Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Mahkamah kekal keputusan pembebasan bekas ahli Parlimen Posted: 12 Dec 2013 06:50 PM PST KUALA LUMPUR 13 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan pembebasan bekas ahli Parlimen Jeli, Mohd. Apandi Mohamed, 52, daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen membabitkan kos tuntutan sewa sebuah hotel berjumlah RM31,050, 11 tahun lalu. - UTUSAN |
Rayuan kes Anwar saman Nalla 11 Februari Posted: 12 Dec 2013 10:08 AM PST KUALA LUMPUR 12 Dis. - Rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman fitnah RM100 juta, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Februari tahun depan. Dalam saman tersebut, Ketua Pembangkang itu menyaman Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), dan Ketua Pengarangnya. Pada pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 14 Februari tahun depan pengurusan kes di hadapan beliau bagi mengetahui perkembangan rayuan tersebut. Ketiga-tiga pihak dalam saman tersebut mengemukakan rayuan berhubung keputusan Vazeer Alam pada 26 Disember tahun lalu. Nallakaruppan dan UMMB mengemukakan rayuan terhadap perintah Vazeer Alam yang membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), itu. Anwar pula merayu terhadap perintah mahkamah tersebut yang mengekalkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan dan UMMB yang dinamakan sebagai pihak defendan. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berpuas hati kerana Nallakaruppan dan UMMB telah bergantung sepenuhnya kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama yang dihadapinya pada tahun 2004. Anwar memfailkan saman pada 26 Mac 2012 berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |