{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rencana

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rencana


Guling kerajaan kesalahan besar

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

Shamrahayu A. Aziz

TIADA siapa dapat memberi jaminan keamanan dapat dikekalkan dalam setiap perhimpunan haram. Gambar kiri para perusuh menterbalikkan kereta polis ketika dalam salah satu himpunan Bersih manakala gambar kanan perusuh merosakkan kenderaan awam ketika rakyat merusuh menolak kepimpinan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi.

PERHIMPUNAN yang dijangka berlangsung pada malam 31 Disember ini dijaja sebagai satu perhimpunan bagi menyatakan protes kepada kerajaan tentang peningkatan kos sara hidup. Protes ini juga dikatakan bertujuan mengingatkan kerajaan kepada janji dan manifesto pilihan raya lalu. Ia juga dikaitkan dengan ketirisan dan penyelewengan dalam hal urus tadbir negara.

Hakikatnya, perkara berkaitan kos sara hidup serta ketirisan dan penyelewengan sudah tentu menjadi perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak. Namun begitu, protes seperti ini atau lebih tepat lagi dalam bahasa undang-undang, 'protes jalanan' adalah perbuatan melanggar undang-undang.

Menurut peruntukan Akta Perhimpunan Aman 2012, 'protes jalanan' ditafsirkan sebagai "Suatu perhimpunan terbuka yang bermula dengan suatu perjumpaan di tempat yang ditentukan yang melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-tujuan tertentu".

Protes jalanan diharamkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan peruntukan seksyen 4(2), yang menyatakan, "Seseorang melakukan suatu kesalahan jika(c) dia menganjurkan atau menyertai satu protes jalanan". Seseorang yang didapati bersalah atas pertuduhan menganjurkan atau menyertai protes jalanan ini boleh dihukum denda sehingga RM10,000. Hukuman ini disebut dalam Seksyen 4(3) Akta Perhimpunan Aman tersebut.

Perhimpunan aman yang dibenarkan oleh Akta Perhimpunan Aman hendaklah mempunyai penganjur. Kehendak undang-undang ini mempunyai logik dan kepentingan tertentu. Seperti dinyatakan oleh akta ini, penganjur hendaklah bertanggungjawab dalam banyak perkara yang dijelaskan oleh seksyen-seksyen 9, 10, 11, 12, dan 13 Akta Perhimpunan Aman. Antara lain, tanggungjawabnya membuat pemberitahuan tentang perhimpunan kepada pihak polis dan mendapatkan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan bagi tujuan perhimpunan itu. Logiknya, segala urusan berkaitan perhimpunan dan peserta mudah diurus dan ada pihak yang mengambil tanggungjawab sekiranya berlaku kesulitan.

Sekiranya tiada pihak yang mahu mengambil tanggungjawab penganjuran, kita boleh lihat ketidakmatangan pihak yang berkempen mengajak rakyat membuat protes. Sekiranya tiada pihak yang mengaku atau mengambil tanggungjawab sebagai penganjur kepada perhimpunan yang tiada pemberitahuan di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa, seperti polis, boleh membuat anggapan bahawa mereka yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan adalah penganjur kepada perhimpunan. Setakat ini Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dikait rapat dengan protes 31 Disember ini. Maka TURUN boleh dianggap sebagai penganjur kepada protes ini.

Dalam suatu perhimpunan aman, penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan polis atau pihak berkuasa tempatan serta pemilik premis di mana perhimpunan itu dilakukan. Peserta dan mereka yang bertanggungjawab menyebar kempen protes ini tidak boleh menuntut kerjasama polis atau pihak berkuasa tempatan sahaja. Dalam undang-undang, mereka juga dituntut untuk bekerjasama.

Mengajak

Sekiranya pihak yang mengajak orang ramai turun menyertai protes jalanan ini bersikap bertanggungjawab maka mereka hendaklah mengambil tanggungjawab berkenaan penganjurannya juga. Inilah yang kita namakan kematangan dalam melaksanakan hak berhimpun. Mereka tidak boleh meletakkan tanggungjawab berkenaan perhimpunan ini ke atas pihak berkuasa seperti polis dan Dewan Bandaraya atau peserta semata-mata.

Inspirasi Akta Perhimpunan Aman adalah untuk meletakkan tanggungjawab kepada penganjur dan peserta perhimpunan, bukan kepada pasukan polis. Pihak polis hanya menjadi pemudah cara dalam perjalanan perhimpunan tersebut. Sekiranya mereka yang berkempen mengajak orang ramai turun dan menyertai protes jalanan ini enggan mengambil tanggungjawab sebagai penganjur, maka kredibiliti dan sikap bertanggungjawab mereka juga boleh dipersoal.

Seperkara lain yang menjadi persoalan adalah keikhlasan protes ini. Adakah ia benar-benar untuk rakyat atau ada dalang atau tujuan lain di sebalik penganjurannya? Persoalan ini timbul kerana ramai juga yang melihat bahawa protes jalanan ini mempunyai agenda menentang kerajaan dengan cara bercanggah dengan demokrasi atau bercanggah dengan perhimpunan aman yang dibenarkan oleh undang-undang dan sistem demokrasi kita. Keengganan TURUN, yang dikaitkan dengan penganjuran protes ini untuk mengambil tanggungjawab penganjuran dan meletakkannya kepada peserta menjadi tanda tanya; adakah ada dalang lain di sebalik penganjurannya? Sekiranya TURUN menghormati sistem demokrasi dan mendaulatkan undang-undang, maka peruntukan akta dan undang-undang berkaitan perhimpunan hendaklah dipatuhi. Ambillah tanggungjawab sebagai penganjur.

Kita perlu tahu, sekiranya protes ini boleh ditafsirkan sebagai satu aktiviti yang boleh meletakkan sistem demokrasi dalam bahaya, maka pihak penganjur dan peserta perlu mengambil perhatian tentang kedudukan undang-undang jenayah mengenai kesalahan terhadap negara. Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan, "Barang siapa, dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun". Cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen juga satu kesalahan. Ini disebut dalam Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Oleh itu, sekiranya protes jalanan 31 Disember ini dikaitkan dengan Himpunan Guling Kerajaan yang pernah disebarkan dahulu, perhatian serius hendaklah diberikan oleh peserta dan juga TURUN kepada peruntukan Kanun Keseksaan ini kerana ia perbuatan atau aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Secara umumnya perhimpunan aman yang dikelaskan sebagai 'kebebasan asasi' dan menjadi milik atau hak rakyat dan seterusnya diterima sebagai perhimpunan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang adalah perhimpunan yang menepati kehendak undang-undang. Jika perhimpunan itu bercanggah dengan undang-undang maka ia bukan lagi menjadi suatu hak yang boleh dituntut.

Protes jalanan bukan jalan terbaik menangani masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat. Pendekatan protes jalanan seperti ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sekiranya rakyat mahukan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup, salurkan penyelesaian kepada masalah itu, bukan membuat masalah lain yang bukan sahaja tidak boleh menjamin penyelesaian, bahkan menambahkan lagi masalah sedia ada.

Tindakan rugikan negara

Posted: 28 Dec 2013 09:32 AM PST

SABAN tahun tidak timbul sebarang masalah tatkala malam tahun baru tiba. Namun tahun ini dikatakan suasana bakal berubah. Apatah lagi banyak diperkatakan akan berlangsung satu perarakan haram, Himpunan Gulingkan Kerajaan pada ambang tahun baru itu.

Walaupun pihak pembangkang cuba menafikan penglibatan mereka tetapi tindakan ini tidak ubah seperti cubaan 'menutup bangkai gajah dengan nyiru'.

Amat malang apabila segelintir pihak tidak mengambil iktibar daripada insiden yang berlaku di beberapa negara yang pernah menganjurkan perhimpunan serupa atas tujuan sama tetapi tidak mampu pun mengubah apa-apa sebaliknya hanya membawa negara kepada huru-hara.

Wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID mewawancara Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) DR. AZMI HASSAN bagi memperkatakan isu ini.

Beliau berpendapat agak malang kerana insiden yang berlaku di negara jiran Thailand dan Mesir gagal membuka mata masyarakat bahawa perhimpunan seumpama itu hanya memburukkan lagi keadaan dan mengundang campur tangan asing.

MINGGUAN: Apakah melalui usaha menukar kerajaan menerusi perhimpunan, mampu memberi sebarang jaminan bahawa kerajaan dan kehidupan yang lebih baik mampu diwujudkan

AZMI: Begitu banyak contoh yang dapat dinyatakan jika sebuah kerajaan dijatuhkan melalui proses paksaan dan ugutan yang dilakukan melalui perhimpunan dan rusuhan, kestabilan dan keamanan yang diharapkan tercapai tidak akan menjadi realiti. Gambaran paling ekstrem adalah jika sebuah kerajaan yang dipimpin oleh diktator digulingkan melalui proses kekerasan seperti yang telah menimpa Libya atau Iraq, kedua-dua negara ini didapati begitu sukar mengecapi keamanan kerana kumpulan yang berseteru akan sentiasa bertelagah. Malapetaka yang sedang melanda Turki, Ukraine dan Sudan Selatan ketika ini juga adalah tidak lebih daripada cita-cita satu kumpulan untuk menggulingkan kerajaan yang sah dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang atau perlembagaan.

Kelihatan pihak yang merancang menggulingkan kerajaan cuba mengambil kesempatan atas emosi rakyat yang agak marah dengan beberapa isu.

AZMI: Apa yang berlaku di Thailand seolah-olah menggambarkan hampir seluruh rakyat Thailand memberontak terhadap kerajaan Yingluck kerana perhimpunan dan rusuhan yang memberikan gambaran tersebut. Sedangkan hakikatnya senario tersebut hanya berkisar di kalangan penduduk di ibu kota Bangkok sahaja. Serupa juga di Malaysia, perhimpunan 31 Disember cuba digambarkan sebagai kemarahan rakyat terhadap isu tertentu dan seterusnya dijadikan dalil untuk menggulingkan kerajaan. Masyarakat antarabangsa memandang sinis terhadap penunjuk perasaan Thailand kerana pada asasnya mereka ingin menubuhkan kerajaan tetapi tidak mahu melalui proses demokrasi yakni pilihan raya. Begitu juga dangkalnya penganjur perhimpunan 31 Disember kerana telah dipergunakan oleh parti politik tertentu dengan menggunakan alasan kemarahan rakyat tetapi sebenarnya ingin menubuhkan kerajaan melalui proses yang tidak sah.

Melihat kepada apa yang berlaku di Mesir dan Thailand misalnya ternyata usaha menggulingkan kerajaan gagal membuahkan hasil yang diharapkan. Tidakkah perkara sama juga akan berulang jika berlaku di Malaysia?

AZMI: Senario menggulingkan kerajaan yang cuba dilakukan di Malaysia adalah begitu mirip dengan apa yang sedang berlaku di Mesir dan Thailand. Kerajaan Presiden Mohamed Morsi dan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra adalah satu kerajaan yang dibentuk setelah melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya. Walaupun kerajaan Morsi telah berjaya digulingkan tetapi Mesir masih berdepan dengan keadaan yang tidak menentu kerana pengikut kerajaan yang digulingkan telah bertindak mengambil pendekatan yang serupa oleh kumpulan yang menjatuhkan kerajaan Morsi.

Begitu juga dengan Thailand, keadaan pasti akan menjadi lebih buruk jika penyokong Yingluck mengambil pendekatan yang serupa iaitu mengadakan perhimpunan. Tetapi apa yang pasti adalah walaupun Morsi sudah tiada dan kerajaan Yingluck telah dibubarkan, keadaan di Mesir dan Thailand menjadi bertambah buruk dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran kerana suasana aman dalam negara tidak akan kekal jika dibiarkan pertukaran kerajaan dilakukan secara paksaan.

Menyorot kembali peristiwa di Thailand misalnya ia hanya mewujudkan kebencian dan permusuhan keterlaluan supaya kedua-dua pihak bertelagah akan terus bermusuhan dan merugikan negara. Bagaimana Dr. melihat perkara ini?

AZMI: Paling mengaibkan sekali, walaupun kerajaan Yingluck telah dibentuk melalui proses demokrasi yang sah dengan memperolehi majoriti di Parlimen, anehnya kumpulan yang berdemonstrasi menggunakan dalil bahawa rakyat Thai yang menyokong Yingluck tidak mampu membuat pilihan yang betul. Timbul permusuhan di antara kumpulan penentang Yingluck yang kebanyakannya berada di Bangkok dan terdiri daripada mereka yang berpelajaran, teknokrat dan ahli perniagaan dengan kumpulan penyokong Yingluck yang majoritinya adalah petani dan penduduk luar bandar.

Begitu juga dengan Mesir, kumpulan yang menyokong Morsi dikatakan dari kumpulan berhaluan kiri. Keadaan sebegini iaitu wujud puak yang bertentangan di kalangan rakyat sendiri akibat perbezaan ideologi politik akan merosakkan sesebuah negara. Bibit-bibit permusuhan di kalangan rakyat Malaysia akibat perbezaan ideologi politik mula timbul selepas Pilihan Raya 2008 dan kemuncaknya selepas Pilihan Raya 2013 lepas. Keadaan sebegini adalah berbahaya bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

Paling ditakuti ancaman anasir luar yang mengambil kesempatan seperti berlaku di Mesir dan beberapa negara lain. Boleh Dr. jelaskan peranan anasir luar dan tangan-tangan ghaib yang mengambil kesempatan?

AZMI: Kemelut yang sedang melanda Mesir bukan berlaku secara tidak sengaja atau spontan. Ia telah direncanakan oleh pihak ketiga terutama sekali apabila parti Morsi iaitu Ikhwanul Muslimin memenangi pilihan raya. Pihak ketiga ini (kerajaan asing) sengaja mengkucar-kacirkan pentadbiran Morsi dengan tidak memberi dana kewangan yang amat diperlukan oleh Mesir pada ketika era Morsi. Begitu juga kejatuhan Hosni Mubarak, sedikit-sebanyak direncanakan oleh pihak ketiga iaitu melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Serupa juga apabila kerajaan Hamas yang mentadbir Genting Gaza dilabelkan sebagai kumpulan pengganas, itu adalah campur tangan asing hanya untuk melumpuhkan Hamas. Bukan sahaja negara Arab yang terima tempias campur tangan asing, Ukraine bergolak kerana pengaruh campur tangan dua kumpulan kerajaan asing yang berbeza iaitu antara Moscow bertentangan dengan Washington dan Brussels.

Musuh Malaysia yang mahu menyaksikan keadaan huru-haru dalam negara sudah pasti akan gembira apabila berlaku rusuhan untuk gulingkan kerajaan.

Rusuhan dan usaha menjatuhkan kerajaan sudah menjadi satu trend popular kini malah sesiapa yang terlibat akan diangkat sebagai wira. Boleh Dr. ulas perkara ini?

AZMI: Ia dianggap sebagai popular kerana sejak kebelakangan ini telah banyak kali berlaku, kerajaan sama ada yang diasaskan secara sah atau pun tidak telah berjaya dihapuskan melalui saluran yang kadang kala dilabelkan sebagai revolusi rakyat. Kaedah menjatuhkan kerajaan melalui revolusi rakyat ini sering disalah erti sebagai satu perkara yang baik iaitu kononnya untuk menghapuskan pemerintahan diktator dan kuku besi. Arab Spring dianggap sebagai revolusi rakyat kerana modus operandinya adalah untuk menghapuskan pemerintah diktator. Bermula dengan Tunisia ia diikuti oleh Mesir dan juga Libya.

Kini fenomena revolusi rakyat sedang melanda Syria. Tunisia, Mesir dan Libya masih bergolak walaupun diktator telah dihapuskan. Syria pula sedang bergolak dengan alasan untuk menghapuskan diktator kerajaan Bashar walaupun ironisnya kumpulan yang memberontak itu kadang kala digelar sebagai kumpulan pengganas oleh negara Barat.

Kumpulan yang merusuh di Thailand pula kononnya melaksanakan tugas demokrasi mereka tetapi enggan menerima cadangan pilihan raya yang akan diadakan pada Februari 2014. Tidak mustahil Malaysia juga akan terjebak seperti negara di atas jika trend menjatuhkan kerajaan melalui rusuhan dibiarkan begitu sahaja. Kenikmatan yang dihadapi lebih lima dekad lepas sudah pasti akan lenyap begitu sahaja.

Rakyat negara ini dilihat masih baru dalam usaha politik melibatkan rusuhan dan penggulingan kerajaan, berbeza seperti di Thailand dan Mesir dan tidak menghairankan mereka mudah terpengaruh. Bagaimana Dr. melihat tahap kematangan berpolitik di kalangan rakyat dan parti politik di negara ini?

AZMI: Bercakap mengenai kematangan berpolitik begitu menarik jika diungkitkan mereka yang dikatakan teruja dengan perhimpunan haram adalah golongan muda. Seperti mana senario ketika Arab Spring dan juga di Thailand, kumpulan anak muda adalah paling ramai terlibat. Malaysia juga tidak terkecuali daripada fenomena ini. Politik melalui rusuhan adalah situasi baru dalamkalangan rakyat Malaysia tetapi telah dipergunakan secara licik oleh ahli politik tertentu untuk meraih manfaat secara jalan singkat.

Rakyat Singapura dikatakan matang berpolitik kerana rakyat mereka mengundi kerajaan yang mampu memberi manfaat maksimum kepada mereka. Tetapi sayang sekali tahap kematangan politik di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan jiran kita di Singapura. Pihak yang menentang kerajaan di Malaysia akan menggunakan apa jua sahaja isu sebagai modal politik mereka asalkan akhirnya mereka menerima manfaat daripadanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat