{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Stacy, Akim sedia berkahwin

Posted: 28 Dec 2013 02:02 AM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Bekas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stacy mengakui dia dan Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim, kini sedang hangat bercinta dan bersedia berkahwin.

Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata, dia juga semakin tertarik mendalami Islam dan mengagumi agama itu.

"Saya percaya jodoh terletak di tangan Tuhan. Saya memang rapat dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana dia (Akim) ataupun sebab lain. Selama ini, saya banyak bergaul dengan kawan beragama Islam.

"Tidak dinafikan susah melawan gaya kehidupan orang Islam yang bagus. Apatah lagi, agama Islam dan Kristian mempunyai sedikit persamaan. Contohnya daripada segi nama kalau Kristian panggil nama Abraham dan dalam Islam namanya ialah Ibrahim. Begitu juga dengan perkara lain," katanya dalam sidang akhbar di Mutiara Damansara di sini semalam. - UTUSAN ONLINE

Serasi bersama

Posted: 28 Dec 2013 04:44 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM

PERTAMA kali keluar bermain boling, pasangan ini nampak mesra dan serasi bersama.

PERMAINAN boling mungkin nampak mudah kerana hanya perlu membaling sebiji bola untuk menjatuhkan 10 pin di hujung lorong.

Bagaimanapun hakikat sebenar, sukan ini memerlukan lebih banyak konsentrasi berbanding sukan-sukan lain. Kemahiran membaling juga sangat penting.

Bagi dua pelakon muda, Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli, sukan boling dijadikan sebagai pilihan untuk beriadah di hujung minggu.

Dalam kesibukan mereka sebagai seorang pelakon, Dazrin, 25, yang turut memiliki kebolehan untuk mengacara tetap tidak melupakan masa lapangnya walaupun sudah bertunang dengan kekasih hati, Amyra, 22.

Bertempat di Superbowl Ampang Point, Ampang, Selangor baru-baru ini, S3 berkesempatan meluangkan masa bersama pasangan bertunang ini.

Walaupun pertama kali keluar bersama untuk bersukan, pasangan ini tampak sungguh selesa dan serasi apabila tiba giliran masing-masing untuk membaling.

Kemesraan jelas antara mereka apabila Dazrin dilihat begitu prihatin membalut tangan Amyra yang kesakitan akibat lontaran bola boling.

Akui mereka, sukan tersebut bukan sahaja menyihatkan badan, malah turut merapatkan hubungan mereka sebagai tunang.

Memandangkan tunang saya (Amyra) juga sibuk dengan penggambaran, maka aktiviti sebegini sememangnya menjadi pilihan kerana ia dapat merapatkan lagi hubungan kami sebelum bergelar suami isteri.

Lagi pun aktiviti riadah yang dilakukan ini memang menyihatkan. Sekurang-kurangnya, keluar jugalah peluh," kata Dazrin.

Dilarang keluarga

Pernah dipilih untuk meneruskan pengajian di sekolah sukan sehingga mewakili negeri Melaka untuk bermain boling, Dazrin sebenarnya terpaksa melupakan niat itu kerana ditegah oleh keluarga.

Menurutnya, sukan boling sudah menjadi aktiviti mingguan sekeluarga sejak dia di bangku sekolah lagi.

Sejak tahun 2002, saya memang aktif bermain boling. Saya pernah mewakili Melaka ketika sekolah menengah dan dipilih untuk belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Tetapi keluarga melarang dan mereka nasihatkan saya supaya lebih fokus kepada akademik daripada bersukan walaupun tahu saya aktif dalam pelbagai sukan. Saya memberontak apabila dilarang keluarga.

Apa yang membakar semangat saya untuk terus bermain boling ialah keseronokan setiap kali mendapat markah tinggi dan berjaya mengalahkan pemain lain," katanya yang pernah mengalami kecederaan semasa di universiti.

Oleh kerana itu, pada tahun 2009, doktor menasihatkannya supaya tidak mengangkat benda berat.

Tambah Dazrin, ketika berada di Amerika Syarikat, dia juga pernah menjadi jurulatih kepada kanak-kanak di sana.

Dazrin belanja besar

Dalam permainan boling, bola dan kasut adalah aksesori yang paling penting.

Permukaan lantai boling licin. Tidak semua kasut sesuai digunakan kerana pemain mungkin akan jatuh. Sebab itu, setiap pemain diwajibkan memakai kasut khas yang disediakan di pusat-pusat boling jika tidak membawa kasut sendiri.

Bola juga penting. Di pusat boling mereka ada menyediakan bola tetapi tidak semua orang sesuai dengan bola tersebut. Terutamanya dari segi berat, saiz dan jarak lubang," kata pengacara program Planet Joget.

Sebab itu, Dazrin menganggap boling adalah sukan paling mahal kerana dia membeli bola sendiri dan lubangnya ditebuk mengikut kesesuaian tangannya.

Rasanya saya akan membelanjakan sehingga RM6,000 untuk bermain boling. Kasut sahaja sudah bernilai RM700. Kos itu belum termasuk lorong yang digunakan untuk bermain.

Saya juga mempunyai tujuh koleksi bola tetapi satu biji bola sudah pecah," ujar Dazrin.

Untuk mendapat balingan yang memuaskan, Dazrin memberitahu pemain harus tahu seimbangkan badan untuk membaling bola.

Ketika bola dilepaskan dari tangan, kita perlu fokus arah balingan bola itu dan tahu ke mana arah ia akan bergolek," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat