufan Haiyan masih belum ditanam

Posted: 28 Dec 2013 09:22 AM PST

TACLOBAN, Filipina 29 Dis. - Lebih daripada seribu mayat mangsa kejadian Taufan Haiyan masih lagi tidak ditanam sehingga semalam, selepas tujuh minggu kejadian yang disifatkan sebagai `ribut paling dasyat pernah melanda negara ini berlaku.

Kira-kira 1,400 mayat yang dibungkus dengan plastik terbaring di atas padang berlumpur sambil dihinggapi lalat di San Isidro, perkampungan pertanian yang terletak di pinggir bandar Tacloban.

"Bau busuk yang terhasil daripada mayat tersebut menganggu kehidupan, sehingga memaksa kami menggunakan topeng muka ketika mahu tidur, kata seorang penduduk tempatan, Maritess Pedrosa.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan, angka korban Taufan Haiyan setakat ini berjumlah 6,111 orang dengan 1,779 orang lagi masih hilang. - AFP

Reaktor nuklear Iran tidak mampu hasilkan plutonium untuk persenjataan

Posted: 28 Dec 2013 09:20 AM PST

TEHERAN 29 Dis. - Reaktor nuklear Iran di Arak tidak berupaya menghasilkan plutonium bagi membangunkan senjata nuklear, kata Ketua Nuklear Iran, Ali Akbar Salehi.

"Reaktor penyelidikan Arak tidak boleh menghasilkan plutonium yang diperlukan untuk membina bom atom, selepas bahan tersebut akan berada di dalam teras reaktor selama setahun.

"Plutonium yang digunakan untuk membuat senjata, tidak boleh berada di dalam reaktor lebih daripada tiga atau empat minggu kerana ia akan menghasilkan beberapa elemen lain yang boleh menghalangnya daripada digunakan bagi tujuan ketenteraan, katanya kepada agensi berita ISNA.

Di bawah persetujuan sementara yang dicapai pada 24 November lalu, Iran akan mengawal program nuklearnya sebagai pertukaran kepada pengurangan sekatan yang menjejaskan ekonomi negara itu. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat